CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Degil Sungguh! Tak Boleh Niaga Di Dalam, Warga Asing 'Jual' Di Luar Pasar Borong KL

22-2-2022 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1171| Komen: 12

Kuala Lumpur: Warga asing kini menjadikan kawasan premis di luar Pasar Borong Kuala Lumpur sebagai tempat untuk mereka menjalankan perniagaan selepas tidak dibenarkan beroperasi di pasar berkenaan sejak dua tahun lalu.


Tinjauan di Jalan 2/3a di sini mendapati hampir keseluruhan premis di kawasan terbabit adalah dikendalikan warga asing dari Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan China selain etnik Rohingya.

Difahamkan mereka menyewa premis terbabit dengan harga RM7,000 hingga RM15,000 sebulan bagi menjalankan perniagaan membekal sayur-sayuran, barangan basah dan buah-buahan.


Foto: Harian Metro

Deretan bangunan kedai empat tingkat berdekatan Pasar Borong Kuala Lumpur itu turut dijadikan kediaman mereka dan sikap tidak menjaga kebersihan menyebabkan kawasan persekitaran kotor dan berbau busuk.


Wartawan turut memasuki beberapa premis yang didakwa milik warga asing yang menjual pelbagai barang mentah.

Seorang warga asing yang ditemui mendakwa mereka hanya pekerja di premis berkenaan dan bukan memiliki perniagaan terbabit.

Namun ketika ditanya mengenai pemilik sebenar perniagaan, mereka mengelak seolah-olah menyembunyikan pemilik sebenar perniagaan.

Pemborong sayur, Mohd Luthfi Shahid,43 berkata, kebanyakan premis terbabit memang dimiliki dan dijalankan warga asing berkenaan.

"Mereka mula aktif selepas tidak dapat berniaga di Pasar Borong Kuala Lumpur dan sanggup menyewa premis dengan harga tinggi berikutan keuntungan yang tinggi.

"Pasaran bahan mentah juga dilihat dikawal oleh golongan ini menyebabkan aktiviti di Pasar Borong Kuala Lumpur sedikit terjejas," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan (PPPKMWP) Pasar Borong Harian Selayang, Mohammad Pandu Insani Yahya berkata, tindakan warga asing menjadikan premis di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur sebagai tempat penjualan mereka disebabkan tidak dapat masuk ke pasar berkenaan.

"Berikutan sekatan yang dikenakan terhadap mereka, mereka kini menyewa premis-premis di luar pasar dan menjalankan perniagaan mereka.

"Setakat ini semua pekerja dan penyewa di pasar adalah terdiri dari warga tempatan sejak pandemik yang melanda negara," katanya.

Menurutnya, pihak penguatkuasa disarankan melakukan operasi di premis luar pasar bagi melihat sendiri kegiatan warga asing berkenaan.

"Kami dan beberapa persatuan lain mengutarakan masalah kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan harap mereka lebih agresif membanteras kegiatan warga asing terbabit," katanya.

"Kami tidak mahu apabila tapak warga asing semakin mengukuh, peniaga tempatan pula akan terhimpit di bumi sendiri untuk mencari sesuap nasi," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 22-2-2022 05:10 PM
Kalau melayu buat cmtu dah lama barang2 jualan kne rampas
Quote mziskandar 22-2-2022 05:19 PM
bkn stakat kena rampas, kena kompaun, kena buru kalau tak dpt bayar, dll.
Quote miss_white 22-2-2022 05:51 PM
Puak celaka ni dtg merempat kt sini sakan berniga
Dh xnk keje buruh lg ke
Dh pandai sekor2 nk keje senang duduk dlm aircond
Quote MissVixen 22-2-2022 06:05 PM
Berapa puak2 celaka ni bayar dekat penguatkuasa??? Senang2 je depan mata jual secara haram. Dah la di kaki lima kedai.
Quote 3480 22-2-2022 06:32 PM
Dh lama x p psr borong selangor. Meluat tgk warga asing besepah niaga
Quote I.K.A888990 22-2-2022 06:33 PM
angkut je la depa2 ni
menyampah tgk
Quote tripleid 22-2-2022 07:22 PM
Selayamku sayam..

-Acik rohingya
Quote Skuau 22-2-2022 07:24 PM
Edited by Skuau at 22-2-2022 07:25 PM

benda ni berlaku kerana penguatkuasa undang2...yg x buat kerja tp gaji amik...
Quote Manjahati 22-2-2022 07:26 PM
Penguatkuasa..dimanakah anda
Quote Radzor 22-2-2022 07:37 PM
x settle² lg? ada rasuah kah?
Quote makcun14 22-2-2022 08:32 PM
Bagi duit  kopi , semua pun jalan
Quote KamikuP 23-2-2022 02:02 PM
Selagi PBT makan rasuah selagi tu lah depa berniaga apaadehal

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.205050 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top