CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Kena Hon, Penunggang Motosikal Baling Spanar Sampai Pecah Cermin Kereta Orang!

22-2-2022 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 970| Komen: 2

Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang membaling spanar sehingga menyebabkan cermin sebuah kereta pecah dalam kejadian di Jalan Kuching, semalam.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu oleh seorang lelaki yang memandu kenderaan jenis Toyota Vellfire.


Foto: Harian Metro

"Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4 petang ketika mangsa memandu di Jalan Kuching sebelum sebuah motosikal memotong kenderaan itu di laluan paling kanan.

"Mangsa yang terkejut dengan tindakan penunggang terbabit membunyikan hon sebagai tanda amaran namun penunggang itu menunjukkan isyarat lucah," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Eng Lai berkata, mangsa mengabaikan perkara berkenaan dan meneruskan pemanduan seperti biasa.

"Pemerhatian menerusi cermin sisi kereta, mangsa melihat penunggang motosikal itu menghimpit kenderaannya sebelum membaling objek sehingga menyebabkan cermin belakang pecah.

"Mangsa segera memberhentikan kenderaannya dan mendapati penunggang terbabit membaling spanar," katanya.

Menurutnya, polis kini dalam usaha untuk mengesan suspek di dalam video yang dirakam mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro  

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 22-2-2022 04:44 PM
buku bertemu ruas mungkin?
Quote DayangKirana 22-2-2022 05:02 PM
kat grup dashcam, ade je motorcyclist yang share and bagi tips if tak puas hati on the road, boleh standby pad lock (the bigger the better)..buat baling kat kete..
yang kes spanar ni, agaknye memang convenient dah ade dlm bakul/box kot..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.072988 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top