CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terbit Buku Pada Usia Lima Tahun, Bella Jadi Penulis Termuda Di Dunia

22-2-2022 04:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 866| Komen: 2

Seorang kanak-kanak perempuan dari Britain menjadi penulis termuda di dunia selepas berjaya menerbitkan sebuah buku pada usia lima tahun, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.


Bella-Jay Dark, yang berasal dari Dorset mengejutkan keluarganya pada tahun lepas apabila memberitahu bahawa dia ingin menerbitkan buku pertamanya.


Kredit foto: Daily Mail

Ibu dan bapanya, Chelsie Syme dan Myles Dark, pada ketika itu berpendapat bahawa kata-kata Bella adalah perkara biasa yang sering diucapkan oleh kanak-kanak pada usia seperti itu.

Bagaimanapun, sangkaan mereka meleset selepas sebuah syarikat penerbitan, Ginger Fyre Press bersetuju menerbitkan buku hasil tulisan Bella yang bertajuk The Lost Cat.


“Kami amat berbangga dengan Bella. Kami juga berterima kasih atas sokongan dan pengiktirafan yang diberikan kepadanya setakat ini,” kata Chelsie.

Buku The Lost Cat berkisarkan mengenai seekor kucing yang keluar mengembara dan mendapat pelbagai pengajaran penting daripada pengembaraannya.

Ia dijual di laman Amazon dan Waterstones pada harga £4 (RM22.79). 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 23-2-2022 08:47 AM
Kat YT pun ada video psl budak llaki yg tulis buku sndri & skrg psl budak Bella ni plak. Awesome, Anne Frank will be so proud bcs if this.
Quote stinger987 23-2-2022 08:49 AM
and bella forum? Penulis juga kheun?dlm bentuk Beri atau cantas kedits as momod?


Kahkahkahkahkahkahkah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.035379 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top