Sekumpulan perompak tersalah ambil beg yang berisi lampin di Kabupaten Indramayu, Indonesia terpaksa berputih mata dalam kejadian itu.
Difahamkan beg asal yang sepatutnya hasil rompakan mempunyai wang sebanyak 200 juta rupiah (RM58,442). Petikan dari Suara Merdeka, Ketua Polis Jatibarang, Kompol Ujang Rohimin memberitahu kepada media, suspek itu bertindak memecahkan cermin kereta seorang wanita yang meletakkan kenderaannya di RTH Jatibarang. Anggota polis segera ke lokasi kejadian setelah menerima laporan dan memeriksa barang yang terdapat di dalam kereta tersebut.
Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai mengambil beg plastik berisi lampin, tetapi duit sebanyak 200 juta Rupiah itu masih berada di tempat duduk belakang dalam kereta tersebut. Tambahan pula, kelima-lima suspek itu telah ditahan dan sebelum ini mereka pernah didakwa memecah masuk kereta rasmi Waka Polres Lebak. Mereka juga dipercayai berjaya mencuri 100 juta Rupiah (RM29,214) pada disember tahun lalu. -CARI |
ADVERTISEMENT