CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Langsung Tak Sensitif Dengan Penindasan Umat Islam Uighur?

22-2-2022 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1950| Komen: 21

Malaysia langsung tidak sensitif dengan penindasan umat Islam Uighur oleh kerajaan negara China apabila tetap menghantar atlet negara menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 yang berakhir pada Ahad lalu.


Naib Ketua Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Gombak, Mohamad Shahrulufti Mohamad Sharif berkata, mempertahankan umat Islam adalah tanggungjawab bersama memandangkan Islam adalah agama rasmi persekutuan bagi Malaysia.

“Seperti tiada apa-apa yang kita rasai apabila umat Islam Uighur dibantai dan ditindas oleh kerajaan China,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.


Kredit foto: Taiwan News


Cabaran Malaysia pada sukan itu berakhir selepas peluncur Alpine negara, Jeffrey Webb tidak berjaya meneruskan saingan dalam acara slalom lelaki di Pusat Ski Alpine Nasional Yanqing, pada Rabu.

Sebelum ini, atlet luncur Alpine negara, Aruwin Idami Salehhuddin yang membuat penampilan sulung di temasya itu menamatkan cabaran dalam acara giant slalom wanita dengan berada dalam kelompok 40 terbaik pada 7 Februari lepas.

Malah, Malaysia gagal mengutip sebarang pingat dalam sukan itu, suatu keputusan yang amat mengecewakan.

Menurut Mohamad Shahrulutfi, banyak negara Islam telah boikot penglibatan mereka sebagai tanda protes dan sensitif.

“Jepun juga boikot Sukan Olimpik Beijing 2022 mengapa Malaysia masih lagi memberi muka kepada negara China?

“Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu perlu menjelaskan perkara ini.

“Sebagai rakyat Malaysia, kami merasa tidak senang dengan penglibatan kontinjen negara untuk Sukan Olimpik 2022 Beijing,” katanya.

Beliau menjelaskan, penyertaan itu sebagai satu pembaziran kerana gagal memungut pingat dan berada tempat tercorot dalam carta pingat.

Katanya, kekalahan atlet negara disebabkan jenis sukan tidak bersesuaian, apatah lagi Malaysia bukan negara bersalji untuk mereka membuat latihan. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manzilla 22-2-2022 03:39 PM





Quote dua_chzy 22-2-2022 03:42 PM
I mean,

ko nak bising2 pasal sukan,

sedangkan negara kau ni bergantung sepenuhnya dekat China untuk jana ekonomi, hal berkaitan bisnes, etc?

Ko nak bising pasal Uighur tapi dalam masa yang sama masih guna Shoppe?

Bro?!
Quote axl_bach 22-2-2022 03:47 PM
dua_chzy replied at 22-2-2022 03:42 PM
I mean,

ko nak bising2 pasal sukan,

NI org kata pulangkan paku buah keras, terutama dekat lobai yg dlm kerajaan. Tgk kes di India pasal tudung tu pun dah xder ulasan menteri2 PAS, maybe takut sawit kena boikot kot
Quote mbhcsf 22-2-2022 03:48 PM
Edited by mbhcsf at 22-2-2022 03:51 PM

Japan boycott ? Eh i nampak je figure skaters Japan dalam acara depa ?
https://olympics.com/beijing-202 ... c-entries-japan.htm
eh biar benar ? hmm...i nampak athletes from  Japan ade je? bila depa boikot?

yang jadi issues dan kontroversi ialah baju hanbok korean tu yg diperagakan dalam acara pembukaan tu yg jadi punca kemarahan koreans.
Quote sharlenetexas 22-2-2022 03:48 PM
Amik hati abang besar kan?

Quote mbhcsf 22-2-2022 03:51 PM
Saudi pun masuk, Iran pun ade...
Quote axl_bach 22-2-2022 03:56 PM
mbhcsf replied at 22-2-2022 03:51 PM
Saudi pun masuk, Iran pun ade...

SAudi dan Iran ada PAS ke?
Quote Firenzza 22-2-2022 04:26 PM
Kena luaskan jwtn duta taraf muntri tu kot? Sbb timur tengah so, nasib uighur sblh timur x masuk scope of work dia
Quote ifanonline 22-2-2022 04:30 PM
Malaysia is in no position to be hostile with China...Malaysian leaders like to suck Chinese and Indian dicks
Quote pokaibanktokyo 22-2-2022 05:16 PM
ifanonline replied at 22-2-2022 08:30 AM
Malaysia is in no position to be hostile with China...Malaysian leaders like to suck Chinese and Ind ...

WTF you bitchin about you cock sucka?
Quote shamsadis 22-2-2022 05:57 PM
big brother.....sepatutnya, mana2 atlit yang pergi guna cukai rakyat, diberikan pinjaman kewangan. kalau kalah, bayar balik. kalau menang, pinjaman settle, dapat habuan double dari pinjaman. baru time lawan tu bersungguh2, takder lah syok makan angin je
Quote ifanonline 22-2-2022 06:25 PM
pokaibanktokyo replied at 22-2-2022 05:16 PM
WTF you bitchin about you cock sucka?

Suck my cock you cunt!
Quote krustykrab 22-2-2022 07:03 PM
dua_chzy replied at 22-2-2022 03:42 PM
I mean,

ko nak bising2 pasal sukan,

Kan..entah2 shahrullufti tu hari2 belu brg2 china dr shopee..hari2 tgk drama filem china...tiberr bising pasal sukan...
Quote Abahmung 22-2-2022 07:35 PM
Demi sawit, Malaysia sanggup lihat umat Islam di India dihina
February 16, 2022 4:19 pm



Menjadi kerajaan bukanlah senang. Banyak pertimbangan dari berbagai sudut perlu dibuat sebelum apa-apa keputusan dibuat dan dilaksanakan.

Sebagai contoh isu berkaitan dengan harga sawit.

Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini mempunyai dasar luar negara yang jelas dan lantang dalam memelihara kepentingan umat Islam di seluruh dunia. Tun Mahathir selaku ketua kerajaan PH merupakan pemimpin Islam yang lantang mengkritik tindakan-tindakan yang dilakukan oleh mana-mana negara yang dilihat menjejaskan masyarakat Islam. Termasuk India.

Pada 12 Disember 2019, India telah meluluskan pindaan terhadap Akta Kewarganegaraan 1955. Pindaaan ini memberikan kewarganegaraan yang mudah kepada kalangan yang beragama Hindu, Sikh, Buddha, Parsi dan Kristian dari negara-negara Bangladesh, Afghanistan dan Pakistan. Kalangan yang menganut agama Islam walau bagaimanapun dikecualikan daripada pindaaan undang-undang ini.

Tindakan kerajaan India ini mengejutkan dunia kerana ia dilihat bertentangan dengan prinsip kemanusiaan, malah prinsip pembentukan negara India sendiri yang berpegang kepada republik sekular dimana agama seseorang tidaklah menjadi syarat kewarganegaraan. Diskriminasi terhadap masyarakat Islam terus berlaku hinggakan untuk kekal berhijab di sekolah pun dihalang. Kalau mahu sekolah, tidak boleh pakai tudung.

Perdana Menteri Ketika itu; Tun Dr. Mahathir, sewaktu bercakap dalam Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 menyatakan bahawa undang-undang tersebut bertentangan dengan prinsip India sebagai sekular kerana undang-undang ini jelas memisahkan kelayakan kewarganegaraan bagi orang Islam.

Ternyata teguran Tun Mahathir ini agak kurang disenangi oleh India hingga dilaporkan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India untuk memberi penjelasan.

Dan ini bukan kali pertama Tun Mahathir memberi kritikan terhadap India. Tun Mahathir sebelum ini juga lantang menyuarakan pandangannya terhadap tindakan kerajaan India di Kashmir. Ini adalah lantaran tindakan pemerintah India yang telah meluluskan undang-undang menghapuskan autonomi wilayah majoriti Islam di Kashmir. Pembatalan artikel 370 dalam Perlembagaan India yang memansuhkan hak istimewa Kashmir yang dinikmati Kashmir sebelum ini sangat mengejutkan dunia Islam khususnya.

“Memang kita khuatir kerana kita jual banyak minyak kelapa sawit kepada India. Tetapi kita harus bersikap jujur. Jika ada perkara yang tidak kena, kita harus menyuarakannya.

“Jika kita terus membiarkan perkara yang salah berterusan, dan ia mungkin melibatkan wang, saya rasa jika bukan kita yang melakukan kesalahan, ia akan dibuat oleh pihak yang lain,” kata Tun Mahathir pada sidang media selepas menghadiri Forum Integriti Bank Rakyat 2020, Januari lalu.

Menyedari risiko bantahan Malaysia itu terhadap eksport minyak kelapa sawit Malaysia ke India, Mahathir berkata, kerajaan Malaysia akan cuba mencari jalan penyelesaian bagi memastikan India terus membeli minyak kelapa sawit dari negara ini. Walau bagaimanapun Malaysia di PH tetap tegas bersuara tentang kepentingan umat Islam dan tidak pernah berganjak sedikit pun.

“Kita akan cuba cari jalan penyelesaian. Tetapi faktanya ialah, apa yang berlaku di India hari ini mengakibatkan rasa tidak gembira di kalangan rakyat mereka sendiri.

“Malah seluruh dunia juga merasakan diskriminasi itu tidak patut,” ujarnya lagi.

Ternyata antara kesannya ialah kejatuhan harga minyak sawit. Orang kampung bising, PH naik harga sawit jatuh.

Sebagai Alternatif Tun Mahathir pada Februari 2020 telah berbincang panjang dengan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan tentang eksport minyak sawit Malaysia ke Pakistan dalam pertemuan dua hala Malaysia – Pakistan. Ternyata Pakistan bersedia untuk mengimport lebih banyak minyak sawit bertapis dari Malaysia.

“Kami mendapati bahawa India mengugut Malaysia kerana menyokong Kashmir. India mengugut untuk mengurangkan import minyak sawit. Pakistan akan berusaha sebaik mungkin untuk menanggung kerugian ini,” kata Imran Khan selepas perjumpaan bersama Tun Mahathir ketika itu.

Tahun 2019, Pakistan mengimport sebanyak 1.1 juta tan minyak sawit Malaysia.

Selepas pertukaran kerajaan, Presiden MCA, Wee Ka Siong segera menggesa kerajaan India menimbang semula keputusannya untuk memboikot import minyak sawit dari Malaysia selaras dengan pembentukan kerajaan baru di Malaysia.

Dalam kenyataan pertamanya selepas Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri Malaysia kelapan, Wee berkata sebarang salah faham yang lalu dengan kerajaan India perlu diselesaikan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menghantar mesej kepada kerajaan India. Keadaan telah berubah di negara kami. India perlu menimbang semula keputusannya untuk memboikot import minyak sawit dari Malaysia” ujar Wee ketika itu sebagaimana dilaporkan media.

Gesaan Wee ini mendapat sambutan baik dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang baru, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Sejak hari pertama masuk pejabat, beliau menyatakan bahawa beliau komited untuk membina hubungan Malaysia dengan India, khususnya bagi eksport minyak sawit.

Selepas kejatuhan Kerajaan PH, Kerajaan Malaysia kembali kepada India semula untuk pasaran minyak sawit ini. Dan harga sawit pada hari ini sudah menunjukkan peningkatan semula.

Soalnya, adakah sekarang Malaysia sudah menarik balik bantahan yang dibuat kerajaan PH sebelum ini terhadap tindakan kontroversi India terhadap kawasan majoriti muslim Kashmir dan pindaaan undang-undang kerakyatan yang jelas mendiskriminasi umat Islam? Apa pula sikap kita terhadap saudara muslim kita di India yang hendak sekolah pun sukar?

Lebih teruk lagi, para guru turut dilarang memakai menutup aurat.

Pas ada dalam kerajaan? Tak tahulah Pas sedar atau tidak isu ini.

Quote pokaibanktokyo 22-2-2022 07:57 PM

The cock sucker is you bitch!
Quote ifanonline 22-2-2022 11:18 PM
pokaibanktokyo replied at 22-2-2022 07:57 PM
The cock sucker is you bitch!

Cock dont suck on the beach!
Quote grouper 22-2-2022 11:36 PM
Penindasan uighur ni betul2 terjadi ke propaganda barat je sbb klau isu cina mmg anti abis puak2 barat ni..isu pakai salji tiruan utk olimpik pun jadi isu besar media2 barat padahal bila buat kat negara barat cam kanada diorg pun pakai salji tiruan gak...
Quote grouper 22-2-2022 11:37 PM
Penindasan uighur ni betul2 terjadi ke propaganda barat je sbb klau isu cina mmg anti abis puak2 barat ni..isu pakai salji tiruan utk olimpik pun jadi isu besar media2 barat padahal bila buat kat negara barat cam kanada diorg pun pakai salji tiruan gak...
Quote LoveSungmin 23-2-2022 12:46 AM
penatnya nak sensitif dengan semua isu kat negara lain.. china la, india la, syria la, palestin la, myanmar la.. negara lain tu sensitif tak dengan malaysia ni?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.143672 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top