CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Boleh Beli Dua Atau Tiga Unit RTK Saja?

22-2-2022 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1918| Komen: 16

Rata-rata peniaga khususnya premis farmasi di sekitar bandar raya ini mengehadkan jualan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19.

Tinjauan di beberapa premis mendapati orang ramai hanya dibenarkan membeli dua atau tiga unit RTK yang dijual pada harga antara RM5.60 dan RM6.90.


Gambar hiasan/The Star

Ia masih dijual pada harga murah dan tidak berlaku kenaikan harga, selain bekalan kit itu masih ada di pasaran dan tidak berlaku kehabisan stok.

Difahamkan, langkah mengehadkan jualan kepada pengguna bukan disebabkan kekurangan bekalan, tetapi lebih kepada memastikan orang ramai memiliki kit berkenaan.


Kelmarin, kerajaan memberi jaminan bekalan RTK Antigen Covid-19 mencukupi di seluruh negara termasuk di negeri yang merekodkan kes positif tinggi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, setakat ini terdapat kira-kira 18 juta unit kit ujian untuk menampung keperluan rakyat dan tidak timbul isu kekurangan bekalan di pasaran kerana pemeriksaan dijalankan mendapati ia mencukupi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 22-2-2022 03:19 PM
Hari tu ada apek ni nak borong sakan kit rtk covid kat speedmart
Cashier tu ckp tak boleh..bg org lain juga
Marah2 apek tu kat cashier tu..kesian iols tgk..
Mujur ada org back up..terus apek tu blah..
Nak jual ka apo...beli sampai 3 kotak
Quote edoraixora 22-2-2022 03:30 PM
Speedmart paling murah rm4.90
Kk mart rm5.90
Farmasi, macam2 harga, ada rm7.90 ada rm8.90, rm19.90 pun ada.
Tapi kat speedmart selalu out of stock.
Jadi mmg patut had kan pembelian, supaya org lain merasa sama.
Quote tungkai 22-2-2022 03:52 PM
Ia masih dijual pada harga murah dan tidak berlaku kenaikan harga, selain bekalan kit itu masih ada di pasaran dan tidak berlaku kehabisan stok.


Banyak la ko tak naik harga. Salixium dulu harga dalam RM6.90 sekarang dah jadi RM16.90 tu apa cer..??? Tu pun manjang abis stok. Hujung2 aku beli jenama Wikang. Ingat lepas guna, naik motor boleh wikang ke hape  tapi hampa.....

Quote Matyein 22-2-2022 04:30 PM
dh jadi barang kawalan plk....
Quote zarul427 22-2-2022 04:45 PM


mahal la ni
stock abiss
ade org amik kesempatan
mmg gammmmmmm
Quote Suchi 22-2-2022 04:48 PM
Kat shopee melambak lagi n yes kat farmasi kena limit beli dua je
Buka grab nak order kat farmasi pun semua takde stock

Covid plak tak reti2 ke nak pi nyinggah kat orang lain plak.
Hat belum penah kena ramai lagi kot.
Mujur skrg ni kuarantin 5 hari jaa contact rapat utk yg dh booster kalau positif 7 hari.
Quote delia3003 22-2-2022 04:53 PM
Edited by delia3003 at 22-2-2022 04:55 PM

I nasib baik dah simpan stok lebih sebelum ni lagi. Tapi last week belum limit lagi, tolong belikan utk saudara 5, tambah stok sbb diorang kena kuarantin 1 rumah.

Problem ler kan bila 1 rumah ada 5-6 orang, boleh ler hangkut 1 family utk beli bila dah limit mcm ni
Quote mimi_ayu 23-2-2022 08:41 AM
Kt caring ada byk stok
Last week nk bl 4 utk adk ipar sekali, cashier ckp bl 5 dpt rm8.50
Smlm bl lg kt tmpt sama..
Quote cecari 23-2-2022 09:23 AM
tungkai replied at 22-2-2022 03:52 PM
Banyak la ko tak naik harga. Salixium dulu harga dalam RM6.90 sekarang dah jadi RM16.90 tu apa cer ...

kat tempat aku yg ni farmasi jual rm8 ... paling murah yg ni la kot... aku dah guna dan setakat ini rasa macam tepat kot..
Quote kuewTiau 23-2-2022 12:08 PM
tungkai replied at 22-2-2022 03:52 PM
Banyak la ko tak naik harga. Salixium dulu harga dalam RM6.90 sekarang dah jadi RM16.90 tu apa cer ...

salixium tu rm16.90 tutup mata la lagi
semalam nak pergi beli kat farmasi rm38.90
terpaksa masuk mall g watson/guardian rm10 je

penah tanya kat speedmart, cashier tu cakap kadang diorang dapat stok 200, 100 sorang borong
diorang ni beli testkit pon pakai kabel ke.cepat betul habis.


Quote rukia2 23-2-2022 12:47 PM
kuewTiau replied at 23-2-2022 12:08 PM
salixium tu rm16.90 tutup mata la lagi
semalam nak pergi beli kat farmasi rm38.90
terpaksa masuk m ...

sorg beli sampai 100...harga 5.90..pastu jual balik rm 10...choyyy
Quote syamzana 23-2-2022 01:13 PM
nasib la ada simpan stok lagi yg beli bulan 1 aritu. dah kenapa korang nak borong berlambak2 plak. simpan stok at least 2kit utk setiap ahli rumah korang sudah la. pelik2 la ummah malaya ni pom.
Quote kuewTiau 23-2-2022 02:36 PM
rukia2 replied at 23-2-2022 12:47 PM
sorg beli sampai 100...harga 5.90..pastu jual balik rm 10...choyyy

tu ler. markup kat shoppe ke ape.
brand sama jual kat guardian 6.90 rasanya
better beli salixium je, paling dipercayai
brand newgene ke ape nama nya, ramai komen bagi result salah
mostly test dapat positif tp bila buat PCR, negatif.


Quote Artemesiaa 23-2-2022 03:15 PM
Macam dulu2 ler beli mask pun kena catu sekarang melambak
Quote Orix 23-2-2022 03:20 PM
watsons tempat iols ni byak je stok yg brand salixium tu.. bru je beli mggu lepas setelah dimaklumkan menjadi kontak rapat.... eh tahun lepas rtk tu plg murah rm15 hurkeh yg guna air liur je.... salixium tu dlu rm19.90 sekotak.... iols siap beli 5 kotak... tup tup tahun ni arga dia rm9.90 hareeee betholl..

mr diy punya haritu nmpak mcm jenis tiup ka hapa tah... rm5.90 tak silap... tp iols ragu2
Quote kechikchomel 23-2-2022 03:27 PM
kat sini ada siapa yg duduk seremban? kakak iolss duduk seremban, mntk weolls belikan utk dia.
kat seremban habis stok ke? semalam ayah iolss cari kat speedmart. takde. kat tempat lain tak sure. ayah iolss tak tengok.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.242803 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top