CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wajib Tunjuk Sijil, Tak Boleh Beli Minyak Masak Jika Tak Divaksin?

22-2-2022 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 960| Komen: 5

Polemik minyak masak masih membelenggu Indonesia hari ini, malah orang ramai yang ingin mendapatkan bahan mentah itu perlu menunjukkan kad keluarga dan bukti vaksinasi Covid-19.


Lapor CNN Indonesia, perkara itu didedahkan menerusi satu video dalam video sosial yang tular sehingga semalam.

Berdasarkan kandungan video tersebut, kelihatan satu notis yang memaklumkan minyak masak daripada pelbagai jenama akan dijual pada harga 14,000 rupiah (RM4) seliter di sebuah pasar raya.

Walau bagaimanapun, pembelian adalah terhad. Bagi paket satu liter, pengguna boleh membeli dua paket maksimum bagi setiap jenama.


Kredit foto: Twitter


Bagi minyak isi padu dua dan lima liter, pengguna hanya dibenarkan membeli sebungkus sahaja.

Harga minyak dua liter ditetapkan 28,000 rupiah (RM8), manakala bagi minyak lima liter, ia berharga 70,000 rupiah (RM20).

Pasar raya itu juga menetapkan setiap pembeli minyak masak wajib menyertakan salinan kad keluarga dan sijil vaksinasi Covid-19.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang kebanyakannya tidak faham apa kaitan vaksin dengan menjual minyak masak.



NOTIS yang tular dalam media sosial. - AGENSI

“Apa kaitan minyak masak dengan vaksinasi Covid-19? Jika tidak divaksin, tidak boleh beli? Tulis seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna pula menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap situasi yang berlaku.

“Nak masak pun susah, sedangkan orang ramai mahu beli, guna duit sendiri dan bukannya bantuan sosial,” komennya.

Indonesia kini berdepan dengan masalah kekurangan bekalan minyak masak kerana ramai pengusaha mendakwa harga runcit yang ditetapkan kerajaan terlalu rendah sehingga tidak dapat menampung kos pengeluaran.

Sehubungan itu, banyak pengusaha sanggup menyembunyikan stok minyak masak sehingga kerajaan menaikkan harga runcit.

Golongan itu memaklumkan mereka tidak mahu menampung kerugian yang tinggi akibat harga runcit yang rendah.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 22-2-2022 02:45 PM
Indon pengeluar myk sawit terbesar kot? Nape x cukup plk
Quote CiliPadiSedap 22-2-2022 03:21 PM
Firenzza: Indon pengeluar myk sawit terbesar kot? Nape x cukup plk



xcukup sebab bibik mbak kacipung kaciping hantu kopek friska bini jusa c minus  digi prepaid beli buat goreng tempe dan pisang cheese
Quote sukacactus 22-2-2022 03:37 PM
Patut la friskies tu xnak blk kampung
Quote stinger987 22-2-2022 03:42 PM
Tutup aja water and electric supply setiap rumah ...selagi ada salah sorang yg belum divaksin...kheun senang? Setakat tak benar beli minyak makan?

Apa ke siyalllll?
Quote akusukaq 22-2-2022 07:14 PM
DiIndon bibik aku kata kalu tak vaksin tak dapat bantuan duit beras dan brg brg dapur dr pemerintah.
Jadi famili dia diseberang semua dah cucuk katenya

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.044448 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top