Aigars Lauzis ialah seorang pengembara yang telah melakukan perjalanan 30,000 KM dari UK ke Jepun, dalam perjalanan beliau yang turut merentasi Malaysia.
Aigars menyedari betapa lecehnya proses memasang khemah dan mencari pengangkutan air untuk teruskan perjalanannya.
Petikan dari Amanz, selepas kembali semula ke UK beliau mencari idea untuk kenderaan hibrid yang menyelesaikan masalah yang dihadapi. Hasilnya ialah Z Triton 2.0 yang menggabungkan bot eletrik, rumah bergerak dan basikal eletrik. Z Triton 2.0 dilengkapi motor elektrik 1000W dan 7 gear yang membantu penunggang ketika penat dalam perjalanan atau mendaki gunung. Difahamkan, tayar boleh dilipat dan pelampung dipasang untuk ia terapung dalam mod bot lengkap dengan motor elektrik 1150W. Sebuah dayung disediakan jika kehabisan bateri, Z Triton 2.0 juga terdapat ruang kabin yang menempatkan dua orang untuk tidur dengan sistem penyejuk serta pemanas. Tambahan pula, bateri boleh dicaj menggunakan bekalan eletrik ataupun panel solar yang diletakkan dibahagian bumbung. Kendereaan hibrid ini juga dilengkapi sistem lampu, hon, lampu isyarat, palam USB, GPS dan radio bluetooth. Z Triton 2.0 akan mula dijual pada harga €14,500 (RM69,000). -CARI |
ADVERTISEMENT