Sungai Petani: Tertekan kerana peminjam gagal melunaskan hutang membuatkan seorang lelaki menggantung diri di rumahnya di sini, hari ini.
Dalam kejadian, mayat lelaki berusia 58 tahun yang menjalankan perniagaan pinjaman wang berlesen ditemui isterinya. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Anuar Abd Rahman berkata, polis menerima panggilan pada 7.15 pagi daripada isteri mangsa. Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan tinggal di rumah terbabit bersama isteri dan anak perempuan berusia 17 tahun.
"Isteri memberitahu suaminya dilihat berada di ruang tamu seorang diri sebelum tidur di atas sofa jam 12.30 tengah malam. "Isteri mangsa memberitahu dia kemudian masuk tidur dalam bilik bersama anak perempuan dan tidak mengesyaki sebarang perubahan pelik ditunjukkan suaminya. Anuar berkata, pemeriksaan lanjut juga mendapati lelaki terbabit sempat menghantar pesanan suara melalui WeChat kepada anak perempuannya pada 2.38 pagi meminta supaya remaja itu menjaga ibunya dengan baik. "Bagaimanapun, anak perempuannya tidak mengesyaki sebarang perkara pelik dan isteri mangsa juga memberitahu ada mendengar bunyi anjing menyalak pada 3 pagi namun dia tidak menghiraukannya. "Kejadian itu hanya disedari selepas isteri mangsa mahu mengejutkannya di ruang tamu namun dia pelik kerana suaminya tiada dalam rumah sebelum menemui lelaki terbabit di halaman luar," katanya. Menurutnya, siasatan mendapati lelaki itu membantu isterinya yang mengusahakan perniagan pinjaman wang berlesen dan dia dikatakan tertekan kerana turut meminjam wang daripada Ah Long. "Lelaki terbabit menghadapi tekanan kerana peminjam gagal melunaskan hutang kepada syarikatnya membuatkan dia juga gagal membayar kembali hutang kepada Ah Long. "Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. Menurutnya, siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah. "Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
dia dikatakan tertekan kerana turut meminjam wang daripada Ah Long.
Decaffeinated: Cannot brain how is this even possible as a business model. Ada ka yang faham?
ADVERTISEMENT