CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bertahun Sesak Nafas Rupa-Rupanya Ada Gigi Tumbuh Dalam Hidung

22-2-2022 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1159| Komen: 4

Punca seorang lelaki mengalami masalah pernafasan melalui hidung selama bertahun-tahun akhirnya terjawab.

Lelaki berkenaan terkejut apabila mendapati terdapat sebatang gigi tumbuh di dalam lubang hidung kanannya.

Susulan masalah pernafasan, lelaki berusia 38 tahun itu berkunjung ke sebuah klinik dan pemeriksaan awal mendapati dia diagnosis mempunyai septum yang menyimpang dan taji septum yang berkalsifikasi.

Foto: The New England Journal of Medicine

Doktor melakukan rhinoskopi, prosedur untuk memeriksa hidung dan mendapati objek putih tumbuh di dalam hidungnya.

Ia dikenal pasti sebagai gigi ektopik di mana sememangnya tumbuh di dalam hidung.

Ektopik adalah istilah perubatan yang bermaksud sesuatu yang berada di tempat atau kedudukan yang tidak normal, yang sangat jarang berlaku.

Menerusi The New England Journal of Medicine, Sagar Khanna dan Michael Turner menulis: "Pemeriksaan fizikal hidung menunjukkan sisihan septum, taji septum berkalsifikasi, dan perforasi dua sentimeter pada septum posterior."


Dalam pada itu, gigi yang tumbuh di dalam hidung lelaki itu berjaya dikeluarkan.

"Gigi itu telah dikeluarkan menerusi pembedahan oral dan otolaryngologic melalui pendekatan intranasal. Ia berukuran 14 milimeter (mm) panjang.

"Tiada komplikasi selepas pembedahan. Menerusi pemeriksaan selepas tiga bulan, pesakit tidak lagi mengalami gejala hidung tersumbat," kata pakar. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 22-2-2022 03:03 PM
iols ada terbaca kat twitter, gigi tumbuh kat organ dalaman, mungkin buah pinggang atau pankreas entah dah lupa. Benda macam ni logik. Huraian pasal bidang perubatan iols tak pasti.
Quote hyie 22-2-2022 03:04 PM
oh baru ingat, kat ovari dia. Pastu Dr buang je.
Quote Decaffeinated 22-2-2022 04:07 PM
Allahuakbar! kesiannya.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.041365 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top