Kemaman: Niat baik pengguna jalan raya mencari individu yang melanggar seorang pesara di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT) berhampiran Cheneh di sini bertukar malang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina miliknya dilarikan suspek, semalam.
Mohd. Khairul Anwar Zahari, 37, berkata, kejadian berlaku kira-kira 2 kilometer dari lokasi kemalangan sejurus selepas menyaksikan penunggang motosikal itu terbaring di bahu jalan. Katanya, sebaik sahaja meneruskan perjalanan dia terserempak dengan Perodua Myvi yang dipercayai melanggar mangsa berdasarkan kerosakan pada kenderaan berkenaan. “Saya nampak komponen kereta tertinggal di lokasi kejadian dan yakin Perodua Myvi itu yang melanggar lari mangsa. “Saya kemudian memberhentikan kenderaan dan ketika ditanya, pemandu dan penumpang mengaku melanggar mangsa,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, malam tadi. Menurut Mohd. Khairul Anwar, dia kemudian segera menahan kenderaan lain untuk meminta bantuan menghubungi pihak berkuasa bagi memberkas suspek susulan liputan telekomunikasi yang kurang memuaskan di LPT2. Katanya, ketika leka meminta pertolongan, kedua-dua suspek bertindak melarikan keretanya yang tidak dimatikan enjin. “Saya cuba mengejar dan sempat memegang pintu, tetapi selepas melihat ibu hampir dilanggar, saya meluru menyelamatkan ibu,” katanya. Mohd. Khairul Anwar berkata, dia bersama ibunya, Roslia Azhar, 59, yang dalam perjalanan pulang ke kampung di Rhu Rendang, Marang terpaksa menumpang kenderaan pengguna jalan raya lain untuk ke plaza tol terdekat sebelum membuat laporan polis. Terdahulu, pengusaha tapak perkhemahan itu memuat naik dua video suspek kes langgar lari itu hingga tular di laman sosial Facebook. – CARI Sumber: Utusan Online
|
tungkai replied at 22-2-2022 11:46 AM
Beli dashcam pastu buat report. Toksah nak jadi Rambo..Tapi dah nak jadi kan...
Skuau replied at 22-2-2022 04:07 PM
kalo dpt 2 ekor malaun ni bg brg 2-3 penumbuk ceduk..+ 1 tendangan tak berbayang...pastu baru lokapk ...
ADVERTISEMENT