CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ceroboh Hutan, 200 Pokok Durian Musang King Ditanam Haram Dimusnahkan

22-2-2022 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1100| Komen: 4

Kuantan: Pintu pagar elektrik terpaksa dipecah untuk masuk ke kawasan tanaman durian Musang King yang ditanam secara haram dalam hutan di Sungai Lembing, di sini.


Operasi Penguatkuasaan Bersepadu di Kampung Kolong Pahat dan Kampung Seberang, Sungai Lembing selama empat jam bermula 10 pagi berjaya memusnahkan lebih 200 pokok durian Musang King, berusia antara empat hingga lima tahun.

Pegawai Hutan Daerah Kuantan, Pekan dan Maran, Norshazlee Roslee berkata, seramai 110 anggota penguat kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang dan Unit Penguat kuasa Negeri Pahang (UPNP) menyertai operasi berkenaan yang berjalan lancar.


Foto: Harian Metro


Menurutnya, pihaknya terpaksa bertindak tegas memusnahkan lebih 200 pokok durian Musang King yang ditanam secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab di kawasan hutan, milik kerajaan.

Katanya, pemantauan dilakukan mendapati kawasan berbukit seluas lebih lapan hektar diceroboh, namun aktiviti pertanian secara berteres hanya dilakukan dalam kawasan kira-kira satu hektar membabitkan tanaman durian Musang King dan pisang serta beberapa jenis tanaman lain.

"Dalam kawasan berkenaan turut terdapat lebih 2,500 pokok durian Musang King berusia satu hingga dua tahun yang akan dimusnahkan secara berperingkat tidak lama lagi.

"Kita juga akan musnahkan rumah kongsi dan rumah kuasa solar yang terdapat di kawasan hutan milik kerajaan," katanya, di sini semalam.

Turut sama memantau hari pertama operasi berkenaan Pegawai Daerah Kuantan, Tengku Datuk Nor Asmaliza Ku Lah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ally9970 22-2-2022 12:35 PM
Mesti ada external capital investment ni. modal besar tuh... Ada mcm ni, tebang jer, kalau tak mcm2 nanti kerenah dan campur tangan ahli politik la, kerajaan la...
Quote pokaibanktokyo 22-2-2022 05:20 PM
ally9970 replied at 22-2-2022 04:35 AM
Mesti ada external capital investment ni. modal besar tuh... Ada mcm ni, tebang jer, kalau tak mcm2  ...

Modal besar kejadahnya? Merempat sana sini
Quote pokaibanktokyo 22-2-2022 05:23 PM
Cina bodoh. Setakat pasang pagar letrik atas tanah kerajaan dah sangka selamat. Padan sangat la anak kecil mereka main api saja
Quote shamsadis 22-2-2022 05:54 PM
tebang terus, bagus, peringatan kepada penceroboh2 yang lain, kita mesti tegas, jangan lemah

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.085150 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top