Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam, Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Kuala Lumpur memerlukan tempoh enam bulan lagi untuk melupuskan kesemua al-Quran yang rosak akibat banjir di Lembah Klang, akhir Disember lalu.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi kenyataan berkata, sehingga kini, pusat itu sudah melupuskan 5,356.72 kilogram helaian al-Quran rosak akibat banjir itu. “Baki al-Quran yang belum lupus sukar dikira kerana ia perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum ditimbang.
“Ketika ini, petugas perlu mengasingkan helaian al-Quran untuk proses pengeringan sebelum dibakar,” katanya. Katanya, pihaknya juga mendapati, selepas pengasingan dibuat, sebahagian bahan dan dokumen diterima adalah buku bacaaan dan bukannya naskhah al-Quran. Selain itu, Jawi berkata, seramai 12 orang sukarelawan Jawi berada di pusat berkenaan bagi meneruskan kerja-kerja rutin pelupusan al-Quran itu. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
Carcosa replied at 22-2-2022 12:00 AM
Mcmana cara lupus AL QURAN ya?
Carcosa: Mcmana cara lupus AL QURAN ya? ...
anony-mous replied at 22-2-2022 02:15 AM
Bakar & abu kena buang dekat laut @ air mengalir
ADVERTISEMENT