CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Boleh Jana Hampir RM60,000 Jual Susu Badan Online!

21-2-2022 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 893| Komen: 3

Pakar kesihatan di Britain memberi amaran agar orang ramai tidak membeli susu badan yang dijual secara online kerana berisiko mengandungi pelbagai jenis bakteria, virus dan dadah, lapor Daily Star.


Trend penjualan susu badan secara online mendapat sambutan di Britain. Akhbar The Guardian melaporkan bahawa ia dijual pada harga £15 (RM85.50) untuk bagi setiap 150 mililiter di laman eBay.


Susu badan yang tidak disaring mungkin tercemar dengan bahan-bahan cecair lain seperti susu lembu atau disimpan di dalam beg yang mengandungi kimia industri BPA. – Getty

Seorang wanita di Britain baru-baru ini turut mendedahkan bahawa dia mampu menjana pendapatan sehingga £10,000 (RM56,987) hasil daripada jualan susu badannya kepada ahli bina badan.


Susulan perkembangan trend tersebut, seorang penyelidik awam di Universiti Cambridge, Dr. Sarah Steele mendesak orang ramai agar tidak membeli susu badan.

Menurutnya, susu badan merupakan sejenis cecair badan dan kebanyakan iklan di laman eDgang mengandungi maklumat yang sedikit mengenai keselamatan dan penjual produk tersebut.

“Anda membeli susu badan daripada orang asing yang tidak dikenali serta tidak menjalani saringan kesihatan. Anda tidak tahu keadaan penjual dan ia amat tidak selamat,” katanya.

Tambah Steele, susu badan yang diberikan kepada bayi yang memerlukan perlu disaring dan dipasteur terlebih dahulu. 

Penderma juga perlu menjalani pemeriksaan bagi jangkitan seperti virus kurang imun (HIV), Hepatitis B, sifilis, mengesan sama ada mereka merokok atau mengambil dadah.

“Susu badan yang tidak disaring mengandungi banyak bahan yang tidak selamat. Ia mungkin tercemar dengan bahan-bahan cecair lain seperti susu lembu atau disimpan di dalam beg yang mengandungi kimia industri BPA,” ujarnya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 21-2-2022 06:12 PM
Mak.aih...
Iols teringat plak kat fb ada orang beli susu kambing
Siap dah minum berjemaah dgn bini
Rupanya orang tu jual susu untuk anak kambing
Quote lurve82 21-2-2022 08:14 PM
Blh la nak jual separuh susu iols. Byk dlm peti tu
Quote musangbodoh 21-2-2022 08:56 PM
liquid gold tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.246826 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top