CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amal Ilmu Batin Dan Kebal, Ajaran Wali Tujuh Ancam Keselamatan Sabah

4-2-2022 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1392| Komen: 2

Kota Kinabalu: Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menyatakan ajaran meragukan dibawa kumpulan 'Wali Tujuh' yang didakwa mengamalkan ilmu batin dan kebal dikhuatiri mampu menimbulkan ancaman keselamatan ke atas Sabah.


"Itu tidak mustahil (ancaman keselamatan) dan sebab itu kita perlu penjelasan kerana tidak mahu ada nilai-nilai yang bertentangan dengan agama.

"Kebiasaannya yang bertentangan agama ini mudah menjadi ekstrem serta menyeleweng daripada akidah sehingga boleh melakukan sesuatu kekerasan dan sebagainya.

"Ini adalah kelebihan pegangan berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sederhana. Apabila mengikut ajaran al-Quran dan sunnah, kita tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Maulid dan Tahlil Perdana sempena Hari Kastam Sedunia Ke-40 di Surau Al-Abid, di sini, malam tadi.



Mohd Arifin (dua dari kanan) ketika menghadiri Majlis Maulid dan Tahlil Perdana sempena Hari Kastam Sedunia Ke-40 di Kota Kinabalu. Foto: Harian Metro

Turut hadir Mufti Negeri Sabah, Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar dan Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Julaiman Soimin.

Mengulas lanjut, Mohd Arifin berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan bersama Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Pejabat Mufti Sabah mengenai tindakan susulan berkaitan ajaran 'Wali Tujuh' berikutan penahanan tiga pengikutnya, baru-baru ini.

"Bahagian penguat kuasa dan Pegawai Tadbir Agama JHEAINS daerah sudah diarahkan untuk membuat siasatan mengenai ajaran sesat berkenaan.

"Hasil siasatan akan dibawa ke pejabat Mufti untuk mendapatkan pandangan hukum berhubung dengan ajaran terbabit.

"Ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah atau ajaran sesat yang menyeleweng boleh diambil tindakan di bawah enakmen Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MarissaMiller88 6-2-2022 10:26 PM
hensem la yg kanan skali tu....
Quote ultra78 7-2-2022 12:22 AM
Kebal? Boleh cuba tembak dengan ni?

Clipboard01.jpg

Clipboard02.jpg

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:20 AM GMT+8 , Processed in 1.177758 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top