CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dituduh Amal Ilmu Hitam, Tentera Pukul Nenek Tua Sampai Mati

4-2-2022 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1978| Komen: 9

Kupang: Seorang anggota tentera darat bersama tiga lagi suspek didakwa memukul seorang wanita warga emas berusia 61 tahun di Kupang, Nusa Tenggara Timur sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia tiga minggu kemudian.


Ketua Polis Kupang, Aldinan Manurung berkata, mangsa merupakan penduduk di Desa Bone di Kupang Barat dipukul oleh keempat-empat suspek kerana didakwa mengamalkan ilmu hitam.

Katanya, keempat-empat suspek itu ditahan selepas mendengar keterangan beberapa saksi dan hasil bedah siasat dilakukan terhadap mayat mangsa.


Gambar Hiasan

“Kejadian itu berlaku pada 24 April tahun lalu di rumah mangsa dan selang tiga minggu, mangsa yang dikenali sebagai Yakoba Lensini Sakh meninggal dunia.


“Polis turut menggali semula kubur mangsa untuk melakukan bedah siasat bagi mencari punca kematiannya.

“Bedah siasat yang dilakukan menunjukkan beberapa kesan dipukul seperti tulang patah dan pendarahan, selain luka pada badan mangsa,” katanya.

Keempat-empat suspek ditahan secara berasingan bermula bulan lalu.

Sementara itu, Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat sudah menerima laporan mengenai kes tersebut dan akan melakukan siasatan menyeluruh. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 4-2-2022 01:05 PM
x abis2 berita indon...bkk lh bod indon weiii admin nie
Quote Decaffeinated 4-2-2022 04:26 PM
So acik2 forum kena susah hati ka? Kupang tu pun tak tau kat mana kot

Quote she 4-2-2022 04:35 PM
Ingatkan Kupang Baling Kedah

Sekali tengok nama aikkk takde rupa siam pun ahakss
Quote Belibis 4-2-2022 05:36 PM
Decaffeinated replied at 4-2-2022 04:26 PM
So acik2 forum kena susah hati ka? Kupang tu pun tak tau kat mana kot

Aku tau kupang kedah jee..tu yang jengah masuk.kalau kupang priska..lantak lorrr.
Quote jazaa100 4-2-2022 10:18 PM
Belibis replied at 4-2-2022 05:36 PM
Aku tau kupang kedah jee..tu yang jengah masuk.kalau kupang priska..lantak lorrr.

Kupang priska.....

Quote TeropongThaico 4-2-2022 11:49 PM
Ingatkan berlaku dekat kedah. Cuak la juga
Quote renko 5-2-2022 06:03 AM
Ni kan aib
Quote Belibis 5-2-2022 07:21 AM
jazaa100 replied at 4-2-2022 10:18 PM
Kupang priska.....

Abistu?? Kerang piska..ikan masin piska??
Quote tikusmontok 5-2-2022 07:47 AM
Belibis replied at 5-2-2022 07:21 AM
Abistu?? Kerang piska..ikan masin piska??

Bakso perisa kerang  piska jadi idaman jusa c minus, ko hado?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.032966 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top