Putrajaya– Umat Islam sebenarnya tidak perlu bimbang untuk makan ketam batu kerana tiada nas atau dalil kukuh dalam ajaran Islam yang menyatakan haiwan air itu sebagai haram.
Demikian pencerahan dirungkai Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang dikongsi menerusi laman Maktabah al-Bakri berkaitan kekeliruan hukum makan ketam batu sejak sekian lama. “Berdasarkan perbincangan dan perbahasan ulama, boleh disimpulkan bahawa ketam itu termasuk dalam haiwan laut yang halal dimakan selagi mana tiada dalil berbeza,” kata beliau. Penjelasan itu sekali gus menjawab kemusykilan umat Islam yang selama ini berpendapat ketam tersebut sebagai haram kerana didakwa boleh hidup serentak di dalam air dan darat.
Situasi ini berbeza dengan ketam lain yang gagal untuk hidup dua alam kerana jika keluar dari air, binatang tersebut tidak dapat bertahan jangka hayatnya di darat untuk kekal lebih lama. Ketam bersifat karnivor oportunis dengan lebar cengkerang 10 sentimeter ini hidup di dasar teluk, jeti batu dan terumbu tiram malah boleh ditemui di batu kapur dan padang rumpai laut. Mengulas lanjut, bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, kesemua haiwan air adalah halal untuk dimakan tanpa perlu sembelihan kecuali ada nas lain menyatakan sebaliknya.- CARI Sumber: Kosmo
|
slyfynx replied at 4-2-2022 01:52 PM
punye la byk ketam, gedik jgk nk mkn yang shubhah pasal ape
kakikuDibibirmu replied at 4-2-2022 08:12 PM
Isketambatu tersenyum sinis
Decaffeinated replied at 4-2-2022 04:08 PM
sudah tahun 2022
apa yang boleh makan, apa yang tak boleh pun nak kena ajar
Decaffeinated replied at 4-2-2022 04:08 PM
sudah tahun 2022
apa yang boleh makan, apa yang tak boleh pun nak kena ajar
Orix replied at 4-2-2022 09:26 PM
Hahahahahaha WIN
dua_chzy replied at 4-2-2022 09:31 PM
Kalau kat tanahair ni, fatwa/hukum bergantung pada culture.
Ex ustaz (sekaum dengan aku) kat seko ...
ADVERTISEMENT