CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

23 Tahun Kahwin Tiada Kad Nikah, Suami Isteri Hampir Ditangkap Basah

4-2-2022 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8860| Komen: 176

Petaling Jaya – Gara-gara gagal melampirkan bukti nikah, sepasang suami isteri hampir ditangkap basah oleh pasukan pegawai jabatan agama islam.

Pengalaman mendebarkan ini dikongsikan Faridah Salleh menerusi hantaran di laman Facebook miliknya kelmarin.

Katanya, baru-baru ini dia dan suami menginap di sebuah hotel di Johor atas urusan kerja yang perlu diselesaikan.

Kemudian, pada malam tersebut selepas dia pulang dari berjumpa dengan kenalan lama sekitar pukul 12.45 tengah malam, dia dikejutkan dengan ketukan pintu.


Foto: Kosmo


“Saya naik ke bilik pukul 12.15 tengah malam, kemudian selang 30 minit, pintu bilik diketuk, ingatkan suami balik tapi dengar suara berbeza.

“Pergi ke pintu tanya banyak kali, katanya dari pejabat agama,” katanya.

Tambah Faridah, dalam keadaan cemas, dia meminta kebenaran untuk menyarung tudung terlebih dahulu dan meminta agar pegawai perempuan turut berada di hadapan pintu biliknya.

“Dengar perkataan pejabat agama terus menggigil.

“Pegawai wanita masuk dan periksa bilik serta mengambil kad pengenalan serta keterangan daripada saya.

Menurutnya, dia agak ketakutan apabila pihak jabatan agama membuat pemeriksaan dan mujurlah ketika itu, suaminya tidak berada bersama di bilik hotel kerana mempunyai urusan luar.

“Alhamdulillah, Allah tutup aib kami.

“Saya dan suami langsung tidak ada kad nikah walaupun usia perkahwinan kami sudah 23 tahun, kerana pada awalnya dulu, kami anggap ia tidak penting dan sebenarnya kad nikah adalah keperluan utama buat setiap pasangan berkahwin,” ujarnya.

Katanya lagi, sekiranya dia sedang berdua-duaan di dalam bilik bersama suami, besar kemungkinan mereka ibarat ditangkap basah dan bakal dibawa ke pejabat agama kerana gagal melampirkan bukti perkahwinan sebagai suami isteri yang sah.

“Namun Allah tutup aib kami suami isteri, suami pun balik lewat, lagi pun, sijil nikah pun tertinggal di rumah, memang kalut waktu itu,” jelasnya.

Sehubungan itu, Faridah turut memberikan pesanan dan mengajak pasangan berkahwin di luar sana agar segera membuat permohonan memiliki kad nikah kerana ia penting sebagai bukti perkahwinan yang sah.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai juga seperti baru tahu akan kepentingan memiliki kad nikah.

Ada pengguna yang sudah mempunyai anak, tetapi masih tidak mempunyai kad nikah kerana beranggapan sijil perkahwinan sudah cukup untuk membuktikan status suami isteri.

“Alhamdulillah pengalaman itu kak, kami pun tidak ada kad nikah dan jarang bawa sijil apabila keluar, tapi mujur anak-anak dah ada Mykid, selamat,” kata seorang pengguna,

Selain itu, seorang pengguna lain turut berkongsi pengalamannya yang selama ini langsung tidak mengambil kisah tentang kepentingan membuat permohonan kad nikah.

“Samalah dengan saya, saya buat mudah sahaja soal kad nikah, sebab zaman dulu ada sijil nikah sahaja, sebab itu tak ambil kisah. Terima kasih atas perkongsian dan ingatan, lepas ini nak ajak suami mohon kad nikah, risau kena macam akak pula nanti,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 4-2-2022 11:41 AM
I pun sampai hari ni tak de kad nikah ni pun dekat 20 yrs of marriage. Ss sijil nikah jer.
Quote orkid_amani 4-2-2022 11:42 AM
Kad nikah ni nak buat kena bayaq 1hal..nak gambaq hat Laki bersongkok..hat pmpuan bertudung
apooo..kalau gambaq passport biasa xboleh ka?
Quote Norma69 4-2-2022 11:43 AM
Sis pun takde kad nikah.
Kat mana nak mohon?
Quote ellejo 4-2-2022 11:47 AM
apabenda tutup aib nya? you did nothing wrong. ko dgn laki ko kan.
aku geram betul konsep aib aib aib ni.
Quote green~tea 4-2-2022 11:48 AM
Ala.  Leceh plak nak kena bawak kad nikah merata... baiklah, kena laa sepuk dalam handbag nnti nak berjalan
Quote mejaputih 4-2-2022 12:26 PM
orkid_amani replied at 4-2-2022 11:42 AM
Kad nikah ni nak buat kena bayaq 1hal..nak gambaq hat Laki bersongkok..hat pmpuan bertudung
apooo..k ...

iols punya pakai gambo passport biasa je both husband and wife...takde songkok...cuma kalau org free hair tak pasti pulak kot wajib bertudung jua.
Quote mejaputih 4-2-2022 12:27 PM
ellejo replied at 4-2-2022 11:47 AM
apabenda tutup aib nya? you did nothing wrong. ko dgn laki ko kan.
aku geram betul konsep aib aib a ...

iols pun rasa pelik bila dia sebut Allah tutup aib...aib pekebenda mmg laki bini kan..lain la kalau dia buat salah then betul la aib tak terdedah masa tu.
Quote Samerosie 4-2-2022 12:27 PM
Norma69 replied at 4-2-2022 11:43 AM
Sis pun takde kad nikah.
Kat mana nak mohon?

Masa i collect sijil nikah dulu kat jais dekat sepang ni dia mentioned buat kat shah alam.  Punyalah jauh nak gi semata nak buat kad nikah so i abaikan je.
Quote umbut 4-2-2022 12:29 PM
Aku pun xda kad nikah.. takpa.. snap je gambar kahwin korang or sijil nikah kat hp. Sebagai bukti
Quote cap_ayam 4-2-2022 12:32 PM
kak kalau akak tak up cerita ni kat fb, orang pun tak tau kak. anyway pejabat agama patut dah ada online sistem dah.. pegawai terus boleh check si polan ni menikah dengan sapa.. kad kad ni semua so 1999 punya konsep.

anyway kaka memang simpan kad nikoh dalam beg duit.. mana2 pegi bawak..
Quote Atata 4-2-2022 12:38 PM
Merepek je pejabat agama ni nak hembush sana sini.. takde keja
Quote Babai 4-2-2022 12:46 PM
Edited by Babai at 4-2-2022 12:47 PM

Dulu2 kawin lepas dapat sijil tu, kemudian baru boleh buat pulak permohonan kad. Ni semua menyusahkan orang nak kena dua kali kerja! Sepatutnya kad tu dapat sekali serentak dengan sijil.
Quote asamfish 4-2-2022 01:02 PM
My parents takde sijil pun dlm simpanan.  55thn kawen.  Only recently bila my sister nak kawen, somehow they asked for our parents' sijil nikah.  Nasib baik hidup di zaman IT, dpt cari sijil di negeri dorang bernikah dulu.
Quote exclusive_vvip 4-2-2022 01:08 PM
X buat jugak kad nikah..tapi setakat ni bila pegi travel,mmg bawak la sijil kawen kitorg tu..
Quote angelofish 4-2-2022 01:11 PM
mejaputih replied at 4-2-2022 12:27 PM
iols pun rasa pelik bila dia sebut Allah tutup aib...aib pekebenda mmg laki bini kan..lain la kala ...

sebab dia orang masa ambush tu suka merakam.kalau laki bini tengah buat projek sempat ke pakai baju?
Quote rosmahisham 4-2-2022 01:13 PM
Edited by rosmahisham at 4-2-2022 05:54 PM

Iols kawen zmn2 terawal ada kad nikah tu..termasuk  washing machine terendam masuk air..gambar kembang..rosak..mcm gambo hamtu..kad x de kualiti zmn tu..org semua gambo bertudung ala2 baru lps nikah..iols bg gambar freehair kik kik.mana ku tau zmn tu..setahun pon x sampai  kad  nikah kitorg laki bini dah jahanam !plastik senang masuk air.
Quote AznieBunnie 4-2-2022 01:15 PM
kalau tunjuk gambar nikah, kawin, anak, gambo celebrate anniversary depa tak terima ka?
nak juga sijil dan kad nikah tu ke?

#serius tanya
Quote dee4ellese 4-2-2022 01:18 PM
Tak senonoh punya pejabat agama.. Siap masuk bilik hotel orang cek..
Quote Norma69 4-2-2022 01:19 PM
orkid_amani replied at 4-2-2022 11:42 AM
Kad nikah ni nak buat kena bayaq 1hal..nak gambaq hat Laki bersongkok..hat pmpuan bertudung
apooo..k ...

Serius ke sis? Lelaki kna bersongkok? If berserban lilit mcm pak arab atau berkopiah kuning kusam tak diterima?

Pompuan dah tau dah mmg kena berbungkus sb takut lelaki tak dpt jaga air mani dr mengalir.

Lihat semua komen(176)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.140314 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top