CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Wanita Yang Jarang-Jarang Dilihat Di Korea Utara

4-2-2022 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3882| Komen: 32

Pyongyang: Isteri dan ibu saudara kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un membuat penampilan umum yang jarang berlaku selepas sekian lama menyepi.

Klip video memaparkan isteri Jong Un, Ri Sol Ju dan ibu saudara lelaki itu, Kim Kyong Hui ditayangkan di televisyen negara itu, baru-baru ini.

Ia ketika mereka menemani pemimpin negara itu pada persembahan seni di Teater Seni Mansudae di ibu negara Pyongyang untuk meraikan cuti Tahun Baharu Cina.


Foto: The National

The National melaporkan keluarga pemimpin Korea Utara selesa untuk tidak menonjolkan diri sepanjang pandemik Covid-19.


Ri kali terakhir dilihat pada 9 September lalu ketika ulang tahun penubuhan negara itu, apabila dia menyertai suaminya di Istana Matahari Kumsusan.

Menerusi siaran televisyen, Ri yang mengenakan pakaian tradisional merah dan hitam dilihat berbual dan tersenyum dengan Jong Un, ketika mereka bersama-sama menyaksikan persembahan.

Kedua-duanya kemudian naik ke pentas untuk bersalaman dan bergambar bersama artis.

Klip itu juga mengesahkan penampilan pertama ibu saudara Jong Un, sejak Januari 2020.

Wanita terbabit adalah tokoh penting dalam tahun-tahun pertama pemimpin itu berkuasa dan menyepikan diri selepas suaminya, Jang Song-thaek, dihukum mati kerana pengkhianatan pada 2013.

Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS) Korea Selatan berkata pada 2017, Kyong Hui sedang berhadapan dengan penyakit yang tidak diketahui di luar Pyongyang, sebelum pertama kali muncul semula pada 2019.

Ri sebelum ini, pernah mendapat perhatian antarabangsa kerana dia sering menemani Jong Un dalam acara sosial, perniagaan dan ketenteraan.

Situasi itu berbeza dengan bapa Jong Un, Kim Jong Il, yang jarang dilihat di khalayak ramai dengan mana-mana isterinya.

Foto Ri sebelum ini tidak disiarkan dalam media kerajaan selama lebih setahun sebelum wanita itu dilihat pada konsert Februari lalu, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa dia hamil.

NIS percaya Jong Un dan Ri mempunyai tiga anak, tetapi tidak banyak maklumat diketahui mengenainya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 4-2-2022 10:33 AM
diorg sane xde plastik kan,nampak ok je xde la buruk mana pun sampai nk kena bedah plastik,
Quote dua_chzy 4-2-2022 10:33 AM
Kemain lagik pleasure squad Cyborg 19 ini.
Quote dua_chzy 4-2-2022 10:35 AM
Ri Sol Ju ni banyak menderita kata NK defector.
Quote dua_chzy 4-2-2022 10:39 AM
copy_paste replied at 4-2-2022 10:33 AM
diorg sane xde plastik kan,nampak ok je xde la buruk mana pun sampai nk kena bedah plastik,


Tu team 5gwa / Pleasure Squad keluarga diktator ni. Of course la helok.

Rakyat NK paling lawa dan hensem saja boleh join.

[youtube]N2ZdzVf10YE[/youtube]
Quote copy_paste 4-2-2022 10:46 AM
dua_chzy replied at 4-2-2022 10:39 AM
Tu team 5gwa / Pleasure Squad keluarga diktator ni. Of course la helok.

Rakyat NK paling lawa dan ...

tapi ori korea la kan tanpa pembedahan,kira lawa la kalau ori tu,yg x lawa tu biase la,mat saleh pun ramai je x lawa
Quote dua_chzy 4-2-2022 10:53 AM
copy_paste replied at 4-2-2022 10:46 AM
tapi ori korea la kan tanpa pembedahan,kira lawa la kalau ori tu,yg x lawa tu biase la,mat saleh p ...


Memang lawa pun. Netizens ni ja skeptikal pompuan lawa2 dari Korea or China dikatanya plastik. Jeles ka apa ka aku pun tak tau tapi di forum selalu jumpa komen begini. SK tu sendiri ramai pompuan lawa original takda bedah2 pun.
Quote tikusmontok 4-2-2022 11:57 AM
dua_chzy replied at 4-2-2022 10:53 AM
Memang lawa pun. Netizens ni ja skeptikal pompuan lawa2 dari Korea or China dikatanya plastik. Jel ...

Kann... cuba search negara mana paling tinggi plastic surgery...bukan sk. Btw nyonya2 berkemban semua tu siapa?
Quote VioletsAre_Blue 4-2-2022 12:27 PM
copy_paste replied at 4-2-2022 10:46 AM
tapi ori korea la kan tanpa pembedahan,kira lawa la kalau ori tu,yg x lawa tu biase la,mat saleh p ...

Lawa sebab mekap je, tak mekap nampak la muka asli korea terutama bahagian eyelid tu
Quote sambaldurian 4-2-2022 01:45 PM
Knp pixel gambar ni spt tahun 80an. Yg nila muka asli org2 semenanjung korea.tgk kt tv, viu, netflix, smooth je kulit masing2.
Quote TeropongThaico 4-2-2022 01:48 PM
Lawa2 lak tengok muka masing2
Quote wikedsaikel 4-2-2022 04:30 PM
Kenapa raut muka kim jong un dah nak iras dengan kim nam gil? Surgeri kah?
Quote wikedsaikel 4-2-2022 04:31 PM
dua_chzy replied at 4-2-2022 10:39 AM
Tu team 5gwa / Pleasure Squad keluarga diktator ni. Of course la helok.

Rakyat NK paling lawa dan ...

Bunuh diri la kalau terpaksa layan tanoa rela.
Quote wikedsaikel 4-2-2022 04:33 PM
dua_chzy replied at 4-2-2022 10:53 AM
Memang lawa pun. Netizens ni ja skeptikal pompuan lawa2 dari Korea or China dikatanya plastik. Jel ...

Aku setuju. Abaikan komen aku tanya apakah kim jung on ni biat segeri muka.
Quote zuri154 4-2-2022 05:45 PM
dua_chzy replied at 4-2-2022 10:35 AM
Ri Sol Ju ni banyak menderita kata NK defector.

Menderita yg mcm mana? Jd wanita pertama pun menderita
Quote AnnaSendin 4-2-2022 11:42 PM
Menderita jiwa raga lah uols. Dah lah tak cinta dengan kim jong un yang macam giant nieyh, terpaksa kawen pulak. Dah kawen, kena mengadap pulak mistresses yang berdamping dengan laki. Senyap jurr lah kalau tak hidup2 kena campak dalam kandang singa.
Quote dua_chzy 4-2-2022 11:44 PM
tikusmontok replied at 4-2-2022 11:57 AM
Kann... cuba search negara mana paling tinggi plastic surgery...bukan sk. Btw nyonya2 berkemban se ...

Pleasure Squad si Jong Un buntal tu.
Quote dua_chzy 4-2-2022 11:45 PM
VioletsAre_Blue replied at 4-2-2022 12:27 PM
Lawa sebab mekap je, tak mekap nampak la muka asli korea terutama bahagian eyelid tu


Wanita tanahair ini pun harapkan mekap dan filter aje la nak nampak semenggah sis.
Quote dua_chzy 4-2-2022 11:47 PM
zuri154 replied at 4-2-2022 05:45 PM
Menderita yg mcm mana? Jd wanita pertama pun menderita

Baca post #16.

Imagine hidup macam puppet. Kena kontrol gomen dan laki. Pun udah cukup. Dia kena paksa kawin mamat buntal tu.
Quote dua_chzy 4-2-2022 11:50 PM
wikedsaikel replied at 4-2-2022 04:33 PM
Aku setuju. Abaikan komen aku tanya apakah kim jung on ni biat segeri muka.

Nak juga jawab. Muka diktator buntal ni berubah kerana 2 teori:

1. Dia sakit dan susut berat badan.
2. Dalam gambar tu bukan dia tapi body double.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.050559 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top