CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naya Bibir Bengkak Sebelah, Doktor Hentikan Rawatan Selepas Selebriti Media Sosial Mengaku Tak Mampu Bayar

4-2-2022 09:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2836| Komen: 23

Seorang gadis dari Pakistan mengalami bengkak separuh bibir gara-gara rawatan kecantikan yang gagal disempurnakan.

Menurut Hareem Shah, dia membuat rawatan itu di United Kingdom (UK).

Ketika suntikan dilakukan, dia menerima panggilan telefon yang mengatakan akaun bank miliknya dibekukan.


Foto: TikTok

"Saya sekarang berada di UK. Hari ini saya berjumpa doktor untuk suntik bibir.

"Doktor baru suntik separuh bibir saya, kemudian saya terima panggilan mengenai akaun bank kini dibekukan," ujarnya.


Gadis itu kemudian memberitahu doktor bahawa dia tidak mampu untuk membuat bayaran penuh rawatan tersebut, menyebabkan prosedur berkenaan dilakukan separuh jalan sahaja.

Menurut laporan, akaun bank gadis itu dibekukan oleh Agensi Siasatan Persekutuan (FIA) kerana dikaitkan dengan pengubahan wang haram.

FIA memulakan siasatan ke atas gadis itu pada 12 Januari lalu.

Dia sebelum ini pernah memuat naik video memaparkan sejumlah wang yang banyak.

Untuk rekod, Shah merupakan selebriti media sosial yang mempunyai 6.5 juta pengikut. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 4-2-2022 09:14 AM
Hahahaha.. Boleh begitu....
Quote hareeeesah 4-2-2022 09:18 AM
Kot ye pun.. biasa gang cuci duit ni kan ada cash byk.. bibir elok cantik ko nak cucuk apa lg laa
Quote elzy 4-2-2022 09:33 AM
Tu la sebab bila ada urusan dengan doctor keep the phone on silent mode :p
Quote naina 4-2-2022 09:35 AM
Hok aloh..jujur sangat dengan doktor tu
Buat jelah habiskan dulu
Bayar cmne fikir kendian
Ni maybe sekadar content jugak
Quote Artemesiaa 4-2-2022 09:51 AM
Kerja sia2 terus cacat jadinya
Quote dua_chzy 4-2-2022 09:51 AM
Asal instapemes, mesti terlibat dengan cuci duit kan.
Quote supernaturalee 4-2-2022 09:55 AM
dh elok lawa dh tu

nikmat apa lg yg kau dustakan


Quote diknaz 4-2-2022 11:09 AM
tak pasal2 hodoh
Quote TeropongThaico 4-2-2022 01:26 PM
Boleh percaya ke
Quote sukacactus 4-2-2022 02:00 PM
Ha terus ‘cantik’ kan bibir ko
Quote Cpkay 4-2-2022 02:21 PM
hahahha,, sian.
Quote buapakperut 4-2-2022 02:48 PM
Haha macam kartun lak. Mampu bayar separuh dpt servis separuh je. Kalau buat tetek/bontot  naya hang masuk channel botched
Quote Rapz 4-2-2022 02:48 PM
Sekali pandang mcm kna gigit ngan tebuan bengkak semcm.....
Quote Normabaru 4-2-2022 03:13 PM
Hahahaha


Klu zaman2 90an dlu..ko dh blh masuk the MOST FUNNIEST VIDEO punya rancangan
Quote suriamir 4-2-2022 03:28 PM
hahahahahaaa.... macam ni pun boleh jadi....
Quote lasagna 4-2-2022 03:54 PM
alahaiii dah bengkak sebelah.. doktor plak mmg tak kasi chance laa bila dgr pesakit xde duit, nahh ambik ko sebelah jer siap. adeehhh, kaka tak tau nk gelak ke nk kesian dik non.
Quote che-cikL 4-2-2022 04:02 PM
Lurus nau. Waktu kena cucuk bibir pun gigih nak bercakap explain dgn doktor tu. Siap blh check handphone / communicate dgn bank lagi. Biarlah siap cucuk bibir tu dulu dikkk ooooiji
Quote nakkomenjugak 5-2-2022 04:35 AM
Hahahaahah
Rasain lohhhhhhh
dok mengubah kejadian sangat
Quote Supersirap 5-2-2022 10:33 AM
Buat crowd funding settle semuanya

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.060794 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top