CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Sanggup Roboh Rumah, Elak Bekas Suami Pindah Masuk Bersama Isteri Baharu

3-2-2022 05:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1747| Komen: 9

Jakarta – Seorang isteri di Desa Gedungbanteng, Ponorogo, dalam wilayah Jawa Timur nekad merobohkan rumah miliknya bersama suami selepas dia diceraikan asbab orang ketiga, lapor laman Berita Jatim.


Darmi,40, mengaku sengaja merobohkan rumah yang dibina pada 2010 itu dengan jentolak kerana berang diceraikan.

“Tanah ini milik orang tua Purwanto,35, iaitu bekas suami saya tetapi rumah ini kami bina bersama-sama.

“Sekarang dia sudah ada wanita lain, saya tidak akan benarkan bekas suami dan kekasihnya tinggal di rumah ini. Biar sama-sama tidak memiliki rumah ini, barulah adil,” jelas Darmi.


Foto: Berita jatim


Saat ditanya sama ada dia berasa menyesal merobohkan rumah yang boleh diwarisi oleh anak-anak, Darmi pantas menafikannya.

“Saya bina rumah bukan untuk anak-anak tetapi untuk hidup bersama suami hingga ke hari tua. Ternyata, kami berpisah jadi jalan paling senang, robohkan sahaja.

“Saya juga mendermakan  semua barang-barang dalam rumah buat mereka yang berminat. Saya tidak mahu wang atau apa pun, cukup rumah ini sudah dirobohkan,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 3-2-2022 06:09 PM
go go akak
Quote Buritan 3-2-2022 06:57 PM
Koh koh cikki yg ngorat tuuu cume dpt kote ajolaaa...  
Quote milanhawkin 3-2-2022 07:37 PM
kenapakah rasa mcm deja vu je baca berita ni?
Quote missyL 3-2-2022 07:39 PM
Blom bace pn dah thu indon punye cite
Quote missyL 3-2-2022 07:40 PM
milanhawkin replied at 3-2-2022 07:37 PM
kenapakah rasa mcm deja vu je baca berita ni?

Kes lame rasenye. Mcm pnh bace dah gak
Quote sharlenetexas 3-2-2022 08:47 PM
Power puff girl!

Quote Belibis 3-2-2022 09:56 PM
milanhawkin: kenapakah rasa mcm deja vu je  ...

Yupppp..kisah sama..tak pasti watak sama atau lain.
Quote hareeeesah 3-2-2022 11:22 PM
Kurang 1 hal nak tuntut hehhe
Quote slyfynx 3-2-2022 11:37 PM
Jap, ni orang lain ke orang sama?

Wanita roboh rumah bekas suami bersama isteri baharu

17 Mac 2021.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.179096 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top