Anak kepada bekas pengacara 'Crocodile Hunter', mendiang Steve Irwin, Bindi akan menjejakkan kaki ke Malaysia bagi mengendalikan program bagi saluran Discovery Kids di HyppTV 561 iaitu 'Bindi's Bootcamp: Reboot'. Bindi, 14, akan membuat penampilan khas di Aquaria@KLCC dan akan mengadakan aktiviti 'pengembaraan' bersama peminatnya di situ. Lebih menarik, peserta bertuah yang menyertai program tersebut turut berpeluang bersama-sama Bindi melalui satu sesi khas.
|
ADVERTISEMENT