Rancangan berkonsepkan santai dan memberi informasi mengenai lokasi menarik untuk menjamu selera di seluruh negara, 'Jalan-Jalan Cari Makan' (JJCM) kini kembali bersiaran bermula 7 April lalu. Lebih menarik, JJCM musim baru ini menampilkan kembali hos sebelum ini iaitu Qi Razali, di samping pengisian beberapa slot baru seperti segmen Siapa Punya, Siapa Itu? Singgah dan Lain Macam.Penerbit Eksekutif program, Che Rozaini Ahmad berkata, pemilihan hos baru bakal menjadi tarikan kerana JJCM membawa semula khidmat Qi Razali bagi memberi variasi dan kelainan kepada penampilan musim baru ini. "Gelagat Qi yang bersahaja dalam menunjukkan bakat memasak di dapur pasti menarik perhatian penonton untuk mencuba pelbagai resipi istimewa setiap restoran dikunjungi. Qi yang sememangnya kaki makan dan ia pasti membangkitkan selera setiap mata yang menonton," katanya. Lebih menarik lagi, penonton boleh saksikan penampilan selebriti yang memeriahkan program JJCM musim ini seperti Nelydia Senrose, Ila Damia, Suki, Monoloque, Yana Samsudin, Taiyuddin Bakar, Adira, Shuib Sepahtu dan ramai lagi.
|
ADVERTISEMENT