CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Fizz Fairuz Panas Baran Sejak Isteri Mengandung

11-7-2014 11:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4113| Komen: 4

Fizz Fairuz Panas Baran Sejak Isteri Mengandung


KUALA LUMPUR: Pelakon Fizz Fairuz mengakui sejak isterinya Almy Nadia disahkan hamil dia tiba-tiba bertukar sifat menjadi seorang yang panas baran dan sensitif terhadap perkara-perkara yang berlaku disekelilingnya. 

Fizz, 35, berkata, dia tidak pasti sekiranya perubahan emosi itu sebagai satu simptom 'pembawakan budak' namun bimbang akan ada pihak terasa hati dengan sikapnya itu yang sukar dikawal sejak akhir-akhir ini.

"Sejak Almy mengandung saya menjadi seorang yang sensitif dan panas baran secara tiba-tiba dan adakalanya gagal mengawal sifat tersebut yang mungkin akan membuatkan pihak lain terasa hati dengan saya.

"Jika ini salah satu simptom 'pembawakan budak' yang terkena pada suami, saya harap ia tidak akan kekal lama," katanya kepada mStar Online.

Fizz ditemui selepas majlis tayangan perdana filemMat Tudung di Wangsa Walk, Wangsa Maju di pada Rabu.


Selain Fizz, filem arahan Wan Hafiz itu turut menampilkan Izzue Islam, Nelydia Senrose, Harun Salim Bachik, Rosnah Mat Aris dan Jihan Musa.

Ia bakal ditayangkan bermula 28 Julai ini.

Dalam pada itu, Fizz enggan melayan kata-kata fitnah yang mempertikaikan tentang kehamilan dan usia kandungan isterinya dan mengambil pendekatan berdiam diri terhadap tohmahan sesetengah pihak.

Jelas Fizz, dia tidak mahu Almy tertekan dengan cerita-cerita buruk yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang akan memberi kesan kepada kandungan itu nanti.

"Pihak yang mempertikaikan tentang kehamilan Almy mungkin patut semak kembali bila kami bernikah dan bukan terus membuat tuduhan tidak berasas seperti ini.


"Saya sering pesan dengan Almy jika ada orang cerita yang bukan-bukan jangan layan kerana ia akan merebak menjadi besar. Lebih baik diam dan senyum sahaja," jelasnya.

Sementara itu, Almy yang sedang hamil lima minggu mengakui perubahan sikap suaminya itu dan mengambil pendekatan sentiasa bersabar bagi mengelakkan masalah lain.

Jelas Almy, dia tidak terasa hati sekiranya Fizz ada melepaskan kemarahan kepadanya kerana dia tahu ia bukan disengajakan selain berharap fasa tersebut tidak berpanjangan.

"Mula-mula geram jugak tetapi ibu dan ibu mertua saya sering berpesan supaya bersabar kerana perubahan itu hanyalah sementara dan sekarang ini jika dia marah-marah saya akan diam sahaja.

"Sejak saya mengandung, Fizz juga mengidam pelbagai makanan dan ada sekali dia ingin makan telur itik lemak cili api untuk sahur selain beberapa makanan pelik lain," ujarnya


Forum : http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=814566&extra=&page=5

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote jijigren 12-7-2014 07:17 PM
Org laki libra memg panas baran
Nasib hang lah almy
Quote mokcikKSKB 11-7-2014 01:02 PM
Baru je lima minggu..hormon masih stabil.baby sebesar sebijik bijan. Awal sgt nk alah2 bagai
Quote AbukRokok 11-7-2014 12:28 PM
sian almy....
Quote AbukRokok 11-7-2014 12:27 PM
sian almy....

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.032963 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top