CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Sahkan Kos Rm400 Juta Netbook 1malaysia

20-6-2014 04:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5267| Komen: 32


KUALA LUMPUR - Sebanyak RM400 juta dibelanjakan oleh kerajaan bagi pemberian Netbook 1Malaysia kepada guru sepertimana yang dijanjikan bersempena sambutan Hari Guru baru-baru ini.
       
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bagi pembiayaan tersebut kerajaan menggunakan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dan pemberian akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.
       
Untuk fasa ini sebanyak 48 pembekal telah dilantik oleh kementerian untuk membekal Netbook 1Malaysia kepada 400,000 guru.
       
"Antara jenama netbook yang akan diagihkan kepada guru ialah Lenovo, Samsung, Asus, Acer dan juga HP," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
       
Ahmad Shabery berkata demikian bagi menjawab soalan Nurul Izzah (PKR-Lembah Pantai) yang bertanyakan mengenai kos yang ditanggung oleh kementerian dalam membekalkan 400,000 Netbook 1Malaysia kepada guru-guru bersempena sambutan Hari Guru.
       
Dalam pada itu, tambah Shabery, pemberian tersebut menunjukkan bahawa  bukan hanya pelajar yang perlu dilengkapi dengan kemudahan netbook dalam usaha memastikan penggunaan teknologi secara menyeluruh dalam bidang pendidikan.
       
"Ada yang berkata bahawa kalau kita bagi pada murid-murid sahaja siapa yang akan mengajar murid-murid tersebut, maka ada pandangan yang guru-guru juga perlu dibekalkan.
       
"Sebab itu pada tahun ini kita kembangkan pada guru-guru dan ini sebahagian daripada hadiah Hari Guru kami daripada kementerian kepada guru-guru," katanya
       
Beliau juga menegaskan netbook yang dibekalkan kepada pelajar mempunyai jaminan dan kualiti terbaik.
       
"Memang ada isu yang berkaitan dengan kualiti dan sebagainya, tetapi semuanya kita sudah beritahu bahawa mereka yang memperolehinya akan dibekalkan dengan satu tahun jaminan (waranti) dan ada lebih kurang 174 tempat di seluruh negara jika ianya rosak.
       
"Selagi tempoh jaminan masih ada saya rasa tidak menjadi alasan untuk kita mengatakan bahawa program ini tidak baik," katanya

1

Bagus
7

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LUNCH 19-6-2014 05:54 PM
Ni anak menteri jadi pembekal komputer ni. Patut lah sampai RM400 juta. Banyak masuk pocket dia.
Quote nobito 19-6-2014 05:59 PM
Byknya Rm400juta...dh boleh tolong 800 Mulayu bukak bisnes...
Quote gusikuberdarah 19-6-2014 06:01 PM
nobito posted on 19-6-2014 05:59 PM
Byknya Rm400juta...dh boleh tolong 800 Mulayu bukak bisnes...


xkan setiap sorang bukak bisnes modal 1 ringgit malaysia...?? Last edited by gusikuberdarah on 19-6-2014 06:02 PM

Quote nobito 19-6-2014 06:02 PM
Dari 800 Bisnes mulayu mungkin 8000 peluang pekerjaan anak mulayu yg bekerja dgn tokeh mulayu dpt disediakan.
Quote nobito 19-6-2014 06:03 PM
gusikuberdarah posted on 19-6-2014 06:01 PM
xkan setiap sorang bukak bisnes modal 1 ringgit malaysia...??

Dah tukar 800 taukeh mulayu dpt dihasilkan...sorang modal setengah juta.
Quote slippergombak 19-6-2014 06:04 PM
takper... trend sekarang macai2 UMNO akan jilat sehabis mungkin pemimpin2 UMNO songlap duit negara nih dan bersedia 24 jam jadi skuad pencuci taik pemimpin UMNO yg merembat duit negara nih...

sekarang kan songlap2 nih dah jadi halal.... dah tak kisah dah... amik laa.. amik selagi boleh...
Quote gusikuberdarah 19-6-2014 06:08 PM
nobito posted on 19-6-2014 06:03 PM
Dah tukar 800 taukeh mulayu dpt dihasilkan...sorang modal setengah juta.

tak aci tak aci..xblh main tukar...kihkih..
Quote nobito 19-6-2014 06:08 PM
slippergombak posted on 19-6-2014 06:04 PM
takper... trend sekarang macai2 UMNO akan jilat sehabis mungkin pemimpin2 UMNO songlap duit negara n ...

Dosa pon dosa la...katenye
Quote R2D2 19-6-2014 06:10 PM
busuk2 pun Melayu kita jugak

kalau utk lembu RM250 juta

apa la sgt RM400 juta

lagi pun Laporan Audit semuanya OK whats?
Quote nobito 19-6-2014 06:13 PM
4 kedai mulayu hidung kembang/asli di KLIA2 mungkin akan diwujudkan...so utosan meloya tak perlu meroyan dan boleh shopping dalam kedai2 mulayu tu puas2 sampai tercabut kaki...
Utusan meloya tak payah dah seksa hati pergi kedai cina.
Quote batmana 19-6-2014 06:16 PM
RM400 juta = 400 ribu netbook

1 netbook= rm1000 ???

1netbook buatan china ,beli 100 unit, dpt RM330.00 , sama specs bagai.



netbook?
tahun 2011, penjualan tablet melebihi netbook buat pertama kali
penjualan netbook pula turun 25%
kemudian.
netbook sudah tarak keluar lagila sejak tahun 2012

ape punye menteri daa..

http://www.digitaltrends.com/com ... the-trigger/#!0Pkrm



Quote batmana 19-6-2014 06:19 PM
        Dalam pada itu, tambah Shabery, pemberian tersebut menunjukkan bahawa  bukan hanya pelajar yang perlu dilengkapi dengan kemudahan netbook dalam usaha memastikan penggunaan teknologi secara menyeluruh dalam bidang pendidikan.
      
        "Ada yang berkata bahawa kalau kita bagi pada murid-murid sahaja siapa yang akan mengajar murid-murid tersebut, maka ada pandangan yang guru-guru juga perlu dibekalkan.
      
        "Sebab itu pada tahun ini kita kembangkan pada guru-guru dan ini sebahagian daripada hadiah Hari Guru kami daripada kementerian kepada guru-guru," katanya
so nk suh cikgu-cikgi ngajar komputer la plak?

akak aku geleng kepala baca statement menenteri ni..

dhla cikgu cikgu sibuk ngn keje, mana nk urus anak lagi, nk siap tanda buku, nk buat report sana sini, nk msuk fb, nk reply forum,
tarak masa cikgu nk ngajooo..
Quote nobito 19-6-2014 06:20 PM
R2D2 posted on 19-6-2014 06:10 PM
busuk2 pun Melayu kita jugak

kalau utk lembu RM250 juta

Kalau rm250 juta...500 kedai mulayu boleh diwujudkan di KLIA2 supaya melayu tak pendam rasa sakit hati masuk kedai cina apek mca dap n gerakan.

Lagipon penyakit sakit hati x bagus untuk ummah.
Quote yayah8989 20-6-2014 11:54 AM
batmana posted on 19-6-2014 06:16 PM
RM400 juta = 400 ribu netbook

1 netbook= rm1000 ???

setuju. netbook dh murah gila kot. kalo 1k tu dh bleh beli laptop dah.
Quote melia_star 20-6-2014 12:03 PM
batmana posted on 19-6-2014 06:16 PM
RM400 juta = 400 ribu netbook

1 netbook= rm1000 ???

samsung ada netbook kaa??
Quote tensic~ 20-6-2014 12:22 PM
SAR mh370 pun 24j rm je
Quote LiveYourLife 21-6-2014 01:45 AM
wow semoga dpt mudahkan kerja cikgu
Quote slippergombak 21-6-2014 02:24 AM
nobito posted on 19-6-2014 06:08 PM
Dosa pon dosa la...katenye

cina MCA jugak yg untung...
Quote renjer 21-6-2014 04:39 AM
Membazir netbook ni.banyak penyelewengan akan berlaku..cuba la tgk subsidi diesel..apa da jadi .

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.093812 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top