KUALA LUMPUR 9 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Sepanyol mampu mempertahankan kejuaraan dalam Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung di Brazil, bermula Khamis ini. Walau bagaimanapun jelas Perdana Menteri, beliau amat meminati corak permainan Brazil yang cukup terkenal dengan aksi samba. " Pasukan England merupakan pasukan yang bertakhta di hati saya, tetapi Sepanyol sukar untuk dikalahkan. Saya juga suka corak permainan Brazil," katanya ketika diajukan soalan mengenai Piala Dunia 2014 dalam bual bicara sempena Persidangan Invest Malaysia 2014 di sini hari ini. Dalam perlawanan akhir Piala Dunia empat tahun lalu, Sepanyol mengalahkan Belanda dengan keputusan 1-0. |
lucky_peace posted on 9-6-2014 02:35 PM
4 tahun lalu ade sotong tu teka team mane yang menang... kali nieyh gune ape lak eh?
lordvoldemort posted on 9-6-2014 02:38 PM
team flop gak di hati
harap2 team ah jib semua kojol awai..
ADVERTISEMENT