Logo UiTM terbesar menggunakan dodol dicacatkan di dalam Malaysia Guinness Book Of Record. Logo UiTM terbesar menggunakan dodol dicacatkan di dalam Malaysia Guinness Book Of Record. BUKIT PALAH - Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka Cawangan Kampus Bandaraya berjaya mencipta logo UiTM terbesar menggunakan dodol sempena Karnival Keusahawanan dan Kesenian Islam yang akan bermula hari ini sehingga 8 Jun ini di Pusat Islam, Melaka. Lebih manis lagi, apabila hasil usaha sempena ulang tahun ke-30 UiTM Melaka itu berjaya dicatatkan di dalam Malaysia Guinness Book of Record. Menurut Penolong Rektornya, Dr Ismadi Md Badarudin, usaha yang julung kali diadakan itu itu menggunakan sebanyak 37,400 bekas plastik dodol bersaiz kecil dan ia dijalankan oleh 40 pelajar dari pelbagai fakulti. “Usaha ini berjaya dilakukan selama dua jam setengah sebelum terhasilnya logo UiTM yang tertera '30 Tahun UiTM' bersaiz 5.3 meter x 8.2 meter di ruang lobi, Pusat Islam Melaka” katanya selepas menerima sijil dari wakil Malaysia Guinness Book Of Record, Suhaila Shamsudin di sini, semalam. Turut sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Datuk Md Zin Mansor dan Ketua Projek Pembinaan Logo tersebut, Maizatul Saadiah Mohamad. Tambah Dr Ismadi, pihaknya telah membelanjakan sebanyak RM13,400 bagi menjayakan program berkenaan. “Kesemua dodol yang digunakan ini akan dijual kepada orang ramai dengan harga RM10 bagi 10 bekas dan setakat ini sebahagiannya sudah ditempah lebih awal, sementara bakinya akan dijual di Karnival Keusahawanan dan Kesenian Islam bermula dari 6 hingga 8 Jun ini. “Sementara hasil jualan, sebahagiannya akan disumbangkan kepada Aman Palestin manakala sebahagian lagi kepada Mengubah Destinasi Anak Bangsa (MDAB) suatu badan yang ditubuhkan UiTM bagi membantu pelajar miskin dan lemah melanjutkan pelajaran,” katanya.
|
chupachups posted on 6-6-2014 01:45 PM
Terbesar..terpanjang..tertinggi..tu je la tahap ukuran kehebatan rakyat malaysia kot..
Acong posted on 6-6-2014 01:52 PM
ukur pakai kanta pembesar?
obelisk posted on 6-6-2014 02:26 PM
___(▓▓▓▓)
__(▓▓▓▓)
_(▓▓▓▓)
ADVERTISEMENT