Nurul Izzah tuntut hak penjagaan anak Nurul Izzah Anwar
KUALA LUMPUR 29 Mei - Kes perceraian di antara Nurul Izzah Anwar dan suami, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dilihat semakin sampai ke penghujungnya terutamanya selepas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memfailkan permohonan hak penjagaan anak (hadanah) ke atas dua cahaya mata mereka.
Permohonan tersebut difailkan Nurul Izzah pada 30 April lalu dan hari ini tuntutan itu disebut buat pertama kali di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Amran Mat Zain. Bagaimanapun, terma permohonan yang dibuat mengikut Seksyen 81 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 itu tidak didedahkan kepada pihak media.
Nurul Izzah, 34, selaku plaintif hadir pada prosiding yang dijalankan di kamar hakim tanpa ditemani oleh mana-mana ahli keluarga atau sahabat manakala Raja Ahmad Shahrir, 35, yang dinamakan sebagai defendan tidak hadir kerana berada di London. Anak perempuan sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diwakili peguam syarie, Normawaddah Ramli manakala suaminya diwakili peguam-peguam syarie, Zulkifli Che Yong dan Azmi Mohd. Rais. Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 di kediaman Anwar di Damansara dan dikurniakan dua anak, Raja Nur Safiyah, 7, dan Raja Ahmad Harith, 5. Sementara itu, Azmi ketika ditemui selepas tamat prosiding memberitahu, mahkamah menetapkan 17 Jun ini untuk sebutan semula kes berkenaan. "Pada tarikh tersebut, defendan perlu memasukkan wakalah pelantikan peguam secara rasmi. Mahkamah juga dijangka bertanya kepada defendan mengenai permohonan plaintif dan berkemungkinan diarahkan untuk memfailkan pembelaan," katanya. Peguam terbabit turut memberitahu, anak guamnya dan pihak peguam menerima salinan permohonan terbabit pada 24 Mei lalu. Nurul Izzah memfailkan permohonan cerai terhadap Raja Ahmad Shahrir pada 8 Januari lalu dengan alasan, tiada lagi persefahaman dan rasa kasih sayang (tiada mawaddah dan rahmah). Pasangan itu sekarang dalam proses perbincangan melalui wakil-wakil yang dilantik dalam Jawatankuasa Pendamai yang diketuai oleh seorang pegawai agama bagi membantu pasangan itu mencapai sebarang penyelesaian. Penubuhan Jawatankuasa Pendamai tersebut dibuat mengikut Seksyen 47(5) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Menurut akta tersebut, jawatankuasa berkenaan diberi masa sehingga enam bulan bagi membantu pasangan untuk mencapai sebarang penyelesaian. Sekiranya jawatankuasa tersebut gagal mencapai sebarang persetujuan atau pasangan terbabit enggan meneruskan perkahwinan mereka, mahkamah perlu menasihati si suami untuk melafazkan talak. Hasil perbincangan dalam jawatankuasa tersebut akan dibentangkan di Mahkamah Rendah Syariah pada 12 Jun ini. |
dino posted on 2-6-2014 05:40 PM
tumpang simpati....mujur la nurul izzah ni dr parti pkr... org tak kutuk sgt....
lurve82 posted on 2-6-2014 05:30 PM
Dorg ni dh bercerai la eh...so skrg berebut anak? Gitu? Bru aku tahu klu dh xde kasih sayg pun blh f ...
bidacool posted on 2-6-2014 05:43 PM
belum cerai tp ni prosedur biasa tentukan hak jagaan anak 'sementara'.... itu je......
nnt dh con ...
dino posted on 2-6-2014 05:40 PM
tumpang simpati....mujur la nurul izzah ni dr parti pkr... org tak kutuk sgt....
lurve82 posted on 2-6-2014 05:30 PM
Dorg ni dh bercerai la eh...so skrg berebut anak? Gitu? Bru aku tahu klu dh xde kasih sayg pun blh f ...
pakwetizzaqyah posted on 2-6-2014 05:47 PM
hahahaha...nampak sangat masing2 tk tahu undang2...main serbu je komen...ini yg nk gelak ni...paling ...
ADVERTISEMENT