KEBANGKITAN penyokong Johor kian bersemarak selepas pasukan dari selatan tanah air itu mengalami transformasi menyeluruh, hasil kesungguhan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Bertindak selaku Presiden Persatuan Bolasepak Johor (PBNJ), ramai pihak menganggap beliau sebagai bapa pembangunan bola sepak Johor moden dengan melakukan pelbagai transformasi yang bukan sahaja menarik perhatian penyokong tempatan, malahan dari luar negara. Penjenamaan semula itu mengimbau kembali nostalgia Johor yang pernah menjadi kuasa besar tanah air, justeru tidak hairanlah pelbagai nama kumpulan penyokong mulai tumbuh dalam menyemarakkan lagi kebangkitan Harimau Selatan. Salah satunya adalah kumpulan penyokong yang mahu dikenali sebagai Harimau Selatan Batu Pahat Supporters (HSBPS), yang ditubuhkan pada 31 Disember 2012, hanya beberapa ketika TMJ mengumumkan pasukan bola sepak Johor, iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) Ketua Jawatankuasanya, Mohd Ramzan Mohamad Jaini berkata, pada mulanya dia dan jawatankuasa lain tidak pernah terfikir untuk menubuhkan HSBPS, walaupun mereka kerap ke stadium untuk memberikan sokongan. Katanya, idea itu muncul apabila melihat kesungguhan TMJ dalam menaikkan kembali nama Johor dalam arena bola sepak serta kegemilangannya sebagaimana awal tahun 1990-an.
“Melihat kesungguhan TMJ untuk menaikkan martabat Johor melalui JDT dan JDT II, menjadikan kami tiada alasan untuk tidak menyokong usaha ini. “Dengan memberikan sokongan menunjukkan kami juga mahu bersama-sama TMJ untuk melihat kembalinya Johor sebagai pasukan yang digeruni. “Hampir seluruh daerah ini kami jelajah untuk melihat sejauh mana sokongan yang diberikan terhadap pasukan JDT dan JDT II ini. Dan hasil yang kami dapat sungguh memuaskan kerana mereka turut menyokong usaha TMJ,” katanya. Menurut Mohd Ramzan, sehingga kini HSBPS mempunyai 5,000 pengikut dan hampir 300 ahli yang aktif memberikan sokongan apabila adanya perlawanan yang membabitkan JDT. Harap JDT layak ke AFC Dengan penjenamaan semula dan perbelanjaan dalam mendapatkan pemain-pemain ternama dari peringkat nasional dan antarabangsa, menaik taraf kemudahan stadium dan pelbagai lagi, sudah pastinya penyokong mengharapkan hasilnya. Menurut Mohd Ramzan, jika dapat merangkul sekurang-kurangnya satu piala dalam Liga Malaysia seperti yang disasarkan, ia adalah satu pencapaian yang baik. “Menjadi kebanggaan kami apabila pasukan dari selatan ini mampu mencatat keputusan yang terbaik, seterusnya melangkah ke peringkat antarabangsa seperti merebut Piala AFC. “Bagaimanapun, menang atau kalah, kami akan tetap bersama Johor. Semuanya kerana kami kagum dengan semangat dan usaha yang dilakukan TMJ. “Kita sebagai rakyat yang lahir di Johor seharusnya tidak ketinggalan untuk turut serta menyertai kemeriahan di bawah naungan PBNJ dan TMJ ini. InsyaALLAH,” |
2
Bagus |
12
Marah |
Terkejut |
8
Sedih |
1
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
batmana posted on 18-3-2014 05:07 PM
pelik, padahal bugis lagi ramai kt johor dri jawa..
smpai ada sek. agama bugis, muzium bugis..sulta ...
batmana posted on 18-3-2014 05:07 PM
pelik, padahal bugis lagi ramai kt johor dri jawa..
smpai ada sek. agama bugis, muzium bugis..sulta ...
bfemmamaembong posted on 18-3-2014 05:01 PM
u r javanese??
batmana posted on 18-3-2014 05:07 PM
pelik, padahal bugis lagi ramai kt johor dri jawa..
smpai ada sek. agama bugis, muzium bugis..sulta ...
ADVERTISEMENT