CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

38 Peratus Kondo Mewah Tiada Penyewa

18-3-2014 05:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13826| Komen: 161

KUALA LUMPUR: Kadar unit kosong di kondominium mewah di negara ini dijangka meningkat ke paras membimbangkan pada 35-38 peratus tahun ini berikutan lebihan bekalan, kata CH Williams Talhar & Wong Sdn Bhd.

Ini berbanding kadar unit kosong 32 peratus pada 2013 dan 35 peratus pada 2012, kata Pengarah Urusannya Foo Gee Jen.



"Bagi tempoh tiga hingga empat tahun lalu pertumbuhan bekalan kondo berada pada paras membimbangkan yang membawa kepada penurunan kadar penghunian dan sewa," katanya pada sidang akhbar mengenai prospek pasaran hartanah bagi tahun ini.


"Jumlah kondominium mewah yang tersedia dalam pasaran tahun ini dijangka bertambah 19.4 peratus tahun ke tahun kepada 32,020 unit," menurut firma perunding hartanah itu.

Katanya, sebahagian besar bekalan baharu tertumpu di kawasan Kuala Lumpur City Centre, Mont Kiara, Ampang Hilir dan Bangsar.

"Penduduk di Lembah Klang semakin mewah dan ini menyebabkan semakin banyak kondominium mewah dilancarkan," kata Foo.

Keseluruhannya, purata pasaran kondominium yang termasuk segmen sederhana dan rendah akan menyaksikan kadar unit kosong sebanyak 20 peratus pada 2014.
Kondo mewah biasanya menawarkan kemudahan seperti rumah kelab, kolam renang, gimnasium, dengan kawasan podium yang disediakan bagi tujuan runcit.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aireen24 18-3-2014 03:49 PM
senang je..turunkan harga.

aku kalau turun harga, aku buat sewa kat orang
Quote airfilterkotor 18-3-2014 03:51 PM
Tapi wakil dari ahli Persatuan Kelentong Kuat cakap;

"Sure Go Huppp Hwanggggggg"
Quote maja07 18-3-2014 03:54 PM
Buat la la lagi banyak2.  biar sampai 50% kosong baru senang meletop.
Quote voizze 18-3-2014 04:01 PM
ye ye je kenyataan penduduk lembah klang makin mewah...
tetibe kondo takde org duduk....
Quote asher 18-3-2014 04:02 PM
abis dh sewa nyer mahai nau..cmner nak sewa..nk beli pun mahai..sudahnyer lantak gitu jer la
Quote kazaraf 18-3-2014 04:04 PM
tulah.. petanda orang yg bisnes dlm bidang ni tau untung je.. cuba bangunan kondo tu asalnya buat apt kos rendah atau sederhana.. lagi ramai orang yg xdpt rmh lagi boleh beli..
Quote the_killer 18-3-2014 04:12 PM
rumah tu elok ja bag kat orang asli sempena menghargai depa yang buka kampung di bangsar
Quote chaintea 18-3-2014 04:12 PM
dalam byk unit tak bersewa tuh...masih ada lagi pemaju nak bina kondo mewah..
sapo yg nak duduk nih?




Quote rashiman 18-3-2014 04:20 PM
chaintea posted on 18-3-2014 04:12 PM
dalam byk unit tak bersewa tuh...masih ada lagi pemaju nak bina kondo mewah..
sapo yg nak duduk nih ...

Selagi ada pembeli, selagi itulah pemaju bina. Kondo mewah kosong, itu masalah pembeli atau mungkin x ada masalah pun kosong bagi pembeli,, saja nak simpan aset sebab dah terlampau byk duit. Dari simpan aje dlm bank ditukar dlm bentuk hartanah.
Quote tapibukanaku 18-3-2014 04:21 PM
habis tu da mahal nau, sape je nak duduk kan?
Quote duniaku85 18-3-2014 04:21 PM
lama2 jd rumah hantu la..tamak sgt..nk jual mahal..last2 sape pun tak nak..bangsa asing je yg mmpu..tp leh je nk sewa situ..cuma kne duduk berjemaah dgn 20 org je..haha baru mampu
Quote goss79 18-3-2014 04:24 PM
yg nak buat mewah kenapa? bukannya semua rakyat negara ni hidup mewah sgt pun. skrg nak beli rumah pun payah, apa salahnya buat yg sederhana or even better jual murah2 lah bg rakyat duduk.

tolonglah kita2 ni nak beli rumah.

Quote goss79 18-3-2014 04:25 PM
duniaku85 posted on 18-3-2014 04:21 PM
lama2 jd rumah hantu la..tamak sgt..nk jual mahal..last2 sape pun tak nak..bangsa asing je yg mmpu.. ...

asyik kena panggil uncle seekers lah plak nanti hihihihi.. banyak nau bangunan berhantu

Quote duniaku85 18-3-2014 04:27 PM
goss79 posted on 18-3-2014 04:25 PM
asyik kena panggil uncle seekers lah plak nanti hihihihi.. banyak nau bangunan berhantu

klau kt KL..mostly byk bangunan transfered jd tpt berhantu..tu lum kira lg port bunuh diri, kne bunuh..haha
Quote the_killer 18-3-2014 04:29 PM
tapibukanaku posted on 18-3-2014 04:21 PM
habis tu da mahal nau, sape je nak duduk kan?

rumah tu kat bangsar bg la orang susah duduk...terutama orang asli...kan nenek moyang dia yang membuka bangsar 4000 tahun dulu
Quote goss79 18-3-2014 04:32 PM
duniaku85 posted on 18-3-2014 04:27 PM
klau kt KL..mostly byk bangunan transfered jd tpt berhantu..tu lum kira lg port bunuh diri, kne bu ...

ok ni story ot sket.. citer misteri nusantara hihihi

ada org bgtau, bangunan kosong2 ni jin yg duduk.  derang ada life yg mcm kita manusia ni just that derang xde kepakaran utk membina bangunan, dah kalau dah kosong confirm they will take over lah terus.  sbb sedangkan yg ada penghuni pun derang share sama2 dgn kita.

amacam, seram x?



Quote taji2906 18-3-2014 04:33 PM
jin je la dok rumah mewah tu... manusia dok kat flet2 jek... mewah jin..
Quote tapibukanaku 18-3-2014 04:33 PM
the_killer posted on 18-3-2014 04:29 PM
rumah tu kat bangsar bg la orang susah duduk...terutama orang asli...kan nenek moyang dia yang mem ...

eh orang asli yg bukak bangsar ke?
Quote perang_candu 18-3-2014 04:34 PM
bagus la.. kejab lagi meletop la bubble tu.

Lihat semua komen(161)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.062383 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top