Perjalanan ini,
bukanlah suatu yang terasing.
Pada detik jiwa yang lara,
terus mengenang dirimu,
apakah kau mampu dalami,
apa yang membaluti diri ini.
Pernah dulu,
lautan hati dalam mu cuba ku duga,
namun,
sengatannya amat berbisa.
Kelamnya lautan itu,
hanya yang memahami bisa mengerti,
hanya yang serasi mampu mengemudi,
hanyalah yang teguh bakal menembusi geloranya.
Kini tidak lagi,
hati ini bersama jiwamu yang satu,
kerana timbulnya,
mendung di pertengahan hari,
yang menggugat kedamaian dalam sepi,
yang meragut jiwa tak terperi.
Sepi ini menyelimuti lagi,
sebatang tubuh tanpa jiwa yang cekal,
tanpa kasih yang didamba,
tanpa sayang yang dijangka..