Register Login
CARI Infonet Return home

kambeng_masam's space https://b.cari.com.my/?1046846 [Favorites] [Copy] [Share] [RSS]

Blogs

Memoirs of ZULAIKHA

Hot 2Viewed 1618 times1-8-2011 01:42 PM |

Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:Arial; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}

Bab 1

2024

Suasana pada petang Ahad itu kelihatannya cukup mendung. Deru angin dingin yang sesekali bertiup lembut berselang-seli pula dengan tolakan angin pantai yang deras itu seolah ingin memberi petanda langit yang semakin gelap waktu itu bakal mencurahkan hujan yg lebat di persisiran pantai Marang, dan kawasan sekitarnya. Cahaya matahari petang telah diselindungi dek awan yang mulai menghitam.

Mata coklat Syafika merenung ke luar jendela biliknya. Bilik yang terletak di aras kedua rumah banglo mewah milik keluarganya itu menghadap ke pantai yang jauhnya hanyalah sepelaung sahaja. Syafika memerhatikan alunan ombak laut yang semakin bergelora  menghempas pasiran pantai tanpa henti seolah-olah mengikut rentak degupan jantungnya yang tidak tenang. Suasana yang suram itu membuatkan hati dan perasaannya berasa sunyi dan sayu.

Gadis cantik berusia lima belas tahun itu masih berdiri di hadapan jendelanya. Kulitnya masih jelas tampak putih dan gebu walaupun di dalam suasana yang kelam dan suram itu. Bentuk matanya yang sedikit sepet persis seperti anak kelahiran cina itu menyerlahkan lagi kecantikan pada wajahnya. Tambahan pula dengan berambut lurus hingga ke paras bahu membuatkan ramai lelaki yang terpesona dengan penampilan gadis remaja itu.

Fikirannya mula menerawang….

You just look alike your mother Ika..” kata-kata papanya itu terngiang-ngiang di telinganya.

            Bukan hanya sebentar tadi sahaja kata-kata itu diluahkan, malahan hampir setiap malam sebelum tidur kata-kata itu sering diucapkan oleh ayahnya. Lafazan itu bagaikan suatu kemestian selepas setiap kali dia menerima kucupan di dahi sebagai tanda kasih. Sedari kecil lagi ayahnya berkata begitu. Ada juga sesekali ayahnya kelihatan sedih ketika mengucapkan sedemikian membuatkan Syafika terasa hairan. Tetapi sekarang baru Syafika sedar, ucapan itu rupanya cukup mendalam lebih dari sekadar pujian.

            Di tangan kanan Syafika ketika itu memegang sekeping gambar. Dia menghela nafasnya panjang. Pandangannya dialihkan dari jendela dan seraya mengangkat gambar yang dipegang tadi sambil matanya merenung dan meneliti puas-puas wajah seseorang di dalam gambar itu. Ianya gambar seorang wanita cina yang sedang tersenyum menampakkan sedikit lesung pipit di pipi yang kelihatan gebu. Rambut wanita itu lurus panjang ke bahu, kulitnya pula putih menyerlah. Berlatarbelakangkan pasiran pantai, senyuman wanita itu bertambah menawan bagaikan bidadari di dalam mimpi malah diserikan lagi dengan rantai leher dan loket yang sama dengan milik Syafika. Raut wajah wanita itu mirip Syafika…atau sebenarnya wajah Syafikalah yang mirip wanita itu.

            Air mata Syafika mulai menitis perlahan dari kelopak mata yang sedikit sepet itu. Tak tertahan jiwanya diruntun kesedihan dan kerinduan yang amat mendalam. Dia tidak pernah berjumpa dengan wanita di dalam gambar itu. Malahan gambar itu juga hanya baru dilihatnya awal pagi tadi setelah terjumpa ia dan beberapa keping lagi gambar wanita yang sama terselit di dalam sebuah album gambar lama. Namun, selepas mengetahui kisah sebenar dari ayah dan ibunya, barulah dia sedar betapa pentingnya wanita itu kepada dirinya.
Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:Arial; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}

Album itu dijumpai ketika sedang mengemaskan bilik menelaah ayahnya. Tidak pernah pula dia melihat album gambar itu sebelum ini. Bermula dengan perasaan curiga ketika terlihat album itu berada di atas meja belajar ayahnya, kini dia baru mengetahui sebuah kisah tragis yang amat penting untuk disematkan di dalam hidupnya.

Sambil menangis dia tersenyum memandang wajah wanita di dalam gambar itu.

            Dia berkata-kata dengan gambar itu, “Don’t worry mama, Ika okay. Ika dah besar pun sekarang and I know you now”.

            Sambungnya lagi, “Papa selalu cakap rupa Ika macam mama. Kalaulah mama masih ada…..Ika nak peluk mama puas-puas sambil menangis sama-sama dengan mama…”

            Dia menyeka airmata yang kian deras mengalir membasahi pipi. Teresak-esak tangisannya bagaikan orang putus cinta. Semakin tak tertahan hatinya pilu membayangkan kisah hidup wanita di dalam gambar itu yang diceritakan kepadanya pagi tadi oleh ibubapanya Megat Amir dan Tengku Maria.

            Pada mulanya awal pagi tadi Tengku Maria enggan berbicara mengenai hal album gambar itu apabila ditanya Syafika. Kelihatan jelas tika itu wajah Maria berubah tatkala disuakan gambar-gambar wanita cina itu. Syafika menjadi semakin curiga dengan sikap ibunya itu lalu dihadapkan pula ke ayahnya dan bertanya perihal gambar-gambar tersebut. Sudah diduga Syafika, respons ayahnya amat tipikal seperti ibunya. Megat Amir kelihatan agak tersentap pada mulanya. Dan kelihatan bertenang sejenak mengambil nafas dalam sambil menggosok-gosok dagunya yang dicukur licin. Lelaki yang berusia empat puluh enam tahun itu mengambil gambar-gambar itu dari tangan Syafika. Lalu ditenung satu persatu gambar-gambar wanita cina itu.

Dia mendengus dan berseloroh perlahan, “Ika, isn’t it obvious you look alike her very much?”

Sambil merenung gambar-gambar itu dia berkata lagi dengan nada yang tersekat. “Every day when I see you’re growing up, the more you resemble her...the more my heart being torn apart. Only God knows how I missed her so much!”

Tersentak Syafika mendengar kata-kata ayahnya itu. Dia tidak mengerti kenapa ayahnya berkata sedemikian. Matanya cuba mencari wajah Tengku Maria memohon penjelasan. Tengku Maria hanya memerhati dari jauh perbualan dua beranak itu. Serba salah baginya untuk mencampuri perbualan kedua beranak itu. Dia kelihatan tidak langsung terkejut dengan kata-kata Megat Amir sebentar tadi.

“Papa, what is this?!” Syafika mohon kepastian, “Who is she papa?”

Megat Amir hanya terdiam memejamkan matanya. Tidak berpuas hati dengan itu, anak tunggal Megat Amir dan Tengku Maria itu mula mengatur melangkah tergesa-gesa ke arah Tengku Maria.

Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:Arial; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}

Who is she mama? Please tell me now!” Don’t do me like this!”, nadanya mula meninggi tetapi mengharap.

Tengku Maria menjawab perlahan. “Ika…perempuan tu adalah orang yang berhak menyayangi Ika lebih daripada mama sendiri”.

Then kalau camtu, Ika berhak untuk tau siapa perempuan tu kan?” Desak Syafika, “C’mon mama…papa, I’m not a lil’ child anymore”.

Am I adopted?! Is that it?” bentak Syafika mula menangis. Airmatanya mengalir laju.

Tengku Maria menggeleng diam mengalih pandangan ke arah suaminya. Wajahnya gugup dan cemas.Tengku Amir meletakkan gambar-gambar tadi di atas meja kopi dan bingkas bangun dari sofa lalu melangkah menuju arah Syafika dan Tengku Maria. Syafika membentak lagi bagaikan histeria.

“Ika anak haram pompuan tu kan? Kan? Even if I know her I’ll hate her to death!!!” sambil membentak Syafika mengoyakkan sekeping gambar yang masih dipegangnya.

“Ika!!!” jerit Megat Amir, “Kurang hajar!”.

“Phanng!!!”.

            Satu tamparan dari tapak tangan kanan Megat Amir menyinggah tepat ke pipi kiri Syafika. Megat Amir tidak tertahan marahnya ketika itu. Sedikit terpamer kekesalan di wajahnya kerana menampar Syafika. Tidak pernah sesekali pun tangannya itu memukul anak tunggal kesayangannya sebelum ini. Tetapi kali ini kelancangan mulut Syafika cukup membuatkan darahnya menyirap sehinggakan tangannya itu secara automatik melepaskan kesan amarah ke muka Syafika.

            Masing-masing terdiam. Hanya tangisan Syafika yang kedengaran semakin pilu dan teresak-esak memecah kedinginan pagi itu. Dia masih berdiri di situ memegang pipi kanannya yang kemerahan dan terasa hangat berbahang bahana tamparan sulung ayahnya tadi. Tidak dia menyangka sampai begitu sekali reaksi dari orang yang sekian lama memanjainya dari kecil. Adakah begitu penting sekali wanita di dalam gambar itu sehinggakan ayahnya sanggup pula menamparnya sedemikian rupa? Soalan yang dijawab dengan penampar sulung tadi menambahkan lebih banyak persoalan didalam sarang fikiran Syafika. Adakah begitu berbaloi ayahnya mempertahankan wanita cina itu? Memikirkan perkara itu membuatkan Syafika berasa bertambah benci kepada wanita di dalam gambar itu.

            Tengku Maria memaut bahu Syafika lalu membawanya pergi dari situ dan memimpinnya ke luar halaman rumah. Megat Amir hanya memerhati longlai. Tengku Maria memimpin Syafika dan mengajaknya melabuhkan punggung di lantai kayu gazebo yang beratapkan daun rumbia. Deruan ombak kedengaran. Tiupan angin Laut China Selatan yang beralun membuatkan rambut Syafika turut beralun-alun mengikuti rentak. Dia mengesat airmatanya. Esakan tangisannya kian perlahan. Tengku Maria hanya melihat anak gadis itu dengan perasaan sayu sambil meletakkan kepala anak perempuannya itu rapat ke bahunya ingin memujuk. Sememangnya sudah menjadi aturan dia dan suaminya sebegitu. Jika salah seorang memarahi anak, yang seorang lagi akan memujuk supaya anak mereka tidak akan terasa tiada tempat lagi hendak mengadu jika kedua-dua mereka melepaskan kemarahan pada masa yang sama.

“Ika tak patut cakap macam tu tadi tau.” Tengku Maria memecahkan suasana.

            Syafika hanya terdiam membisu. Hendak dikatakan apanya lagi. Silap cakap jadinya dapat pula penampar sulung kedua di sebelah pipi yang lain nanti.

“Ika bukannya seperti yang Ika cakapkan tadi tau tak” Tengku Maria cuba mengelak dari menggunakan perkataan ‘anak haram’.

Syafika hanya tunduk memasang telinga. Tangisannya sudah berhenti.

Sambung Tengku Maria lagi, “Ika memang anak kandung papa tau” sambil mengerutkan kening. Dia menghela nafas panjang cuba menenangkan diri dan mencari kekuatan untuk terus bersuara.

“Mama je yang takde pertalian darah dengan Ika” nadanya berubah sayu. Hati Tengku Maria mulai sebak.

Suaranya agak tersekat-sekat mengatur ayat, “Mamalah orangnya yang hanya menumpang kasih dengan papa dan Ika untuk kecapi bahagia”.

Syafika mula mengangkat pandangannya dan melirikkan matanya tepat ke muka ibunya itu. Agak pelik untuk ibunya berkata sebegitu. Kenapa sekarang mamanya pula yang bersikap sedemikian rupa.

“Mama, please…if you love me…tolong citer lah kat Ika apa kes sebenarnya ni?” desak Syafika. Airmatanya mengering di pipi dan di hujung kelopak matanya. Hidungnya seperti orang selsema, kemerahan akibat menangis tadi. Pipi kanannya yang masih merah masih berasa perit.

“Mama rasa Ika dah cukup besar untuk tau semua ni.” Ujar Tengku Maria tersenyum pahit.

            Megat Amir muncul dari pintu depan rumah menuju ke arah mereka berdua. Dia menyertai mereka dengan turut duduk bersebelahan Syafika. Waterfall garden bersebelahan gazebo itu menjadi perhatian Syafika ketika cuba mengelak memandang ke arah ayahnya. Matanya memerhatikan gerak geri gemalai sekawan ikan koi yang sedang berenang-renang di dalam kolam hiasan itu.

Megat Amir dengan nada rendah berkata, “Tak perlulah lagi papa biarkan Ika pikir yang bukan-bukan”. Tambah Megat Amir, “Dah tiba masanya Ika tau segala perkara”.

            Megat Amir saling berpandangan dengan Tengku Maria. Tangannya memegang dagu Syafika dan mengangkat mukanya serta memandang tepat ke dalam mata coklat anak perempuan kesayangannya itu. Tapak tangan kanannya di lekapkan ke pipi kiri Syafika yang masih kemerahan perit sambil mengusapnya lembut. Hati Syafika sedikit terubat. Tidak dia membenci ayahnya walaupun tamparan yang diterima masih terasa. Tentu ada sebabnya mengapa.

               

                                  Bab 2

Setelah pihak tentera Amerika Syarikat terpaksa berundur dari pendudukannya di Saigon (digelar peristiwa “Fall of Saigon”) dan seterusnya meninggalkan bumi Vietnam, maka bermulalah pemerintahan kerajaan komunis yang baru iaitu Republik Sosialis Vietnam. Dalam tempoh dari lewat tahun 1970-an hingga awal tahun 1980-an, ramai rakyat Vietnam yang berharta, melarikan diri dari negara itu dengan menaiki bot dan merancang untuk memohon suaka dari negara destinasi mereka.

Pada tahun 1979, Vietnam telah berperang dengan Republik Rakyat China (Sino-Vietnamese War). Ini memaksa permastautin etnik Cina di negara itu yang merasakan mereka menjadi sasaran oleh pihak kerajaan Vietnam juga terpaksa melarikan diri ke negara asal, Tanah Besar China. Namun begitu diatas faktor ketidakstabilan matawang Vietnam, hanya barangan berharga seperti emas perhiasan atau sebagainya sahaja yang diterima oleh pemilik-pemilik bot yang bersedia membawa sejumlah penumpang keluar dari perairan Vietnam. Kerana itu, ramai ahli keluarga yang telah terpisah kerana hanya mampu membayar tambang untuk anak-anak yang masih kecil dan golongan wanita demi mendapat peluang hidup yang lebih cerah berbanding di Vietnam. Mereka yang berjaya menaiki bot-bot ini digelar “Boat People”. Ada yang berjaya pulang ke tanah air mereka di Tanah Besar China dan ada pula yang terpaksa ke negara-negara lain disebabkan faktor kemampuan bot yang terhad.

Salah sebuah negara yang menerima ‘kunjungan’ orang-orang bot ini ialah Malaysia. Mereka telah mendarat di pelbagai tempat di serata pantai timur Semenanjung Malaysia. Pulau Bidong di perairan Terengganu adalah salah satu kem pelarian yang disediakan selain dari kem pelarian di Sungei Besi. Bantuan daripada UNHCR pada ketika itu amatlah kritikal. Hampir hanya separuh dari pemohon-pemohon suaka ini yang berjaya mendarat dengan selamat manakala yang lain-lainnya samada hilang, diserang lanun ataupun lemas ketika bot karam akibat cuaca yang terlalu buruk. Selepas beberapa tahun mereka ditempatkan di kem-kem pelarian ini, ada yang berjaya melepasi saringan program pemindahan ke negara ketiga seperti Australia, Kanada, Amerika Syarikat, Switzerland dan sebagainya. 

 

1985

            Ombak Laut China Selatan kian meninggi sehingga mencecah dua meter dari aras permukaan laut. Deruan Angin Monsun Timur laut pada bulan Jun tahun itu sudah mulai deras selaju dua puluh knots. Kelajuan angin setara itu sudah cukup berbahaya kepada sebarang aktiviti di luar pantai. Bot-bot kecil pada waktu ini sudah semestinya tidak akan berlayar ke pertengahan laut lepas. Para nelayan jika ada pun cuma berlegar-legar di balik pulau-pulau untuk mendapatkan perlindungan dari cuaca buruk. Kerana mencari rezeki, nelayan-nelayan ini terpaksa juga mengharung liku-liku kepayahan sebegitu.

            Dari kejauhan seratus lapan puluh kilometer dari persisiran pantai Terengganu, terdapat sebuah bot bersaiz sederhana besar yang kelihatan sarat dengan penumpang.  Di dalam cuaca yang mendung tidak berhujan itu bot bersaiz sedemikian cukup mudah diumbang-ambingkan oleh alunan ombak. Bot itu kelihatan sesak dengan seramai lima puluh lima orang pelarian etnik Cina dari Vietnam sebagai penumpang. Itu belum dikira lagi dengan juak-juak bot yang berjumlah lima orang sekaligus menjadikannya seramai lima puluh sembilan nyawa bergantung ke atas kecekapan juragan bot mengemudinya.

            Kedengaran sini-sana suara orang yang sedang mabuk laut memuntahkan isi perut mereka di tepian bot. Itupun jika perut mereka sudah beralaskan dengan makanan terlebih dahulu. Rata-ratanya perut sudah kosong yang hanya diisi dengan air tawar yang tidak dimasak dan juga cebisan roti sebagai bekalan di sepanjang perjalanan yang entah tidak diketahui pula berapa lama lagi. Jika hendak lebih makanan, barangan berharga haruslah menjadi matawang dagangan dengan tekong bot dan juak-juaknya kerana mereka menyimpan stok makanan yang juga agak terhad jika hendak dibahagikan sama rata.

            Di suatu sudut di dalam bot itu, kelihatan seorang ibu muda sedang membelai memujuk anak perempuannya yang berumur lima tahun. Anak kecilnya itu sedang berbaring di atas ribanya sambil menangis kerana menahan lapar. Ibu muda yang bernama Duong Kim Hanh itu hanya mampu menyanyikan lagu untuk mendodoi anak kecilnya supaya tidur untuk meredakan kelaparan.

Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:Arial; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}
Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:Arial; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;} Yao yah yao 
Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:Arial; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;} Yao yah yao
Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:Arial; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;} Bao bao huai jung shuay 
Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:Arial; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;} Yao ni jang da
Yo liao sheewang
Bao bao kuai jang da
Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:Arial; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;} Bao bao kuai jang da

Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:Arial; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}

Rock a-bye.                                                                             Rock-a-bye.                                                                                                      Sleep, you¹re safe with me.                                                                     Rock you  

til you¹re big,                                                                                   Rock you til you¹re strong,            

Baby grow up soon.                                  

Baby grow up soon.”

 
               
Si anak kecil itu mula melelapkan mata setelah beberapa kali rangkap-rangkap lagu dodoi tersebut diulang-ulang ibunya. Jari-jemari halus anak kecil yang bernama Ai’ Huang itu perlahan-lahan dilepaskan oleh Kim Hanh. Dia sudah kekeringan airmata untuk menangisi nasib mereka berdua. Dari rumah yang besar tersergam indah di Saigon kini dia bagaikan anjing kurap meraih simpati dari orang-orang yang senasib dengan dirinya di dalam bot itu. Pada dirinya sudah tiada lagi barangan berharga yang boleh ditukarkan dengan makanan. Hanya mengharapkan simpati dari orang-orang di sekeliling yang mengenali dirinya di Saigon dahulu. Kebanyakannya adalah jiran-jirannya juga.

            Berada di atas bot itu selama beberapa hari tanpa teman mahupun saudara amat memeritkan dirinya. Dengan membawa si kecil Ai’ Huang bersamanya bukanlah satu perkara mudah yang boleh dilakukan sendiri oleh ibu muda itu. Tanpa suami di sisi, tanpa ibubapa dan adik-beradik sebagai peneman memaksa Kim Hanh menjadi tabah tanpa kerelaan.

            Sudahlah suaminya mempunyai perempuan simpanan, dirinya dan anak mereka pun langsung tidak dipedulikan. Bagi Kim Hanh, tindakannya melarikan diri dari suami adalah suatu perkara yang betul dirasakannya pada waktu itu. Biar suaminya tercari-cari kemanakah hilangnya anak dan isteri. Biar dirasakan bagaimana resahnya hidup tanpa anak dan isteri disisi yang sebelum ini sentiasa ternanti-nantikan kehadirannya di rumah. Rajuk Kim Hanh kini mula terasa bagai memakan diri. Nasihat ibubapanya langsung tidak melekat di telinga ketika dia memaklumkan rancangannya ingin mengikut rakan-rakan lain meninggalkan tanah Vietnam. Ibu muda itu merancang hendak memulakan penghidupan yang baru dan meninggalkan sejarah pahit bersama suami yg pernah dicintai sepenuh hatinya suatu tika dahulu. Merasakan dirinya disia-siakan sebegitu lalu dia bertekad mengikuti kata hati. Berbekalkan barangan kemas termasuk cincin perkahwinannya, itulah yang menjadi bayaran tambang menaiki bot dan rasuah kepada pegawai di pelabuhan Saigon.

            Setelah puas Kim Hanh mengelamun jauh mengingati bagaimana dia boleh berada di atas bot itu, terasa sedikit kesal pula pada dirinya kerana tidak berfikir panjang terlebih dahulu malah hanya menuruti hati dan rajuknya sebagai seorang wanita. Walau apa sekalipun, dia tetap sedar betapa dirinya perlu menguatkan diri mengharung jerit perih yang telah ditempah. Dia merenung ke wajah Ai’ Huang yang sedang dipangkunya. Tangan kanannya membelai rambut anak comel itu dengan usapan-usapan lembut. Dia bersumpah sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anaknya selamat sepanjang perjalanan merentasi Laut China Selatan. Dia rela berlapar demi menyimpan lebihan makanan yang diberikan oleh orang-orang di sekelilingnya. Kim Hanh sedar dia tidak boleh terus-menerus bersenang hati menggunakan kesempatan itu kerana lambat laun nasibnya mungkin berubah.

            Kim Hanh mengalihkan pandangannya ke luar bot memerhatikan ke ufuk laut kalau-kalau ternampak daratan. Hatinya mengeluh hampa. Tiada apa-apa yang berbeza melainkan ombak yang meninggi sahaja dan alunan permukaan laut itu kelihatan berbuih putih kerana tiupan angin monsun yang menderas setiap jam. Dipaling pula pandangannya ke arah yang lain. Juga tiada tanda-tanda adanya daratan. Kali terakhir dia melihat daratan adalah ketika di pelabuhan Saigon tiga hari yang lepas.

            Cuaca petang yang mendung dan suram di tengah-tengah lautan itu menjadi semakin gelap. Deruan angin yang mulai mendingin itu turut membawa bau udara yang basah menandakan hujan akan menyimbahi haluan bot yang membawa separuh ratus pelarian etnik Cina dari Vietnam itu pada bila-bila masa sahaja. Kim Hanh mulai berasa resah. Terdedah kepada hujan akan membawa kepada keadaan yang lebih buruk. Hatinya gusar memikirkan Ai’ Huang yang perlu dielakkan dari terkena kesejukan air hujan. Tempat untuk para penumpang berteduh amatlah terhad. Keutamaan diberikan kepada mereka yang mampu membayar lebih kepada tekong bot. Kim Hanh merasakan dia perlu melakukan sesuatu. Dengan bersusah-payah dia bangkit bangun dengan cuba mendukung Ai’ Huang bersamanya. Dia mengorak langkah ke arah sudut yang mempunyai teduhan atap yang hanya beberapa meter sahaja menuju ke buritan bot. Setiap langkahnya dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kakinya tersandung dek tubuh-tubuh manusia yang bergelimpangan di atas dek bot. Sambil melangkah, mata Kim Hanh liar memerhatikan pelbagai rupa manusia dan ragam mereka di dalam bot itu. Ada penumpang yang kelihatan amat tua hingga jelas kulitnya berkerepot bagaikan bangkai monyet kering dan ada pula remaja yang sedang sakit teruk.

            Sesampainya di tempat teduhan bot itu Kim Han bersuara kepada salah seorang lelaki yang berteduh di situ.

thứ lỗi cho tôi, cô bé của tôi có thể ở lại đây trong một thời cho đến khi ngừng mưa?

“Maafkan saya, boleh saya tumpangkan anak kecil saya ini berteduh sementara tunggu hujan berhenti nanti?” rayu Kim Hanh mengharap.

            Mereka yang sedang berteduh itu saling berpandangan. Kesemua lelaki itu tidak memberi apa-apa jawapan. Kim Hanh memandang seorang demi seorang meminta belas simpati. Dia mula terasa hampa. Tiba-tiba salah seorang lelaki dari kumpulan itu bingkas bangun. Dan menyuakan kedua tangannya sambil berkata,

cho cô ấy với tôi, tôi sẽ chăm sóc cô ấy một thời gian.”

“Berikan kepada saya, saya akan tolong jagakannya untuk sementara waktu.”

            Kim Hanh tersenyum lega sambil tangannya menyerahkan Ai’ Huang yang sudah mulai terjaga dari tidurnya kepada lelaki budiman itu.

Lelaki itu berkata lagi dalam nada yang tersekat-sekat,

Tôi cũng đã có một cô con gái nhỏ như của bạn trước. Nhưng

Leave a comment Comments (2 Comment)

Reply Thanos123@ 13-6-2019 02:19 PM
I am here for the share this update to all users follow http://solitairetimes.com and seen the solitaire card games for more fun.
Reply Simmons34 18-9-2019 01:51 PM
Thank you for sharing  https://blackfridayvapedeals.cheap

facelist

You have to be logged to leave a comment Login | Register


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.149874 second(s), 19 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top