CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2218|Reply: 7

Geleng Kepala, Ibu Larang Anak Beri Duit Kepada Neneknya

[Copy link]
Post time 16-5-2016 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Saya sedang beratur di belakang, tengah tunggu giliran nak keluarkan duit dari mesin ATM. Di hadapan ada seorang mak cik seusia ibu saya, dan seorang anak lelakinya yang saya agak sebaya saya juga.

Dari belakang, saya boleh nampak si anak lelaki ini key in RM550 untuk pengeluaran. Wang kertas yang banyak dimasukkan ke dompet, namun sekeping RM50 dimasukkan ke kocek kemejanya. Paparan mesin ATM menunjukkan baki akaun, jelas tertera nilai wang 5 angka.


“Nak buat apa RM50 tu? Nak beli barang ke? Kan tadi Ayah pesan nak RM500 je,” tanya si ibu yang sedang menekan-nekan butang mesin ATM. Giliran si ibu pula mengeluarkan duit.

Si anak lelaki memberi respon, “Nak bagi Nenek.”

“Banyak tu RM50 nak bagi Nenek,” tanpa diduga si ibu terus mencelah, “Nenek orang tua tak perlukan duit sebanyak tu. Dia dah ada duit dah tu. Tak bagi duit pun tak apa. Orang tua, bagi RM10 pun sudah cukup. Tak bagi pun tak apa, orang tua kan..” tambah si ibu sambil menunjuk ke arah kelibat seorang mak cik bersama beberapa ahli keluarga lain di hujung sudut lain.

Saya mengagak itulah “Nenek” yang dimaksudkan, mungkin sebaya umur nenek saya sendiri.
“Nenek macam tak ada duit je?” si anak lelaki ini cuba mencelah.
“Saja je tu. Kalau ada duit pun bukan nak buat apa,” si ibu memberi respon pantas.
“Nenek boleh simpan…” cuba juga untuk memujuk si ibu yang sudah memasukkan wang ke beg tangannya.
“Tak payah bagilah. Banyak sangat tu RM50.. Jom,” si ibu menarik tangan anak lelakinya dan mereka berlalu pergi.
Saya diam sahaja. Bukan masa dan tempat yang sesuai untuk saya mencelah perbualan mereka anak-beranak. Apatah lagi saya langsung tidak mengenali mereka.

Sebagai seorang lelaki yang turut bergelar seorang ayah, anak dan cucu, saya cukup terkilan dengan perbualan mereka.
Si ibu, secara tidak langsung, sedang mengajar dan mendidik anak lelakinya cara supaya kedekut dan berkira-kira.
I really believe that son of hers has all the right reasons to give his grandmother some money so that the money can make his grandmother happy. But yet, the mother insists the son not to.

Kerana bola itu bulat.
Cubalah bayangkan suatu hari nanti apabila si ibu yang bernama Aminah itu menjadi cukup tua, dan si anak lelaki ini yang bernama Ali melarang anaknya yang bernama Abu (cucu kepada Aminah) daripada memberikan sedikit wang kepada Aminah.
Pada masa itu, Aminah perlu mengakui bahawa sifat kedekut dan berkira-kira yang ditunjukkan oleh Ali adalah berpunca daripada ‘didikan’ Aminah sendiri. ‘Didikan’ yang dulu semasa Aminah melarang Ali daripada memberi ‘sedekah’ atau hadiah kepada neneknya, yang berlaku hari ini di hadapan mesin ATM.

Kerana bola itu bulat dan boleh berputar-putar, tidak mustahil perkara yang kita lakukan kepada orang hari ini akan dilakukan kepada kita pada suatu hari nanti.

Berhati-hatilah, wahai ibu bapa sekalian. Bukan duit yang didambakan. Tetapi sifat baik seorang manusia yang perlu ditanam ke dalam diri anak-anak kita.

Biar kita ajar anak-anak kita suka berbakti kepada orang tua, biar kita ajar anak-anak kita suka menyayangi dan merapati orang tua.
Biar kita didik anak-anak kita betapa pentingnya murah hati dan menggembirakan hati orang tua, biar kita besarkan anak-anak kita dengan nilai-nilai Islam yang indah.

“Bersedekah kepada orang miskin adalah satu sedekah, dan kepada saudara-mara ada dua (kebaikan); sedekah dan silaturrahim.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim, Shahihul Jami’ no. 3858)
Biar miskin kerana suka memberi, jangan kaya kerana pentingkan diri sendiri.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2016 10:59 AM | Show all posts
walaupun cerita ni mcm rekaan semata mata.....tapi bagus utk peringatan dan teladan
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 11:14 AM | Show all posts
mak sy pun larang bagi duit kat atuk sy..
sebab nenek tiri kebas..
bagi kat anak-anak dia kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 11:43 AM | Show all posts
bagi aku, lantak la dia nak bagi berapa pun... duit dia..

jgn pulak dia mintak duit org lain/aku nak bagi kat nenek/mak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni penah tjadi dlm hidup sy. Tp sy ttp bg arwah nenek setiap bulan dgn diam2 sampai nenek tiada sbb wlupun ibu yg mlahirkn sy,tp nenek yg mbesarkn sy. Air tgn nenek yg msk dlm tubuh sy,bkn ibu.ibu jenguk kdg2 sebulan 2 kali x pun plg lama x jumpa 2-3 bulan sekali.
Sy x penah pertikai knp ibu ckp mcm tu (hal beri duit ni)  sbb sy hormat ibu sy wlu apa pun although kdg2 apa yg ibu ckp mhiris hati ini,arwah nenek yg ajar supaya jgn tinggikn suara pd ibu dlm segala situasi. At least sy x rs ralat pd arwah nenek sbb ini je yg sy mampu buat utk bls jasa dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti emak tu dah dpt cucu, anak dia pulak tak kasik cucu bg duit kat dia. The cycle continues..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2016 04:40 PM | Show all posts
Arwah mak saya selalu pesan, suruh bagi duit kat arwah nenek suami masa ketika dia hidup dulu. Sebab mak mertua tak bagi duit pada mak dia (arwah nenek suami). Sy pelik kenapa mertua tak bagi duit pada mak dia. Arwah nenek suami ni sgt susah orgnya. Kalau balik kampung, diorg mmg cuma makan lauk telur sahaja. Mertua saya boleh dikatakan hidup senang . saya pelik sebenarnya kenapa mertua tak bantu mak dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 03:14 PM | Show all posts
teringat kisah arwah embah pompuan dgn cucu sulungnya
lps dia berkahwin, dia TERlupa nk bg arwah embah duit sbb bini kata xyah bg kat embah tp bg kat mak
tp dia lupa susu arwah embah mengalir dlm tubuh dia dan bukan emaknya
dan emaknya pun sama selalu kata syurga dibawah tapak kaki dia dan bukan embah
tp diaorg lupa Allah tu ada
setitis air mata embah yg mengalir telah menyebabkan rezeki dan nikmat yg dia lalui ms tu ditarik sedikit demi sedikit, dr jawatan sebg CEO tetiba jd lak tutor kelas tuisyen, dr drive keta merc dan audi terpaksa pinjam keta adik ipar, dr rumah besor kena pindah dok umah teres kecik dan mcm2 lg Allah turunkan kat dia
lps embah meninggal dan dia mmg hidup susah br dia terigt akan perlakuan zalim dia buat kat embah, nak minta maaf kat embah pun x guna sbb embah dah xde
walau emak dia msh ada tp syg tue semua x membantu, terigt arwah embah jantan kata
"aku x kisah dgn semua ni tp arwah embah tno ko tu hah yg kecik hati, smp dia nk meninggal mana dia ada sebut nama Bali lg"
hidup mmg serupa roda, bila kita kat atas kita ttp akan ke bawah juga mengikut putaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.589633 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list