CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14678|Reply: 18

Anak tiri dan ibu tiri

[Copy link]
Post time 15-5-2016 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum wbt

Sy ada beberapa soalan ttg hubungan anak tiri dan ibu tiri

Ayah saya telah berkahwin dua dan telah meninggal dunia. Persoalan saya;

1. Adakah tanggung jawab anak lelaki tiri terhadap ibu tiri sama dengan tanggung jwb terhadap ibu kandung? Terutama selepas kematian bapa

2. Sekiranya ibu tiri kahwin baru, adakah segala tanggungjwb anak lelaki tiri terlepas

Mohon pencerah. T kasih


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2016 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak lelaki tiri tu ada adik sebapa tak dari ibu tiri tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2016 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
pnh tgk  rcgn ostd kazim tu..dia ckp xperlu..tp blh je kalo nk jaga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2016 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
cik_tonggek replied at 15-5-2016 09:44 PM
Anak lelaki tiri tu ada adik sebapa tak dari ibu tiri tu?

Tak de..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mulutcomel replied at 16-5-2016 09:15 AM
Tak de..

So bila ayah dah mati, gugurlah pertalian anak tiri dan ibu tiri
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 10:34 AM | Show all posts
cik_tonggek replied at 16-5-2016 09:32 AM
So bila ayah dah mati, gugurlah pertalian anak tiri dan ibu tiri

Tidak benar.

Hubungan ibu tiri atau ayah tiri akan kekal sepanjang hayat.  Sama keistimewaannya seperti ibu atau bapa kandung.  Kekal Mahram sepanjang hayat.

Yang tiada cuma hukum kewajipan tanggungan nafkah sahaja.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2016 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 16-5-2016 10:34 AM
Tidak benar.

Hubungan ibu tiri atau ayah tiri akan kekal sepanjang hayat.  Sama keistimewaannya ...

Ada dalil yg boleh dikemukakan disini?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
cik_tonggek replied at 16-5-2016 09:32 AM
So bila ayah dah mati, gugurlah pertalian anak tiri dan ibu tiri



Ada dalilnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2016 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
alasala replied at 16-5-2016 11:56 AM
Ada dalilnya?

Takde, dakyah semata
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_tonggek replied at 16-5-2016 12:07 PM
Takde, dakyah semata

Sebenarnya, ada perkara yg menarik mengenai tajuk ini.

1) Mengikut hukum suami yg meninggal dunia, pembahagian harta tetap diterima oleh ibu tiri. Perkara ini Ustaz Kazim pun "terlupa" utk mengkaji "sebabnys"
2) Walau pun si anak mendapat harta "bapanya", harta itu juga menjadi "ujian" kpd dirinya samaada mahu "memahami" akan sebab "ibu tiri yg mendpt bahagiannya" bersama makna "menghubungkan silaturrahim".

Sebenarnya, "belum sempurna" lagi jawapan anda semua.

Itu sahaja yg mampu saya "fahami".
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan kpd "anak2 tiri" dan ulama yg "malas mengkaji"

1) Sekiranya anda (anak tiri) "diasuh" semenjak dari kecil oleh "ibu tiri", ketika kamu dewasa, wajar atau tidak "ibu tiri" kamu menerima "habuan" mengikut hukum syarak sahaja?

2) Sekiranya "bapa kamu" berkahwin dgn "ibu tiri" kamu kerana "kesibukkan kamu bekerja", adakah patut "hanya itu" yg sepatutnya diterimanya sedangkan "anda langsung sibuk dengan urusan kamu sahaja"?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam kehidupan ini, kita sebenarnya memerlukan guru yg "nampak impak" yg dilakukan di dunia utk "ke sana" (akhirat).

Bukan semua ulama itu "Arifbillah". Maka menjawab sesuatu isu "tanpa menggunakan mata hati" akan menyebabkan "bertambah rosaknya masyarakat awam".

Saya sebagai manusia biasa yg "tiada autoriti" dari pemerintah sekadar "memberitahu" sesungguhnya "banyak lagi lompong" ketika beramal. Terpulanglah utk anda semua menilainya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 03:38 PM | Show all posts
salam

1. Adakah tanggung jawab anak lelaki tiri terhadap ibu tiri sama dengan tanggung jwb terhadap ibu kandung? Terutama selepas kematian bapa
ini cerai mati ..
bukan cerai hidup ..

bertanggungjawab terhadap ibu tiri mereka masa dalam iddah 4 bulan 10 hari (kerana kematian suami).
dan sebalik nya tidak bertanggungjawab selepas iddah ..

Tetapi Islam menentukan supaya menjaga hati dan perasaan ibu tiri tersebut
dengan melakukan ihsan kepadanya seperti menjaga kebajikannya dari aspek
  • kesihatan,
  • makan
  • minum dan
  • tempat tinggal
sekiranya berkemampuan.

Justeru anak² tiri hendaklah menunjukkan sikap
berkasih sayang seperti memberi hadiah,
sentiasa menziarahi sebagai penghargaan kepadanya
kerana pernah menjadi isteri bapa
dan sebagai mahram kekal anak tiri dan ibu tiri

2. Sekiranya ibu tiri kahwin baru, adakah segala tanggungjwb anak lelaki tiri terlepas
gugur tanggungjawab .. selepas iddah ..


wassalam




Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya lebih suka jika kita amalkan dalil ini :

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:177)

Pada ayat ini "dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat". Sebenarnya kewajipan jika mahu digelar "bertaqwa" ada pada ayat ini. Dulu saya ada "tok wan tiri"(lelaki). Selepas tok kami meninggal dunia, anak2, cucu2 dan cicit2 tak menyisihkan tok wan kerana bagi kami itu tok wan kami. Kami tak anggap "tiri" kerana tok wan kami seorg yg bertanggungjawab pada tok kami. Walaupun tok wan tak ada zuriat, tapi kami lebih suka jika tok wan anggap "kamilah anak-cucu-cicit tok wan". Ketika tok wan tua, kami suruh kawin, tapi tok wan terlalu sayang tok kami. Katanya, tak ada perempuan yg paling dia sayangi selain arwah isterinya. Kerana sikap "malu alah tok wan tiri" kami, dia sisihkan kami. Dan ketika kali terakhir dia berada dirumah ayah saya, abang sulong menelefon memberitahu "tok wan nak tinggal dgn saya". Dan ketika saya kata "ya, boleh", Allah swt cabut nyawanya. Utk pengetahuan semua, saya ni antara "cucu yg disayangi oleh arwah tok semasa hidup". Kerana itulah, tok wan "cemburu" dan tak suka jika saya datang ke rumahnya. Iyalah, asal saya datang, tok akan suruh tok wan bawa saya gi kedai Ah Huat. Maka bagi saya, "tiri" sekadar nama. Yang Allah mahu lihat adakah kita bertaqwa. Ketahuilah, kerana sikap kita jualah, "tiri" menjadi "kejam". Bila petunjukNya diganti "kejahilan", maka itulah "kerosakkan" namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup ini perlu ada perkataan "kasih sayang". Memori kasih sayang itu datang dari Allah.

Tidak kiralah jika "tiri" kita kahwin sekalipun, sedangkan "pahala yg terbesar itu adalah menghubungkan silaturrahim sesama kerabat".

Saya lebih suka jika anda semua "pandang" kejadian yg saya ceritakan ini sebagai panduan. Kita ni umat yg "melakukan banyak kerosakkan". Kita mahu beriman akan tetapi tidak mahu bertaqwa. Kerana taqwa itu "kunci" mudah masuk ke syurga. Anda semua kena belajar byk lagi ilmu, termasuklah Ustaz Kazim. Bila kita "memutuskan hubungan kekerabatan", hakikatnya kita meruntuhkan makna sebenar agama Islam.
Taqwa itu "mahal". Jika tidak tahu, belajarlah "ambil tahu". Carilah guru yg mampu ajar "ilmu taqwa". Sedangkan ilham taqwa itu "milik Allah".
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2016 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya tak ada lagi "guru" yg ajar ilmu Taqwa disini.

Kepada semua "tiri", ihsan itu bila kita melihat Allah pada ciptaanNya menurut acuanNya. AcuanNya itulah petunjukNya. Bertaqwalah kpd Allah kerana di dalamnya ada "hikmah" yg dijanjikan di dunia dan akhirat kelak.

Kepada yg rasa amal soleh itu taqwa, ketahuilah! bukan semua amal soleh itu taqwa. Kerana taqwa itu "bermakna" disisiNya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2016 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
NorAddin replied at 16-5-2016 03:38 PM
salam

ini cerai mati ..

Ok. Faham. Terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2016 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_tonggek replied at 15-5-2016 09:44 PM
Anak lelaki tiri tu ada adik sebapa tak dari ibu tiri tu?

Tiada adik beradik tiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2016 11:34 AM | Show all posts
ibnur replied at 16-5-2016 10:34 AM
Tidak benar.

Hubungan ibu tiri atau ayah tiri akan kekal sepanjang hayat.  Sama keistimewaannya ...

kalau dia buat dosa kita tak tegur adakah kita akan tanggung ? contoh kalau cam akak or adik perempuan kita yang bukak aurat tapi kita tak tegur...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.329262 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list