CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YoGurt

BIRTHDAY FORUMERS PAHANG

[Copy link]
 Author| Post time 20-4-2004 04:03 PM | Show all posts
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil
yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.


Untuk kemudahan...click link bawah ni utk convert ke bulan islam...
Convert

Yog : Saturday 5 SHawwal 1400 A.H. tapi sedih betul aku baca tang tu...

[ Last edited by YoGurt on 20-4-2004 at 04:07 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2004 10:58 AM | Show all posts
Assal;amualaikum,:lol

Oleh kerana berkaitan dengan bulan/tarikh maka dioperturunkan sedikit tentang takwim ni.

Ada 3 jenis taqwim.

1. Taqwim Istilahi.

Berasaskan Hadis Rasulullah:

sesungguhnya kami adalah umat yang tidak tahu membaca dan menulis,kami tidak tahu menulis dan mengira bahawa bulan ini sekian dan sekian,yakni umur 29 hari lain dan 30 hari lain.(Riwayat Muslim).

Dalam hadis tersebut dinyatakan ..ada bulan yang 29 hari dan ada yang 30 hari.

b.Ketetapan Taqwim ini bermula dizaman S. Omar dimana beliau meletakan permulaan tarikh ialah pada masa hijrahnya Rasulullah.Bermakna ketetapan ini dibuat setelah 17 tahun berlakunya Hijrah Rasul.

2. Taqwim Hakiki,

Taqwim dikira berdasarkan berlakunya ijtimak(waktu bulan,mataghari dan bumi berada pada satu garisan pusat yang lurus) sebelum tenggelamnya matahari.

Taqwim ini berkaitan dengan ibadat bulanan dan tahunan oarang-orang Islam seperti perayaan,permulaan haul zakat.peristiwa besar Islam dll.

Taqwim Ru`yah

Berdasarkan ru`yah hilal,pada akhir bulan hijrah.Sekiranya kelihatan esoknya dikira bulan baru,jika tidak esoknya dikira bulan lama dan dijadikan hari yang ketiga puluh.

mujtamak Hilal telah menetapkan kriterian berikut:

i.berlakunya ijtimak sekurangnya 8 jam sebelum tenggelam matahari.

ii.Tinggi bulan ketika ghurub tidak kurang dari 5 1/2 darjah diatas ufuk.

ii.Jauh jarak bulan dari matahari waktu ghurub tidak kurang dari 7 12 darjah.

Seabab tu laa ni..senang nak tentukan puasa atau raya...tak kecoh macam dulu-dulu.

Nama bulan-bulan. tersebut telah terkenal sebelum Islam lagi.Islam menerima pakai nama-nama tersebut

Muharram..bulan diharamkan perang.(sebelum Islam)

Safar (kosong) lelaki arab meninggalkan rumah pergi menjalankan urusan hidup.

Rabiul awal (pertama mennetap)..lelaki yang keluar dulu kembali kerumah.

Rabiul akhairr (sama)

jamadil awal (musim kering pertama)

Jamadil akhir  (musim kemarau penghujung)

Rajab (mulia)aram memuliakan bulan ini,i rajab mereka menyembelih unta perisitiwa ini disebut fara`a.10 rejab sekali lagi sembelih unta disebut `atirah.Pintu kaabah dibuka(amalan ini hapus semasa Islam)

Sya`ban (berserakan) arab berytebaran di oasis2 mencari bekalan air.

Ramadhan (panas terik dan terbakar).

....2 b cont`
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2004 04:38 PM | Show all posts
wah bagus..good info..:clap:..kalau tak aku pun tak tau...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2004 09:14 AM | Show all posts
kalo ader sape2 yg tak tau besday dia dlm thn hijrah... bagitau aku...
aku bleh tlg convertkan... tp kena lengkap ngan thn dia sekali arr...:bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2004 09:55 AM | Show all posts
Originally posted by sHaH_ArYaN at 22-4-2004 09:14:
kalo ader sape2 yg tak tau besday dia dlm thn hijrah... bagitau aku...
aku bleh tlg convertkan... tp kena lengkap ngan thn dia sekali arr...:bgrin:



tu :dia:..klik kat convert shah......aku dah letak kat situ...:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2004 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by YoGurt at 22-4-2004 09:55 AM:



tu :dia:..klik kat convert shah......aku dah letak kat situ...:bgrin:


aper dia yog? aper yg ko dah letak??:stp:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-4-2004 11:23 AM | Show all posts
Originally posted by sHaH_ArYaN at 22-4-2004 11:05:


aper dia yog? aper yg ko dah letak??:stp:



la ko nampak tak kat bln2 islam tu...kat bawah sekali ader aku kasi link..soh convert.....nampak tak?...kalau tak nampak..tak lamer la tu..:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2004 11:36 AM | Show all posts
Originally posted by YoGurt at 22-4-2004 11:23 AM:



la ko nampak tak kat bln2 islam tu...kat bawah sekali ader aku kasi link..soh convert.....nampak tak?...kalau tak nampak..tak lamer la tu..:bgrin:


hehehe... tak perasan arr tadi...:bgrin::bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2004 11:39 AM | Show all posts
Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Yog : Saturday 5 SHawwal 1400 A.H. tapi sedih betul aku baca tang tu...


keras gak ati ko nie yog... tp keras2 kerak nasik tuh, kalo kena air... lembut gak kan...:bgrin::bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2004 11:43 AM | Show all posts
aku... jumaat 17 Zulhijjah 1398H
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2004 11:46 AM | Show all posts
Originally posted by sHaH_ArYaN at 22-4-2004 11:39:
Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabi ...



yep...tu yg aku sendiri pun pening...aku pun tak paham...kenapa aku lahir masa hari raya...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2004 11:49 AM | Show all posts
Originally posted by YoGurt at 22-4-2004 11:46 AM:



yep...tu yg aku sendiri pun pening...aku pun tak paham...kenapa aku lahir masa hari raya...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa....


ader hikmah dia tuh yog... kalo ko tak lahir langsung camne?? :bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2004 11:54 AM | Show all posts
Originally posted by sHaH_ArYaN at 22-4-2004 11:49:


ader hikmah dia tuh yog... kalo ko tak lahir langsung camne?? :bgrin:



weii..jgn ....kalau tak ..tak wujud aku kat bod pahang nie....
apepun aku bersyukur..sbb aku sihat..mak aku pun sihat...

i luv u mum...muaahhh...:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2004 11:57 AM | Show all posts
Originally posted by YoGurt at 22-4-2004 11:54 AM:



weii..jgn ....kalau tak ..tak wujud aku kat bod pahang nie....
apepun aku bersyukur..sbb aku sihat..mak aku pun sihat...

i luv u mum...muaahhh...:bgrin:


alhamdulillah...:bgrin::bgrin:
ermm... aku plak lahir 1 muharram 1402 hari khamis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2004 12:02 PM | Show all posts
Originally posted by sHaH_ArYaN at 22-4-2004 11:57:


alhamdulillah...:bgrin::bgrin:
ermm... aku plak lahir 1 muharram 1402 hari khamis...



Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


kekeke..bagus ko..aku tau ..ko mesti mendapat didikan sempurna....:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2004 12:02 PM | Show all posts

IKATAN KASIH Pikat si dia melalui tarikh lahir

Masih menanti Prince Charming? Sukar untuk mencari mereka yang sesuai? Katakanlah kamu ada menyimpan perasaan pada seseorang. Tentu kamu sedaya upaya menyelidik latar belakang si dia. Apakah kesukaannya, di manakah si dia tinggal, ataupun siapakah teman rapatnya. Apa kata kalau kata menyeldik pula tarikh si dia dilahirkan. Nak tahu kenapa?  

1hb -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2004 12:09 PM | Show all posts
Originally posted by YoGurt at 22-4-2004 12:02 PM:



Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana ...


setakat nie... alhamdulillah...:bgrin::bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2004 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by EtchedGlass at 22-4-2004 12:02:
Masih menanti Prince Charming? Sukar untuk mencari mereka yang sesuai? Katakanlah kamu ada menyimpan perasaan pada seseorang. Tentu kamu sedaya upaya menyelidik latar belakang si dia. Apakah kesuka ...



Etched...takde sambungan ker?..tak cukup nie?..

utk lelaki jer ker?...perempuan?..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2004 12:15 PM | Show all posts

sambungan...

21hb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2004 02:22 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by EtchedGlass at 22-4-2004 12:15:
21hb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.086647 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list