CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3739|Reply: 3

Bro, 5 Petunjuk Berikut Tanda Badan Hang Ada Masalah Kesihatan

[Copy link]
Post time 29-4-2016 05:18 PM | Show all posts |Read mode

Oleh : TS LOO






Tahukah anda , masalah kesihatan badan boleh diketahui melalui tanda-tanda fizikal yang ditunjukkan sekiranya anda ada masalah kesihatan? Oleh itu, rajin-rajinlah membelek tubuh anda untuk melihat jika ada yang tidak kena. Simptom-simptom ini tidak besar, tetapi harus diberi perhatian. Entri kali ini mendedahkan lima perkara pada tubuh yang harus anda ambil berat.





sumber foto: http://1.bp.blogspot.com/



PERHATIKAN KUKU ANDA
Jika kuku anda sihat, ia berwarna merah muda ('pink') yang lembut. Jika anda dapat melihat sebarang kelainan pada kuku anda, tidak ada salahnya untuk merasa khuatir. Jika kuku anda berwarna kekuningan, ia menunjukkan masalah berkaitan pernafasan. Kuku berlekuk pula mungkin menjadi simptom diabetes. Jika kekurangan gizi tertentu seperti zat besi, juga akan menyebabkan perubahan pada warna kuku.







LIHAT DAN BAU URIN
Warna urin yang normal ada pelbagai. Jika pengambilan air kosong cukup, biasanya air kencing berwarna putih jernih. Sebaliknya jika kurang pengambilan air, air kencing akan berwarna kuning pekat atau lebih gelap. Selain warna urin bertukar kemerahan, bau urin yang agak kuat harus diberi perhatian. Segeralah rujuk masalah pada doktor.






PENGHASILAN AIR MANI
Jika Sihat, seorang lelaki normal mampu menghasilkan cairan mani sebanyak 2-5ml ketika berejakulasi. Produksi air mani akan berkurangan mengikut usia. Air mani yang dihasilkan kurang dari 2ml menjadi tanda hypersermia yang boleh mempengaruhi kesuburan lelaki. Lihat juga warna air mani anda. Lelaki sihat memiliki warna cairan mani putih dan pekat. Sekiranya cairan mani yang disertai darah atau terlalu cair, berjumpalah dengan doktor.






sumber foto: http://3.bp.blogspot.com/

UKUR DENYUT NADI
Denyut jantung ketika bersantai adalah penanda yang baik untuk kadar kesihatan seseorang. Untuk lelaki dewasa yang sihat, angka yang normal adalah sekitar 70-75 bpm (beat per minute). Untuk mengukurnya, letakkan dua jari tangan di urat nadi pergelangan tangan lalu hitunglah sambil melihat jam selama 15 saat. Darabkan angka ini untuk mendapatkan nilai per minitnya.






sumber foto: https://qph.is.quoracdn.net

KULIT YANG SIHAT
Kulit yang sihat bersifat elastik dan kembali normal bila dicubit. Sebaliknya, kulit yang dehidrasi akan kembali ke posisi normal dengan lambat setelah dicubit. Bagi membuktikan sejauh mana kebenarannya, cuba cubit tangan anda sekarang!









Jadi, jangan ambil ringan tentang kesihatan khususnya bagi orang dewasa yang sudah berumur. Elakkan tabiat hidup yang tidak berfaedah dan rajinlah membuat senaman yang boleh menyihatkan badan kita. - CARI Infonet



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 05:49 PM | Show all posts
sebijik artikel karang kraf bulan nov 2014... good job cari reporter.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 07:55 PM | Show all posts
comel91 replied at 29-4-2016 05:49 PM
sebijik artikel karang kraf bulan nov 2014... good job cari reporter.




pandai dia CARI






Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 11:21 AM | Show all posts

sedih.. pemalas.. lepas tu claimed atikel sendiri.. good job hahaha!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.050425 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list