CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2659|Reply: 1

[Tempatan] Datuk Naning aktif semula, beri anugerah ‘Datuk Seri’ di Melaka

[Copy link]
Post time 28-4-2016 06:17 PM | Show all posts |Read mode
ALOR GAJAH, 28 April — Walaupun undang-undang sedang digubal bagi membendung penyalahgunaan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf, masih ada individu yang berani meneruskan kegiatan sedemikian.        Seramai 52 individu sempena menerima pingat kebesaran pada hari keputeraan ke-62 seseorang yang menggelar dirinya “Datuk Undang Naning” ke-21 semalam, lapor akhbar Utusan Malaysia.
        Menurut akhbar itu, majlis dibuat pagi semalam di sebuah rumah di taman perumahan di Pulau Sebang, di sini. Ia dihadiri 80 individu termasuk warga Indonesia yang berpangkat “sultan”.
        "Antara darjah kebesaran yang dianugerahkan termasuk Darjah Kerabat Undang Naning, Darjah Kerabat Naning Melaka, Darjah Kerabat Setia Naning dan Darjah Paduka Pepatih Naning.
        "Majlis itu turut menyaksikan individu berkenaan menerima Darjah Paduka Setia Naning, Darjah Paduka Naning Melaka, Darjah Seri Naning Melaka, Darjah Jaksa Naning Melaka dan Darjah Kehormat Bakti Naning," kata akhbar itu yang memetik sumber.
        Sumber itu mendakwa semakin tinggi pingat kebesaran semakin tinggi harga yang perlu dibayar untuk mendapatkannya.
        "Namun tujuan utama majlis itu dijalankan adalah bagi mengaktifkan kembali kumpulan Naning ke-21 dan pengikutnya," katanya.
        Akhbar itu melaporkan polis kemudiannya membuat serbuan semasa majlis makan malam di sebuah resort dekat sini selepas penganugerahan itu dibuat.
        Kumpulan ini dilaporkan memberi anugerah sejak beberapa tahun lalu.
        Pada November 2014, ketua menteri berkata Melaka mengisytiharkan majlis penganugerahan pingat kebesaran kumpulan Datuk Naning ke-21 sebagai tidak diiktiraf.
        Datuk Seri Idris Haron juga dilaporkan berkata kerajaan negeri bagaimanapun memberi kelonggaran jika anugerah itu dalam ruang lingkup adat resam Naning, lapor Sinar Harian.

        Penganugerahan itu tidak boleh disama taraf dengan anugerah darjah kebesaran negeri yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri.
        “Undang-undang tubuh negeri pun tidak meletakkan anugerah ini sebagai suatu yang mesti kita iktiraf dan secara jelas, ia bukan anugerah istiadat negeri,” Idris dipetik berkata.
        Kabinet pada Januari lalu bersetuju dengan cadangan untuk meminda Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.
        Individu yang mengguna pangkat atau sebarang gelaran yang tidak diiktiraf kerajaan boleh didakwa mengikut Seksyen-seksyen 416 dan 419 Kanun Keseksaan kerana menipu serta menyamar. Kerajaan juga mahu mengetatkan lagi undang-undang ini.
        Sultan Perak pada Mac lalu menitahkan supaya tindakan tegas diambil terhadap individu yang menjalankan kegiatan menjual anugerah darjah dan kebesaran diraja palsu di negeri itu.
        Sultan Selangor pula menitahkan agar Enakmen Lambang-lambang dan Nama-nama (Mencegah Daripada Salah Guna) 1962 negeri dipinda bagi menangani perbuatan dan pemakaian darjah kebesaran tanpa pengiktirafan baginda.


---sebenarnya gelaran ni, aku tengok sebagai gelaran tak serius pun... main-main---tapi nampak dari berita ni, ia macam ada unsur jenayah---tapi ikut Idris Harun----ada kelonggaran.---maka kalau siapa dapat tu sebut gelaran penuhnya ya..
Datuk Naning. Tak sama seperti Datuk/Dato' negeri lain.
Datuk NANING. Da-tuk Na-ning. NANING---- NA. NING.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2016 06:21 PM | Show all posts
Datuk Seri Idris Haron juga dilaporkan berkata kerajaan negeri bagaimanapun memberi kelonggaran jika anugerah itu dalam ruang lingkup adat resam Naning, lapor Sinar Harian.

meaning, kalau kau nak pergi makan-makan majlis Naning iya lah, kau datuk Naning di situ---jangan terhegeh-hegeh nak tulis dalam kad nama lantas mengharap pengiktirifan masharakat bukan Naning---
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.057977 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list