CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3889|Reply: 8

Ustaz ‘Kuat Kondem’ Di FB Kembali Serang Dr. Zakir Naik

[Copy link]
Post time 20-4-2016 12:32 PM | Show all posts |Read mode




USTAZ Abu Syafiq, selepas dikecam teruk kerana mempersoalkan kredibiliti pendakwah Dr. Zakir Naik yang mengislamkan seorang pelajar, Nur Nina Farisha, nampaknya sekali lagi mencetuskan kebencian di media sosial.




akaunFB ustaz Abu Syafiq


Menerui posting bertarikh 12 April yang dimuat naik di halaman Facebooknya, dia dilihat cuba pula mempersoal cara sebutan yang dituturkan oleh tokoh pendakwah Maal Hijrah 2013 itu.

Tulisnya, “Eh.. ni surah apa nama Bakara sepatutnya Al-Baqaroh… bunyi dah lain.. baca Quran yang dalam Bahasa Arab pun bunyi jauh sangat bezanya.. kalau sikit beza takpelah.. ni melangit.. eh! Dia ni biar betul.”

Pengikut gerakan ASWAJA itu turut mempersoal penggunaan bacaan ayat dalam surah Al-Baqarah yang mana dakwanya, Dr. Zakir telah tersalah fakta apabila menyatakan ayat ke-299 dalam surah tersebut.

“Lepas tu juzuk 4 terletak dalam Surah Aal-‘Imran dan bukan dalam Surah Al-Baqarah.. lagipun Surah Al-Baqarah akhir ayatnya 286.. mana datang plak ayat 299 dalam Al-Baqarah,” dakwa Abu Syafiq.

Lantas, tindakannya itu dikecam oleh pengguna Facebook yang melihat dakwaan ‘maha hebat’ Abu Syafiq itu, selain mempersoalkan adakah dia menabur fitnah kepada Dr. Zakir dengan mengatakan sedemikian.

“Nampak sangat ustaz ni memang cap ayam. Even bahasa mana-mana pun.. kalau disebut oleh bangsa berbeza.. perkataan yang sama.. tapi bunyinya ikut slang yang biasa digunakan. Payah kalau ada ramai lagi ustaz cap ayam macam ni,” tulis pengguna Facebook Dian Aziz.

“Manusiakan berbeza. Kalau manusia ni semua sama, kenapa Allah turunkan bacaan Al-Quran berqiraat 7 jenis bacaan. Cubalah merantau sikit. Kalau di negara mediteranian seperti Maghribi, Tunisia, dll saudara seagama kita ni tak dapat sebut perkataan ‘Allah’ macam orang arab menyebut. Begitu juga dengan saudara seagama kita dari Pakistan, India & Bangladesh. Memang lidah mereka kemampuan macam tu.

“Apa jenis orang la macam kau ni. Memalukan Islam je. Pakai nama depan letak ‘ustaz’ tapi menyemai kebencian. Kalau salah pergi tegur depan2. Kan dah jemput untuk semua hadir & tanya soalan. Bukan macam anjing menyalak bukit. Sembang kencang dalam Facebook je,” komen Ameirul Anwar Mustadza berkenaan sikap tidak profesional ustaz tersebut.

Pemerhatian di laman Facebook mendapati Ustaz Abu Syafiq sememangnya seorang yang terbuka dan tidak malu-malu untuk mengutuk pihak yang tidak sehaluan dengannya.

Namun dalam kes Dr. Zakir yang didakwanya tersalah fakta agama sewaktu berucap, sehingga kini belum ada sebarang aduan tentang kesilapan penceramah tersohor itu ketika menyampaikan mana-mana bahagian surah mahupun verse ayat al-Quran dalam hujahnya, dilaporkan.



sumber : www.mynewshub.cc

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2016 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi mampos la ustad melayu....terpesong habes islam kalau ikut melayu punya perangai....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
So called ostat ni cam gampang je tgok mengutuk menghina sana sini. Terlalu memandang rendah org lain, mungkin sudah dirasuk setan otak dia. Bak kata ostat CI , merangkak je lah kau nanti!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 01:49 PM | Show all posts
ustaz, cara UAS ni tegur pun dah salah dan boleh menimbulkan kekeliruan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 03:26 PM | Show all posts
siapa tu, maaflah tidak pernah dengar pun nama ustaz tu. betulkah itu ustaz ?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru ari ni tau ustaz ni. Tah sape dia. Macam gud2. Bkn hina ulama.  Sbb ni bkn ulama . mulut mcm &@&#&#&@&#!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2016 09:39 AM | Show all posts
akhir zaman , mmg pelik pelik serangan akidha yg ada


yg dahsyat , yg awal2 mengaku Islam lepas tu sebar dakyah salah tentang agama...lepas tu sesatkan org lain sama.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2016 12:30 PM | Show all posts
kalu rasa dia salah pun janganlah men'gampang'kan dan me'mampos'kan orang
biarlah dia je yg tanggung dosa sekiranya betu dia salah
jgnlah kita plak ikut dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 10:26 AM | Show all posts
teruknya ustaz ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.049006 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list