CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3081|Reply: 2

PAKATAN KETENTERAAN-MANA SATU PILIHAN MALAYSIA

[Copy link]
Post time 2-4-2016 09:01 PM | Show all posts |Read mode
          Melihat kepada situasi dunia pada masa ini,kebanyakkan negara-negara di dunia sedang berada di dalam dilemma terutamanya dalam aspek keselamatan dan ketenteraan sama ada ingin menyertai pakatan ketenteraan tradisional seperti NATO atau Warsaw (diganti dengan SCO selepas kejatuhan USSR),menubuhkan pakatan ketenteraan baru atau bersendirian.

          Kebanyakkan kuasa-kuasa ketenteraan baru seperti Korea,Arab Saudi,Taiwan,Singapura,Thailand,Kuwait telah pun mengadakan pakatan dengan ahli NATO ataupun setidaknya menyokong dan memberikan bantuan logistik dan perisikan kepada pihak NATO.Manakala Vietnam,Cuba,Syria dan Pakistan dilihat lebih terarah kepada SCO atau Russia-China.Dalam aspek ini,Malaysia juga tidak ketinggalan dalam soal menjamin kedaulatannya dengan menyertai pakatan ketenteraan yang walaupun tidak sebesar pakatan ketenteraan yang lain tapi tetap mempunyai objektif yang sama sebagai sebuah pakatan ketenteraan iaitu FPDA.

          Pada asasnya,objektif penubuhan FPDA adalah bagi memberi payung perlindungan kepada negara bekas jajahan British iaitu Malaysia dan Singapura dari ancaman dan asakan Komunism (Vietnam dan PKM berdasarkan Teori Domino) dan juga Konfrontasi Indonesia.Penempatan pesawat-pesawat pejuang dan pengebom British dan juga Australia di Butterworth bertujuan bagi merealisasikan Perjanjian Pertahanan Lima Negara ini.Walau bagaimanapun FPDA dilihat sudah tidak releven lagi pada masa ini oleh sesetengah pihak di dalam negara.Antara alasan yang diutarakan adalah ancaman komunis sudah tidak ada lagi terutamanya selepas kekalahan PKM pada tahun 1989 dan runtuhnya Kesatuan Soviet pada tahun 1991.Namun yang paling ditekankan adalah isu hubungan di antara Malaysia dan Singapura yang dilihat oleh sesetengah pihak menjadi sebab kenapa Malaysia perlu menarik diri dari FPDA.

          Umum mengetahui hubungan di antara Malaysia dan Singapura tegang terutamanya apabila melibatkan kepada isu persempadanan laut,tambak johor dan bekalan air.Singapura juga dilihat oleh Amerika dan British lebih bernilai berbanding Malaysia untuk dijadikan sekutu kerana Singapura sebuah negara free thinker yang tidak terikat dengan agama dan sentimen rakyat berbanding Malaysia yang majoriti penduduknya (70% populasi) beragama Islam dan sudah pasti sentimen rakyat yang akan menentukan corak polisi dan dasar luar malaysia.

          Amerika terutamanya memberikan lampu hijau kepada Singapura untuk berbuat apa sahaja yang difikirkan perlu bagi tujuan menjamin kepentingan Amerika di Asia Tenggara tidak terancam.Singapura sebagai sebuah negara kecil mempunyai aset ketenteraan yang lebih banyak dari Malaysia.Di samping itu,Singapura juga dibenarkan untuk menempatkan beberapa skuadron pesawat pejuang mereka di Amerika.Suatu keistimewaan yang tidak diberikan kepada negara-negara bukan sekutu tradisi Amerika.

bersambung.............

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2016 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua tak boleh harap. Sendiri mesti bangunkan teknologi senjata strategik
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 11:53 AM | Show all posts
oic boleh jadi pakatan ketenteraan yang baru.. arab saudi gan turki boleh lead..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.065548 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list