CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10953|Reply: 2

10 Kereta Kebal Paling Termahal Di Dunia

[Copy link]
Post time 29-3-2016 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kwangsoo_lady at 29-3-2016 04:31 PM

*Saja nak share, sebab hari ini rasa nak lenyek orang je guna kereta kebal ni.. Mod katup lah kalau dah ada ya!


Kereta kebal merupakan kenderaan tempur berperisai(ACV) berantai yang direka untuk memusnahkan musuh.Kereta kebal dianggap senjata yang penting bagi setiap negara untuk menentang musuh.Penganalisis Amerika pernah beranggapan bahawa helikopter adalah senjata utama atau lebih penting daripada kereta kebal ketika Perang Iraq,tetapi andaianya silap selepas helikopter yang telah memasuki Iraq banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kereta kebal.Oleh itu hal ini,menunjukkan tank adalah senjata yang utama dan banyak negara berlumba-lumba untuk upgrade tank buatan mereka yang sedia ada mengikut peredaran masa.Berikut antara 10 kereta kebal utama  yang paling termahal di dunia:


10.T-90,Rusia-$2.23 juta



T-90 merupakan kereta kebal utama tempur generasi ketiga yang digunakan Tentera Darat Rusia.Ia dihasilkan daripada pembangunan ke atas kereta kebal T-72.Ia kini merupakan kereta kebal termoden yang berada di dalam perkhidmatan Tentera Darat Rusia dan Infantri Tentera.Sebagai penerus dari T-72BM,T-90 menggunakan senjata dan 1G46 gunner sight dati T-80U,sebuah mesin baru dan pengindera panas.Peralatan pelindung termasuk pelindung ledak reaktif Kontakt-5,laser warning receiver,pembangkit gelombang elektomagnetik EMT-7 untuk menghancurkan dan shto sistem pengacau rudal anti tank kendali inframerah.Kereta kebal ini direka dan dibina oleh Uralvagonzavod di Nizhny Tagil,Rusia.Banyak negara yang menggunakan kereta kebal T-90 selain daripada Rusia antaranya seperti Algeria,Azerbaijan,Turkmenistan,Uganda dan India.

SPESIFIKASI:


Berat:47.5 tan ; Panjang:9.63 meter ; Lebar:3.78 meter

Krew:4 orang

Senjata Utama:Meriam laras licin 125 mm dengan keupayaan ATGM;terutamanya 9M119 Svir

Jarak Operasi:550-700 km(bergantung pada enjin) ; Kelajuan:60-65 km/h(bergantung pada enjin)

9.ZTZ-99,China-$2.5 juta



Type 99 juga dikenali sebagai ZTZ-99 dan WZ-123,telah dibangunkan berdasarkan rekabentuk Type 98G.Ia merupakan kereta kebal utama(MBT) generasi ketiga yang digunakan oleh Tentera Pembebasan Rakyat China.Ia dihasilkan bagi bersaing dengan kereta kebal moden yang lain.Kereta kebal utama China ini menunjukkan campuran pengaruh Rusia dan Barat dalam rekabentuk dan teknologi itu.ZTZ-99 dianggap sebagai salah satu dari 12 buah kereta kebal terbaik di dunia dan merupakan pengganti kepada kereta kebal Type 98G yang dikeluarkan untuk Tentera Pembebasan Rakyat.Masa kini hanya negara China sahaja yang menggunakan kereta kebal ini.

SPESIFIKASI:

Berat:58 tan(Type-99A2) ; Panjang:11.0 meter ; Lebar:3.4 meter

Krew:3 orang

Senjata Utama:125 mm smoothbore tank gun.

Jarak Operasi:600 km ; Kelajuan:80 km/h

8.Arjun,India-$3.8 juta



Arjun merupakan kereta kebal tempur generasi ketiga yang dibangunkan oleh firma India iaitu Defense Research and Development Organization(DRDO) untuk kegunaan Tentera Darat India.Ia dinamakan Arjun,sempena nama dewa India dalam cerita epik Mahabharata.Kereta kebal Arjun mula beroperasi pada tahun 2004 dalam Tentera Darat India.Pada 17 Mei 2010,Tentera Darat India telah mempunyai 124 buah jenis kereta kebal Arjun MK-1 dan 124 buah jenis kereta kebal Arjun MK-2 pada 12 Ogos 2010.

SPESIFIKASI:

Berat:58.5 tan ; Panjang:10.638 meter ; Lebar:3.864 meter

Krew: 4 orang

Senjata Utama:Meriam berpilin 120 mm,peluru berpandu anti kereta kebal LAHAT,Peluru HEAT,APFSDS dan HESH.

Jarak Operasi:450 km

7.Leopard 2,Jerman-$4.5 juta



Leopard 2 merupakan kereta kebal utama Jerman yang dibina oleh syarikat Jerman Krauss-Maffei-Wegmann.Ia dibangunkan pada 1970-an dan mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1979,menggantikan Leopard 1 yang lebih awal sebagai MBT dalam Angkatan Drat Jerman Barat(Bundeswehr).Terdapai pelbagai versi yang berkhidmat dalam angkatan tentera Jerman dan 12 negara Eropah dan juga negara bukan Eropah.Lebih dari 3,480 Leopard 2 telah diproduksi.Leopard 2 kali pertama digunakan Angkatan Darat Jerman pada Perang Kosovo serta pasukan Kanada dan Denmark yang tergabung dalam ISAF di medan tempur Afghanistan.Ada dua pengembangan utama pada kereta kebal ini,dari model pertama hingga versi Leopard 2A4 yang memiliki turet tembak vertikal berlapis dan model yang lebih maju.Leopard 2A5 serta versi yang lebih baru lagi,yang memiliki turet tembak penyudut seperti anak panah dengan applique armour serta beberapa pengembangan lainnya.Kereta kebal ini melewati medan yang sangat sulit dan tidak rata.Varian yang aktif antara lain 2A4,2A5,2A6 dan 2A7(paling baru).

SPESIFIKASI:

Berat:62.3 tan(2A6) ; Panjang:9.97 meter(2A6) ; Lebar:3.75 meter(2A6)

Krew:4 orang

Senjata Utama:Rheinmetall 120 mm smoothbore gun L/55 dan 2 mesingun.

Jarak Operasi:550 km  ; Kelajuan:71 km/h

6.Merkava Mark IV,Israel-$5 juta



Merkava merupakan kereta kebal utama milik Pasukan Pertahanan Israel(IDF).Kereta kebal ini mula dibangunkan pada tahun 1973 dan mula beroperasi pada tahun 1979.Kini,terdapat empat versi jenis Merkava yang telah dibangunkan.Kereta kebal kebal Merkava I mula digunakan pada tahun 1982 ketika Perang Lebanon.Merkava Mark IV merupakan versi yang terkini dan lebih maju daripada Merkava Mark III.Merkava Mark IV mula beroperasi pada tahun 2004 dan pernah terlibat dalam Perang Lebanon 2006,Intifada Kedua dan Perang Gaza. Sehingga kini,terdapat hampir 360 buah kereta kebal Merkava Mark IV yang telah siap dibangunkan dan akan ditambah kepada 300 buah lagi.

SPESIFIKASI:

Berat:65 tan ; Panjang:9.04 meter termasuk meriam ; Lebar:3.72 meter tanpa skirts

Krew:4 orang(Komander,Pemandu,Jurumeriam dan Juruisi)

Senjata Utama:120 mm.Meriam berlaras licin MG253,mampu menembak peluru berpandu anti kereta kebal LAHAT

Jarak Operasi:500 km ; Kelajuan:64 km/h

5.M1A2 Abrams,Amerika Syarikat-$6.21 juta



M1 Abrams adalah sebuah kereta kebal utama yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat.Kereta kebal ini dinamakan sempena Jeneral Creighton Abrams,bekas Ketua Staf dan komander Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam.Ciri-ciri ketara kereta kebal M1 Abrams adalah penggunaan enjin turbin gas berkuasa,penggunaan armor komposit yang canggih dan tempat simpanan peluru yang berasingan dalam ruang letupan untuk menjaga keselamatan krew.Terdapat tiga versi jenis M1 Abrams yang telah dihasilkan iaitu M1,M1A1 dan M1A2 yang menggabungkan persenjataan ,perlindungan dan elektronik yang dipertingkatkan.Secara prinsipnya,M1 Abrams adalah merupakan kereta kebal tempur bagi Tentera Darat Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat,Tentera Darat Mesir,Tentera Darat Kuwait,Tentera Darat Arab Saudi dan Tentera Darat Australia.M1A3 akan dibangunkan pada awal tahun 2009.Kereta kebal M1 Abrams pernah menyertai peperangan dalam Perang Teluk,Perang Afghanistan dan Perang Iraq.

SPESIFIKASI:

Berat:62.1 tan ; Panjang:9.77 meter ; Lebar:3.7 meter

Krew:4 orang(Komander,Penembak,Pengisi peluru dan Pemandu)

Senjata Utama:Meriam laras licin 120 mm M256

Jarak Operasi:391 km ; Kelajuan:66.8 km/h

4.C1 Ariete,Itali-$7.5 juta



C1 Ariete merupakan kereta kebal utama milik Tentera Darat Itali.Ia telah dibangunkan oleh satu konsortium yang dibentuk oleh Iveco-Fiat dan Oto Melara.Kerangka dan enjin dikeluarkan oleh Iveco,manakala turet dan sistem kawalan tembakan dikeluarkan oleh Oto Melara.Kenderaan ini menggunakan sistem kawalan tembakan dan sistem pengimejan digital serta optikal terkini,membolehkan ia bertempur pada waktu siang atau malam dan melepaskan menembak semasa bergerak.

SPESIFIKASI:

Berat:54 tan ; Panjang:9.67 meter teramsuk meriam ; Lebar:3.42 meter

Krew:4 orang

Senjata Utama:Meriam laras licin 120 mm42 butir peluru(15 butir di dalam kelopak turet dan tambahan 27 butir di dalam kerangka).

Jarak Operasi:600 km ; Kelajuan:65 km/h

3.FV4034 Challenger 2,United Kingdom-$7.921 juta



FV4034 Challenger 2 adalah kereta kebal utama (MBT) yang sedang berkhidmat dengan angkatan tentera darat British dan Oman.Ia telah dibina oleh firma British iaitu Vickers Defense Systems(Sekarang sebahagian daripada BAE Systtems Land and Armaments).Challenger 2 adalah hasil daripada reka bentuk semula secara ekstensif kereta kebal Challengel 1.Keseluruhan kereta kebal Challenger 2 adalah baru kecuali rekaan asas badan dan bahagian automotif yang diambil daripada Challenger 1.Challenger 2 telah digunakan dalam perkhidmatan operasi di Bosnia,Kosovo dan Iraq.

SPESIFIKASI:

Berat:62.5 tan ; Panjang:8.3 meter(11.50 m termasuk meriam) ; Lebar:3.5 meter(4.2 m termasuk plat armor)

Krew:4 orang(Komander,Penembak,Pengisi peluru dan pemandu)

Senjata Utama:Meriam berpilin 120 mm L30A1 dengan 52 butir peluru.

Jarak Operasi:450 km ; Kelajuan:59 km/h





http://lokmanamirul.blogspot.my



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2016 04:29 PM | Show all posts

2.K2 Black Panther,Korea Selatan-$8.8 juta



K2 Black Panther merupakan kereta kebal tempur generasi ke-4 yang digunakan oleh Korea Selatan sebagai kereta kebal utama bagi menggantikan kereta kebal M48 Patton dan kini digandingkan dengan kereta kebal siri-siri K1 yang kini sedang digunakan oleh Korea Republik.Masa kini,kereta kebal K2 boleh dianggap salah satu kereta kebal tempur yang paling termaju dan utama di dunia,tidak dapat disamakan dengan kereta kebal yang lain seperti kereta kebal buatan China atau Korea Utara.K2 Black Panther adalah kereta kebal kedua paling termahal dibelakang kereta kebal AMX-56.Ia mungkin akan memasuki perkhidmatan dalam Tentera Korea Selatan tidak lama lagi.

SPESIFIKASI:

Berat:55.0 tan ; Panjang:10.8 meter termasuk meriam ; Lebar:3.6 meter

Krew:3 orang

Senjata Utama:Meriam berlaras licin 120mm,kaliber 55(40 butir peluru).

Jarak Operasi:450 km ; Kelajuan:70 km/h

1.AMX-56 Leclerc,Perancis-$27.183 juta



AMX-56 Leclerc adalah kereta kebal utama yang dibina oleh firma Nexter dari Perancis.Ia dinamakan sebagai memperingati Jeneral Philippe Leclerc de Hauteclocque yang telah mengetuai serangan ke atas Paris semasa memerintah Divisyen Armor Kedua Tentera Pembebasan Perancis semasa Perang Dunia II.Kereta kebal Leclerc masih berkhidmat dengan Tentera Darat Perancis dan Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu(UAE).Dikeluarkan sejak tahun 1991,Leclerc telah memasuki perkhidmatan dengan Tentera Perancis pada tahun 1992 dan telah menggantikan penggunaan kereta kebal AMX 30 sebagai platform armor utama Perancis.Tentera Darat Perancis dan Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu masing-masing memiliki 406 dan 388 buah kereta kebal Leclerc.Ia dikatakan mempunyai senjata yang kuat dan keberangkalian tinggi tembakan tepat pada sasaran yang pegun dan bergerak.Dikatakan AMX-56 Leclerc merupakan kereta kebal tempur yang termahal di dunia dengan kos tidak melebihi $30 juta.

SPESIFIKASI:

Berat:54.5 tan ; Panjang:9.87 meter termasuk meriam ; Lebar:3.71 meter

Krew:3 orang(komander,penembak dan pemandu)

Senjata Utama:Meriam 120 mm 40 butir(1 butir tersedia dalam rumah peletup,22 butir dalam kelopak pengisi automatik dan 18 butir dalam casis).

Jarak Operasi:550 km ; Kelajuan:72 km/h
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2016 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
hanya negara negara penjajah je ke yg mampu membina sistem pertahanan ni... pelik kan... negara negara yg pernah dijajah memang x suka mencipta... patut la selalu kena jajah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.048855 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list