CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7276|Reply: 71

[Tempatan] Insurans kenderaan bermotor bakal ikut style EU mulai julai?

[Copy link]
Post time 25-3-2016 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Tarif insurans kenderaan bermotor di Malaysia bakal diliberalisasikan – harga berdasarkan risiko premium                       
                                In Bahasa Malaysia, Berita Tempatan                                 / By Izwaashura Sadali                                 / 24 March 2016 12:15 pm                                 / 0 comments                       

                                                                                                       
Seperti yang diumumkan pada 2012 dan disahkan pada 2014, liberalisasi tarif insurans kenderaan bermotor di Malaysia akan dilaksanakan mulai 1 Julai 2016. Di mana premium bagi insurans kenderaan bermotor ini akan ditentukan berdasarkan senarai faktor risiko, berbanding polisi penentuan harga yang diamalkan sekarang.
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengesahkan langkah ini di dalam Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan 2015, yang diedarkan semalam. Dalam laporan tersebut turut memaparkan pelan hala tuju (roadmap) bagi implementasi liberalisasi tarif insurans kenderaan bermotor, termasuk menentukan harga bagi polisi insurans kenderaan yang reflektif risiko.
Bagi mengurangkan impak terhadap langkah ini (bagi pengguna dan syarikat insurans), rancangan peralihan yang lebih teratur turut disertakan. Selain syarat-syarat tarif insurans sedia ada iaitu berkaitan harga dan had liputannya – adakah akan ditamatkan secara berperingkat, tetapi bukan serta-merta. Rujuk gambarajah di bawah untuk pelan hala tuju sepenuhnya.
Untuk fasa pertama ini (bagi tahun pertama implementasi, mulai 1 Julai), industri dibenarkan untuk menawarkan “produk baharu” dan pilihan liputan tambahan mengikut harga pasaran. Sebagai contoh, ini termasuklah polisi perlindungan kekunci-hidro enjin (jika air banjir masuk ke dalam enjin, berbeza daripada insurans kerosakan akibat banjir), penggantian kehilangan kunci dan mungkin kereta sementara atas budi bicara.
Harga bagi produk baharu ini tidak akan diaturkan, tetapi ditentukan oleh pasaran. Pembekal insurans juga akan membuka sebut harga mereka jika ia dilihat bersesuaian, untuk menarik perhatian pengguna. Ia akan memberikan platform awal kepada para syarikat insurans untuk memperhalusi tawaran dan polisi harga mereka, sementara pengguna berpeluang mendapat pilihan tambahan mengikut keperluan masing-masing.

Bagi fasa kedua pula (2017 dan seterusnya), akan melibat aplikasi kadar tarif yang komprehensif dan untuk pihak ketiga. Pada fasa ini, kadar premium tidak lagi diaturkan, sebaliknya ditentukan sepenuhnya oleh pasaran. Manakala taksiran pula berdasarkan risiko, yang akan diperkenalkan di Malaysia.
Oleh itu, sesetengah faktor risiko tidak termasuk dalam tarif insurans sedia ada, termasuk lokasi kediaman, tahun buatan kenderaan dan model, pekerjaan pemilik, sejarah tuntutan, jantina dan umur akan diambil mengikut pertimbangan, sama seperti sistem pekerjaan di beberapa buah negara luar termasuk United Kingdom.
Dalam erti kata lain, kadar premium insurans yang perlu dibayar adalah mengikut risiko yang bakal dihadapi. Misalnya, pemilik pernah membuat kos pembaikan yang tinggi, pemilik kenderaan prestasi tinggi, pemilik yang kurang pengalaman memandu atau mereka yang tinggal di kawasan berisiko jenayah, perlu membayar premium yang lebih tinggi. Dan kadar itu tidak diaturkan, sebaliknya harga boleh berubah mengikut syarikat insurans.
Penambahan kepada perlindungan pengguna akan turut diperkenalkan, untuk memastikan produk dan penentuan harga adalah bersesuaian. Syarikat insurans juga dijangka akan menilai risiko yang selayaknya dan konsisten bagi layanan yang lebih adil kepada pengguna. Skop standard liputan juga akan dinaikkan, jadi pengguna boleh membuat perbandingan antara syarikat insurans sebelum membuat keputusan insurans mana yang patut dibeli.

Walau bagaimana pun, ini tidak tertakluk pada insurans pihak ketiga yang dikenalpasti daripada kelas kenderaan. Kadar premium bagi kelas kenderaan ini (tidak dispesifikkan lagi) akan terus diaturkan, dengan penyelarasan beransur-ansur akan dibuat.
Masa kini, terdapat satu perbezaan besar antara premium insurans pihak ketiga dan tuntutan (RM520 juta) disebabkan perbelanjaan yang besar mengikut kelas (RM680 juta). Memandangkan jurang penentuan harga yang agak besar berbanding dengan risiko, satu peraturan bagi pengurangan kadar pasti akan mengakinatkan peningkatan premium. Maka, sata pendekatan akan dilakukan bago menentukan kadar premium bagi pihak ketiga ini.
Bagi langkah liberalisasi pasaran insurans kenderaan bermotor ini dijangka mampu memberikan harga yang lebih fleksibel antara syarikat insurans, di mana mereka akan bersaing sesama sendiri. Pengguna akan menerima manfaat yang lebih besar daripada pasaran terbuka ini, apabila syarikat insurans berlumba-lumba menawarkan liputan yang lebih baik, perkhidmatan yang unggul dan pastinya dengan kadar harga yang berpatutan. Malah ia juga akan mengurangkan masa menunggu untuk menyelesaikan tuntutan.
Bagi jangka masa yang panjang, pemilik kenderaan dengan risiko yang rendah juga akan menerima kadar premium yang lebih rendah. Berbanding mereka yang memiliki risiko yang tinggi yang memerlukan lebih insentif bagi memastikan risiko yang bakal dihadapi mungkin dapat dikurangkan. Pengguna juga boleh menentukan had liputan atau pembelian tambahan, iaitu jika bayar kurang, liputan juga akan kurang dan jika bayar lebih, pastinya akan menerima polisi yang lebih komprehensif.


http://paultan.org/2016/03/24/ta ... kan-risiko-premium/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2016 03:47 PM | Show all posts
Bodoh punye polisi. Benci sial.

Aku duduk UK, paling benci nak beli insurans kereta. Dia tengok address (kawasan orang kaya insurans murah, postcode orang miskin / ghetto / slum / banyak kipas mahal nak mampos), tengok jantina, pekerjaan.

Polisi paling nak muntah. Stress o beli insurans kat sini.

Lepas ni insurans kompeni suka la, dapat naikkan sesuka hati dia. Kita pulak nak tiru. Bodoh! Geram...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpaham..
Boleh x sapa2 terangkn secara ringkas dalam bhs mudah....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah! Stail UK!! Urban lah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 03:54 PM | Show all posts
senang cerita perubahan ni lebih memihak kepada pihak insurans...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 03:54 PM | Show all posts
Baguslah seperti tu. Pemilik yang parking kereta mereka off-road, kawasan yang kurang jenayah maka insurance kereta mereka lebih murah.  Tapi di Malaysia ni macamana nak bezakan off road dengan bukan off road? Tengok di kawasan perumahan tu walaupun ... Mungkin masa beli insurance mereka akan bagi tau parking offload tapi sebenarnya mereka parking atas jalan.

Lagi satu pemilik kereta yang duduk di flat pprt Akan dikenakan insurance yang lebih mahal dari pemilik yang duduk rumah terrace ataupun condo.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2016 03:55 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 25-3-2016 03:53 PM
Wah! Stail UK!! Urban lah...

so spider boleh ckp english slang UK....fefeeling ummah UK..ckp english mulut  keluar kabus.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ehhh bodo laaa..insuran nak ikot UK tp roadtax x nak ikot..guna laa polisi ketinggalan zaman berdasarkan CC keta tuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2016 03:59 PM | Show all posts
'premium berdasarkan senarai faktor risiko' tu aku enggak ngerti..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 04:00 PM | Show all posts
Huhuhu.. Skrg boleh agak2 guna calculator iinsurance. Lepas ni, susah la nak agak2 berapa nak kena bayar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2016 04:12 PM | Show all posts
jadi timbullah spekulasi akan ada kereta tak renew roadtax atas jalan..
tapi susah gak.. roadtax dah buat kaler2 ni...
tak renew insurance, takleh renew roadtax...

orang kata insurance company propose.. gomen approve..

bukan nak mengata tapi apa yg gomen buat skang ni dah mcm bisnes pulak..
they give something to you, and they'll want something in return..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Offtopic

I nak tanya mcm mana nak dptkan diskaun for our vehicle insurance masa renew roadtax? Sebab i pernah baca dlm fb org share yg dia renew roadtax dpt diskaun insurance

I selalu renew guna myeg je sbb faktor masa & mudah. So usually i akan ikut je apa yg org myeg pilihkan insurance apa. Sblm ni ada juga they ask me to choose nak insurance apa. But lately mcm dorang pilih terus je utk i.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 04:38 PM | Show all posts
ermmmmm......malaysia setaraf ngan UK....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 04:44 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 25-3-2016 03:48 PM
Xpaham..
Boleh x sapa2 terangkn secara ringkas dalam bhs mudah....

premium berkadaran dgn risiko.


PPRT kat taman sentosa klang:
-Kawasan jenayah tinggi - lebih mahal premium
-tiada parking khusus - lebih mahal premium
-jenis kereta: lagi mahal nilai, lagi tinggi premium
-jenis kereta: kalu type R(etard), turbo charged mmg lagi mahal premium dia
-umur / jantina: jantan, bawah 35 - kategori premium paling mahal

sbg perspektf

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 04:45 PM | Show all posts
awat jantina pun termasuk dlm taksiran faktor risiko?sexist la tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 04:49 PM | Show all posts
alesandra replied at 25-3-2016 04:45 PM
awat jantina pun termasuk dlm taksiran faktor risiko?sexist la tu

Sebab driver perempuan prone to cause accident.Eh?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2016 04:52 PM | Show all posts
kekure replied at 25-3-2016 04:49 PM
Sebab driver perempuan prone to cause accident.Eh?

ada study atau statistik menyatakan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 04:57 PM | Show all posts
juliez replied at 25-3-2016 04:20 PM
Offtopic

I nak tanya mcm mana nak dptkan diskaun for our vehicle insurance masa renew roadtax? Se ...

NCD ke?

Berikut ialah kadar diskaun insurans kenderaan yang diberikan oleh syarikat insurans di Malaysia:
1 tahun – Tiada diskaun yang diberikan
2 tahun – diskaun 25%
3 tahun – diskaun 30%
4 tahun – diskaun 38.3%
5 tahun – diskaun 45%
6 tahun – diskaun 55%


ke renew insurance dengan kengkawan ejen? kalau dengan kengkawan ejen, dorang boleh bg between 10% kot.. tolak komisen dorang..

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 25-3-2016 04:44 PM
premium berkadaran dgn risiko.



Ohh...mcm tu..nampaknya premium sy akn rendah aje laa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
the_killer replied at 25-3-2016 03:55 PM
so spider boleh ckp english slang UK....fefeeling ummah UK..ckp english mulut  keluar kabus..... ; ...

Boleh belajar nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.227187 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list