View: 7209|Reply: 44
|
[Edisi Al Fatihah] Mak Neng meninggal dunia
[Copy link]
|
|
Edited by de_ikea at 19-3-2016 12:51 PM
Assalamualaikum wrt.
Innalillahi wainna ilaihi rajiuun.
Seniwati Neng Yatimah, 92 tahun telah meninggal dunia di Singapura pagi tadi.
Moga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin.
Al fatihah. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahhiwainnailaihirojiun.. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah
aku ingat mak neng sinar fm
pastu baru teringat, mak neng dh xde dh, sebab salih yaakob tukar slot sama piyah kan..
takziah... |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 19-3-2016 12:52 PM
innalillah
aku ingat mak neng sinar fm
pastu baru teringat, mak neng dh xde dh, sebab salih yaakob ...
Aku pun sama masa mula2 baca td
Salam takziah
Ank menantu dia pun dah lama meninggal |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah....@bellaa ni la acik neng ratu air mata yg meols dok sebut tu... |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah. semoga ditempatkan golongan yg beriman. |
|
|
|
|
|
|
|
Al_Fatihah.... |
|
|
|
|
|
|
|
eely_shana replied at 19-3-2016 01:22 PM
Al fatihah. Takziah
Alfatihah... |
|
|
|
|
|
|
|
Sabtu, 19 Mac 2016 @ 12:23 PM
Bintang air mata, Neng Yatimah meninggal dunia
Oleh Farhana Ab Rahman
farhana@bh.com.my
SENIWATI veteran, Allahyarhamah Neng Yatimah.
SINGAPURA: Seniwati veteran, Neng Yatimah meninggal dunia pada kira-kira jam 10.30 pagi tadi di Singapura pada usia 92 tahun kerana sakit tua.
Berita mengenai pemergian beliau disahkan sendiri oleh cucunya, Azlynn ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.
Azlynn berkata, beliau dimaklumkan berita kematian neneknya itu oleh saudaranya yang berada di negara seberang.
Beliau bagaimanapun masih menantikan butir lanjut berhubung majlis pengebumian jenazah neneknya.
"Saya baharu saja dimaklumkan mengenai berita kematian Nenek Neng oleh saudara di Singapura namun saya tidak dapat ke sana pada saat akhir ini.
"Nenek Neng meninggal dunia sekitar jam 10.30 pagi tadi pada usia 92 tahun kerana sakit tua. Urusan jenazah sedang dilakukan oleh saudara saya yang berada di sana.
"Sekiranya segala urusan dipermudahkan, Insya-Allah jenazah akan dikebumikan selepas solat Zuhur," kata Azlynn.
Neng Yatimah atau nama sebenarnya Buntat Ahmad adalah seorang seniwati filem Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal sebagai seorang pelakon air mata.
Filem-filem lakonan beliau antaranya Air Mata Duyung, Jiran Sekampung, Laila Majnun, Seri Mersing dan Rachun Dunia.
Pada tahun 2007, beliau turut menerima anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-13 (1997).
http://www.bharian.com.my/node/135081
|
|
|
|
|
|
|
|
Semalam Adnan... Hari ni Mak Neng...
Innalillah wainna ilaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Ni ke mak arwah roseyatimah n mak mertua arwah mustapha maarof?
Salam takziah buat ahli keluarga arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
SINGAPURA: Seniwati Neng Yatimah, atau nama sebenarnya Buntat Ahmad, meninggal dunia pagi tadi (19 Mac).
Berita ini disahkan kepada BERITAMediacorp sebentar tadi oleh penulis blog yang rapat dengan artis, Ukhti Aminah.
Menurut Ukhti Aminah, Neng Yatimah pulang ke rahmatullah pada 10.30 pagi tadi, dan akan dibawa ke Pusara Abadi sebelum dikebumikan.
Allahyarhamha, yang dilahirkan pada 1924 di Singapura, merupakan pelakon hebat filem Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal menerusi filem-filem klasik seperti Air Mata Duyung, Jiran Sekampung, Laila Majnun, Seri Mersing, Racun Dunia dan filem terakhirnya, Mama oh Mama.
Beliau, yang memulakan kerjayanya dalam bidang perfileman pada 1949, sebelum ini dilaporkan semakin uzur dan mengalami masalah jantung dan barah kolon. Allahyarhamha dilaporkan dijaga cucu saudaranya di Singapura.
Anak perempuan Allahyarhamha ialah seniwati Roseyatimah dan anak menantunya merupakan seniman Datuk Mustapha Maarof.
- BERITAMediacorp/nd
|
|
|
|
|
|
|
|
Al-Fatihah. Panjang umur Mak Neng, anak, menantu meninggal dulu sblm dia. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah..dah tua arwah ni...semoga roh dicucuri rahmat |
|
|
|
|
|
|
|
Masya Allah panjangnya umo arwah mak neng ni...
Innalillah n takziah buat keluarga. Moga rohnya ditempatkan bersama org2 yg solihin. |
|
|
|
|
|
|
| |
|