CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3644|Reply: 1

Maritim Malaysia terima pelatih antarabangsa pertama

[Copy link]
Post time 18-3-2016 05:42 PM | Show all posts |Read mode
Maritim Malaysia terima pelatih antarabangsa pertama



AKADEMI Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) yang ditubuhkan pada bulan April 2005 kini semakin mengorak langkah melalui pelbagai pelaksanaan untuk menjadikan akademi itu sebagai sebuah institusi latihan agensi penguatkuasaan maritim yang bertaraf dunia.
Pelbagai program dilaksanakan dan terbaru, kerjasama antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Japan International Cooperation Agency (JICA) melalui pelaksanaan kursus International Advanced Officer's Boarding Course (IABOC) yang bermula pada 19 September lalu di AMSAS.
Melalui kursus yang julung kali diadakan di AMSAS itu, seramai 24 peserta terdiri daripada pegawai Maritim Malaysia dan enam pegawai antarabangsa dari sebuah negara yang terletak di Afrika Timur, Djibouti akan terlibat dalam kursus yang berakhir pada 1 Oktober.
Penglibatan enam peserta dari negara Djibouti itu menggambarkan bahawa AMSAS semakin dikenali di peringkat antarabangsa dalam melahirkan graduan berkualiti dalam menerajui bidang kelautan, penguatkuasaan undang-undang dan operasi mencari serta menyelamat di zon maritim.
Permulaan penerimaan pelatih antarabangsa itu pastinya akan membina reputasi dan menjadikan AMSAS antara institusi latihan maritim bertaraf dunia.
Cuma apa yang penting, AMSAS perlu sentiasa mempelbagaikan dan meluaskan penawaran program kursus yang mampu membina reputasi sebagai pusat latihan agensi penguatkuasaan maritim tunggal.
Pada majlis perasmian kursus IABOC di AMSAS baru-baru ini, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Samsuni Mohd. Nor berkata, penerimaan enam pelatih dari negara Djibouti itu merupakan yang pertama institusi latihan agensi penguatkuasaan maritim berkenaan mengambil penuntut antarabangsa.
Beliau berkata, keputusan untuk menghantar enam pelatih itu dibuat setelah Djibouti melihat kejayaan Maritim Malaysia dalam menghapuskan kegiatan rompakan dan pelanunan di perairan negara khususnya Selat Melaka.
“Kesemua pelatih itu akan menjalani latihan dalam tempoh dua minggu dengan fokus akan diberikan kepada tiga perkara utama iaitu bidang penguatkuasaan, operasi mencari dan menyelamat dan forensik.
“Mereka akan menjalani latihan teori dan praktikal dan kursus yang kita ajar kepada peserta terlibat adalah sama seperti mana kita latih penuntut tempatan di pusat latihan ini," katanya kepada MegaWira baru-baru ini.
Mengenai tempoh latihan selama dua minggu, beliau berkata, tempoh berkenaan dirasakan mencukupi kerana peserta terlibat sudah pun mempunyai asas dan pengetahuan mengenai penguatkuasaan maritim.
“Maritim Malaysia dan JICA berasakan tempoh dua minggu ini mencukupi untuk permulaan ini dan kita akan mengkaji selain mendapatkan maklum balas daripada peserta sama ada tempoh itu mencukupi atau tidak," katanya.
Menurutnya lagi, selain Djibouti, Maritim Malaysia turut menerima permintaan daripada negara lain seperti Indonesia, Indo-China dan Maldives yang mahu menghantar pelatih mereka ke AMSAS.
“Bagaimanapun, melalui perbincangan pihak penganjur bersama iaitu JICA, kursus berkenaan akan diberi keutamaan kepada negara-negara yang berdaftar dengan JICA antaranya seperti Somalia, India dan Sri Lanka.
“Kita akan melihat kursus permulaan ini dahulu sebelum menerima penuntut antarabangsa dari negara lain pula," katanya.
Menurutnya, kebanyakan negara yang mahu menghantar pelatih maritim mereka ke AMSAS berpendapat bahawa Maritim Malaysia sedang pesat membangunkan modal insan yang kompeten dalam masa singkat dan berjaya melangkaui beberapa negara serantau dalam proses pembangunan sumber manusia.
“Situasi itu merupakan suatu perkara yang cukup baik dalam usaha Maritim Malaysia menjadikan AMSAS sebagai pusat latihan serantau menjelang 2016 dan juga sebagai pusat kecemerlangan penguatkuasaan maritim menjelang 2020," katanya.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Polis_&_Tentera/20141001/te_01/Maritim-Malaysia-terima-pelatih-antarabangsa-pertama#ixzz43FJvOIp8
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2016 12:11 PM | Show all posts
africa jugak cubalah demand sikit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.431233 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list