CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4688|Reply: 7

The Decor-Mad Bowerbird

[Copy link]
Post time 7-3-2016 06:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mamigonzales at 7-3-2016 11:02 AM

Bowerbird


Burung Bower banyak terdapat di Papua New Guinea dan Australia. 10 jenis terdapat diNew Guinea manakala 8 jenis terdapat diAustralia dan 4 dikedua2 tempat tersebut. Jenis diPapua cuma mengeluarkan 1 telur sahaja dan diAustralia 2 telur berselang dua hari. Bower betina adalah ibu tunggal jadi bower jantan punya masa 24/7 selama 6 bulan dalam setahun menghias bower dan menjadi kasanova terunggul in the hood.

Perkataan bower itu merujuk kepada binaan yang dibina oleh burung ini sebagai tempat berasmara bersama burung2 betina. Cara burung Bower memikat hati burung Bower betina adalah yang paling unik dialam binatang.Selain dari tarian, sarang/binaan burung Bower ini dihias dengan berbagai macam barang bergantung kepada jenis burung bower tersebut. Setengahnya membina bower seperti pondok berlantaikan lumut seperti permaidani dan menghiasi halaman dengan bunga2an,daun2an, biji2an,tahi binatang,kulit serangga,batu2 ,kulit kerang dan lain. Manakala setengahnya lagi membina dua tembok dengan lorong ditengah dan dihias dikedua2 pintu masuknya. Mereka mengambil masa bertahun2 untuk belajar membina bower yang dapat memikat bower betina dan tidak mustahil sekira berjaya bower mereka akan dilawati oleh betina2 setiap musim mengawan.



Inilah rupa bower atau bachelor pads masing2:
Bower Satin Bowerbird



Bower Vogelkop Bowerbird


Bower Flame Bowerbird



Thread ini akan memperkatakan tentang 4 jenis bowerbird sahaja dari genus berikut kerana terlalu banyak jenis2nya dari berbagai genus.
Genus Amblyornis
Vogelkop bowerbird, Amblyornis inornata

Genus Sericulus
Flame bowerbird, Sericulus aureus

Genus Ptilonorhynchus
Satin bowerbird, Ptilonorhynchus violaceus

Genus Chlamydera
Great bowerbird, Chlamydera nuchalis


The flame bowerbird (Sericulus aureus)


Jenis ini bersaiz sederhana 25cm bewarna terang berapi emas kuning.Betinanya bewarna coklat zaitun dan kuning keemasan Terdpat di hutan hujan tropika New Guinea. Mereka membina bower kecil dan ritual tarian yang sangat unik dengan mengeluarkan berbagai2 jenis suara yang ditiru dari burung2 lain.











Vogelkop bowerbird, Amblyornis inornata





Vogel bersaiz sederhana 25cm(betina lebih kecil) dan terdapat dipergunungan Semenanjung Vogelkop dibarat New Guinea,Indonesia. Bewarna cokelat zaitun tanpa bulu hiasan seperti burung2 Syurga di New Guinea.Oleh kerana itu binaan bowernya adalah yang terbesar dari semua kalangan bowerbird (100cm tinggi, 160cm lebar).Pintu menghala kehalaman bertiang 2 dengan hiasan beranika jenis disusun dengan teliti dan berseni. Mereka suka mencuri dari jiran mereka demi menghias bower masing2.Hiasan2 ini akan diganti selalu dan dijaga rapi. Oleh kerana bulunya tidak secantik burung Syurga, burung ini masih terselamat dari pupus.








The great bowerbird (Chlamydera nuchalis)





Jenis ini terdapat diutara Australia sekitar Broome sehingga hujung tanjung Cape York dan keselatan sehingga Mount Isa.Mereka gemar kawasan berpaya dan hutan hujan lembap.Great Bowerbird adalah jenis yang terbesar dari kalangan seluruh bower bird. Berukuran 33cm hingga 38cm bewarna kelabu dan bermata krim kelabu.Bower jantan ada tanda pink dibulu tengkuk.Burung2 bower jantan muda dari jenis ini selalunya akan menghadirkan diri mereka dibower jantan matang sebagai pelatih untuk belajar sebelum membina bower sendiri.












The satin bowerbird (Ptilonorhynchus violaceus)




Terdapat ditimur Australia, daerah utara dan daerah selatan Queensland sehingga Victoria. Jantan matang bermata biru keunguan dan berbulu hitam metalic sehingga berkilat kebiruan. Jantan muda berbulu seakan betina coklat kehijauan dengan corak scallop dan bermata biru yang terang sehingga sukar menentukan jantan atau betina kerana nampak sama.Mereka gemar menghias sarang dengan warna2 tertentu terutamanya warna biru.Mereka tidak mengira jenis barang, apa pun boleh seperti pen, pensil, botol apa saja asalkan berkenan dengan warna.Satin Bowerbird adalah dari jenis burung yang hidup lama dari 9 hingga 26 tahun.
male

female











sumber artikel, photo dan video
BBC
BBC-Earth
NatGeoWild
BBCWorldwide
blogs.scientificamerican.com/
Charles Darwin University
Gerhard Koertner / Photoshot
Tim Laman / naturepl.com
animalplanet
Parrot Wizard
Elliot Burch
encik wiki
sheikh google
youtube

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2016 07:21 PM | Show all posts
thank you very much for the credits mod @Farini
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 07:37 PM | Show all posts
mamigonzales replied at 7-3-2016 07:21 PM
thank you very much for the credits mod @Farini

sama-sama. TQ untuk info yang padat pasal bowerbird. selama ni tahu satin bowerbird saja. paling cantik - flame bowerbird. pandai menari. pandai meniru suara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2016 07:58 PM | Show all posts
Edited by mamigonzales at 7-3-2016 12:00 PM

You're very welcome mod @Farini. Saya terpaksa summarised saja kerana infonya terlalu banyak dan nak translate ke BM lagi tersangatlah leceh sebab saya nak yang tak berapa tahu BI juga dapat info tentang burung yang amazing ini.
Jadi saya pilih 4 saja. However saya enjoy buat semua ini. Hope everbody pun enjoy juga dan memberi munafaat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 08:54 PM | Show all posts
great info!

ni burung arkitek namanya. rajin "bina" rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2016 02:23 AM | Show all posts
@bianglala you're so right


source:AS Goprod

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2016 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
I loikeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 07:55 PM | Show all posts
my uncle sorang suka amik gambar unggas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.093294 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list