CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7914|Reply: 6

[SENIBINA] Masjid Anyaman Buluh - Masjid Ihsaniah Iskandariah, Kuala Kangsar

[Copy link]
Post time 28-2-2016 08:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Farini at 28-2-2016 09:46 PM

Unik dan ada kelainan seni bina Masjid Ihsaniah Iskandariah ini yang terletak di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Perak ini. Ia berlainan berbanding masjid-masjid lain di negara ini. Keseluruhan dinding Masjid Ihsaniah Iskandariah diperbuat daripada anyaman buluh yang dikenali sebagai 'Kelarai Bunga Potong Belian'. Ia merupakan salah satu seni bina bagi rumah tradisional Melayu Perak.

Mengikut sejarahnya, Masjid Ihsaniah Iskandariah telah dibina setelah Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak ke-30 (1918-1938) bernazar untuk membina sebuah masjid jika anakanda baginda sembuh daripada gering.

Keunikan seni bina Melayu banyak terdapat di masjid itu. Paling nyata adalah dinding dikenali sebagai tepas yang dibuat daripada anyaman buluh. Bangunan masjid dua tingkat itu berbentuk empat segi dan tidak mempunyai kubah serta berbentuk seperti sangkar burung. Struktur bangunan termasuk anyaman buluh dibina dan diukir oleh tukang kayu tempatan yang terdiri daripada Panjang Noh, Ngah Gadoh, Wan Ibrahim dan Kulup Ngah.

Tingkat atas masjid itu menempatkan dewan solat yang boleh memuatkan 200orang jemaah manakala tingkat bawah dijadikan dewan untuk perjumpaan dan melakukan aktiviti kemasyarakatan.

Baginda Sultan telah merasmikan masjid itu pada Jumaat 10 Zulhijjah tahun1356 Hijrah bersamaan 11 Februari 1938.

Bagaimanapun, setelah lebih tiga dekad terbiar, Jabatan Warisan Negara melakukan kerja-kerja pemuliharaan untuk membaiki semula kerosakan struktur bangunan tersebut. Kerja pemuliharaan telah disiapkan pada Julai 2009 dan masjid ini telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan.











Kredit Artikel dan Gambar : pakguruasan.blogspot / dkosonglapan.blogspot / wakgelas.blogspot


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2016 10:22 PM | Show all posts
tiap kali balik KK atau nak ke pekan Kuala, ipo tengok je masjid ni..tak singgah.. dulu ingat istana..sekali masjid daaa....tapi sempat singgah beli labu sayung kt kedai dekat je dgn masjid buluh ni..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-2-2016 10:35 PM | Show all posts
Ipo replied at 29-2-2016 10:22 PM
tiap kali balik KK atau nak ke pekan Kuala, ipo tengok je masjid ni..tak singgah.. dulu ingat istana ...

warna sama dengan istana lama tu... hehe, agak mengelirukan sedikit.. rasanya istana ni pun konsep anyaman juga.

mahal tak labu sayong tu.



Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 10:31 AM | Show all posts
bianglala replied at 29-2-2016 09:35 PM
warna sama dengan istana lama tu... hehe, agak mengelirukan sedikit.. rasanya istana ni pun konsep ...

mahal la jugak..kalau yg dah berkilat tu..above rm50
kalau yg belum kilat..esat tu..kurang rm50
tengok besar kecik labu sayong tu..
selalu beli untuk orang yg kirim je....

ni yang dah berkilat


ni yg original..kesat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2016 09:53 PM | Show all posts
Ipo replied at 1-3-2016 10:31 AM
mahal la jugak..kalau yg dah berkilat tu..above rm50
kalau yg belum kilat..esat tu..kurang rm50
...

biasa jadi souvenir kahwin je labu sayong sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2016 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik...unik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2016 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik...unik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.459228 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list