CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1966|Reply: 1

Polis antikeganasan berkas 33 individu

[Copy link]
Post time 17-2-2016 04:48 PM | Show all posts |Read mode
JAKARTA - INDONESIA. Pihak berkuasa Indonesia menahan 33 individu yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan militan IS dan merancang untuk melancarkan serangan ganas di negara itu.
Kelmarin, Ketua Polis, Jeneral Badrodin Haiti memaklumkan kesemua mereka diberkas unit antikeganasan selepas pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan susulan serangan berdarah di Jakarta yang turut meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa, bulan lalu.
“Hasil siasatan awal mendapati mereka merancang untuk melancarkan serangan  menyasarkan lapangan terbang dan beberapa sasaran lain pada masa akan datang,” katanya.
Menurutnya, seramai 17 individu disyaki ada kaitan dengan serangan di ibu negara manakala 16 yang lain adalah anggota kepada tiga kumpulan militan.
“Salah satu kumpulan militan tersebut dipimpin oleh Hendro Fernando yang didakwa menerima 1.3 bilion rupiah (RM402,550) daripada beberapa negara di Timur Tengah termasuk Jordan dan Turki untuk melancarkan serangan ke atas lapangan terbang utama serta ibu pejabat polis di ibu negara.
“Dua kumpulan lagi dipercayai merancang pengeboman kereta di kompleks polis Jakarta dan menyerang polis trafik,” katanya.
Badrodin turut mendedahkan ancaman terbesar datang dari warga Indonesia di Syria yang menggalakkan kumpulan militan tempatan untuk melancarkan kempen serangan ganas di negara itu.     
Difahamkan, sekurang-kurangnya 400 warga negara itu dilaporkan telah menyertai perjuangan kumpulan militan IS di Iraq dan Syria, lapor Press TV.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2016 08:36 AM | Show all posts
Keganasan nak marak di indon ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.048025 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list