CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2201|Reply: 7

BAS PERCUMA SELURUH SELANGOR JULAI INI

[Copy link]
Post time 14-2-2016 05:36 PM | Show all posts |Read mode
BAS PERCUMA SELURUH SELANGOR JULAI INI






KERAJAAN SELANGOR MENSASARKAN UNTUK MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN BAS PERCUMA DI SEMUA DAERAH SEBELUM JULAI TAHUN INI.
Berucap ketika perasmian laluan bas percuma PJ03 dan PJ04 di perkarangan stesen LRT Taman Bahagia pagi tadi, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia bagi membolehkan seluruh rakyat, termasuk di kawasan luar bandar, menikmati perkhidmatan pengangkutan awam itu.
“Saya dimaklumkan oleh Datuk Teng Chang Khim (EXCO negeri) dalam usaha kerajaan negeri meluaskan perkhidmatan bas percuma, kita akan luaskan perkhidmatan ini di kawasan luar bandar pada Julai ini.
“Menjelang Julai, dijangka seluruh PBT akan ada perkhidmatan bas percuma yang disediakan oleh kerajaan negeri,” katanya lagi.
Bagi tujuan itu, katanya lagi, sebanyak 12 bas akan ditambah meliputi laluan Selayang – Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor – Sungai Besar dan Banting – Sungai Pelek.

Dengan pelancaran laluan PJ03 dan PJ04 ini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini memiliki 22 bas percuma, berbanding 10 buah ketika mula beroperasi pada Mei 2014.
Selain Petaling Jaya, perkhidmatan ini juga disediakan di Ampang, Hulu Langat, Kajang, Klang, Shah Alam dan Subang.
Beliau berkata lagi, Selangor kini dalam proses rundingan dengan pihak-pihak berkaitan bagi merangka Pelan Induk Sistem Pengangkutan Awam Negeri yang akan menjamin “kelestarian pembangunan dan sistem pengangkutan awam negeri”.
“Kita ingin mendorong rakyat agar beralih dari kenderaan persendirian ke pengangkutan awam. Tetapi pada masa sama, kita bertanggungjawab menyediakan sistem yang benar-benar cekap dan berkesan,” katanya lagi.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2016 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
bas khas utk warganegara atau bangla/nepal pon blh naik?
bau myk.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Gajipemandu bas sapanak bayar..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh..oleh kerajaannegeri.....baguslah
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak ckp gaji pemandu bas nak byr mcm mana? Sedangkan tak percuma pun lmbt benor nak tgu. Nnt dh free taktahu mcm mana.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 12:01 PM | Show all posts
Bagus le tu sebab bukan semua ada kenderaan sendiri jadi memudahkan untuk pergi ke pekan utama.  Bukan semua kawasan di Selangor ada kemudahan bus awam adanya perkhidmatan ni sedikit sebanyak pasti membantu.  Jadi penduduk setempat gunakanlah khidmat yang ditawarkan sepenuhnya.  Jangan nanti bila bangla, nepal etc makin ramai nak naik bus free ni mula le nak sentap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2016 05:53 PM | Show all posts
maka bergembiralah bangla, nepal, indon,myanmar dan lain-lain lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 07:44 AM | Show all posts
Perkhidmatan percuma?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.271952 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list