CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6530|Reply: 35

[Tempatan] Tawar seks secara terbuka

[Copy link]
Post time 10-2-2016 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 10-2-2016 01:57 AM

Tawar seks secara terbuka

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/tawar-seks-secara-terbuka-1.483472

Wartawan Sinar Harian
10 Februari 2016


Lokasi yang didakwa menjadi tumpuan pelacur warga asing menawarkan khidmat seks

KUANTAN – Aktiviti pelacuran dalam kalangan warga asing didakwa giat dijalankan di bandar ini dan beroperasi tanpa mengira waktu, sama ada siang atau malam.

Sinar Harian cuba mendapatkan kepastian mengenai kegiatan itu yang didedahkan seorang pengguna Facebook menerusi statusnya hingga dikongsi di beberapa laman sosial lain.

Tinjauan dan pertemuan dengan beberapa individu selama tiga jam di Jalan Pasar mendapati dakwaan itu berasas apabila kegiatan tidak bermoral membabitkan warga asing itu sememangnya wujud.

Beberapa wanita dilihat duduk di tangga bersebelahan premis perniagaan di sini untuk menunggu pelanggan berusia dalam lingkungan usia 20 hingga 40 tahun.

Malah, kelihatan beberapa lelaki yang melalui kawasan itu menghampiri wanita-wanita terbabit sambil menunjukkan isyarat tangan sebagai tanda menawarkan harga bagi perkhidmatan mereka.

Meskipun dipenuhi pengunjung yang datang membeli belah, tiada siapa menghiraukan, malah mungkin ada tidak menyedari aktiviti itu.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 57, mendakwa, kawasan itu sudah lama menjadi sarang pelacuran.

"Saya tidak pasti berapa lama kegiatan ini beroperasi tetapi ia disedari sejak dua bulan lalu apabila  gelagat individu dalam keadaan mencurigakan di sekitar premis perniagaan di kawasan terbabit.

“Saya pernah menghampiri kawasan itu dan cuba tawar-menawar harga dengan wanita-wanita di tangga premis di situ dan mereka bersetuju dengan harga saya tetapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, setiap perkhidmatan ditawarkan berbeza,  iaitu  sekitar RM30 hingga RM1,000 mengikut perkhidmatan dan wanita yang pelanggan mahukan.

Kalau pelanggan muda dan baharu harga dikenakan melebihi RM1,000. Jadi semua perkhidmatan akan diberikan berdasarkan permintaan pelanggan.

“Saya banyak dengar cerita daripada kawan-kawan yang pernah langgan dan biasanya mereka akan bersetuju dengan harga ditawarkan.

“Kebiasaannya, setiap kali cuti umum aktiviti ini akan tidak terkawal dan kebanyakan pelanggan yang datang melanggan pelacur ini adalah warga asing,” katanya.

Mat berkata, dia mahu pihak berkuasa membuat pemeriksaan dan pemantauan di premis perniagaan terbabit bagi membongkar aktiviti itu.

“Kita tidak mahu bandar Kuantan dicemari dengan aktiviti yang tidak sihat ini dan ia perlu dikawal segera,” katanya.

Sementara itu, peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Dik, 38, memberitahu aktiviti tidak bermoral itu seolah-oleh tiada kawalan kerana sentiasa ada wanita dan lelaki dilihat memberikan isyarat tangan untuk berjumpa.

Katanya, sepanjang lebih setahun lalu, dia tidak pernah melihat serbuan dilakukan di premis terbabit.

“Mungkin tiada aduan diterima pihak berkuasa, namun Namun apa yang pasti, aktiviti pelacuran di kawasan ini bagaikan pesta yang dipelopori oleh warga asing yang bekerja di sini,” katanya.

Menurutnya, kegiatan tidak bermoral itu dapat dilihat secara terang-terangan.

"Kita boleh dengar dengan jelas perkhidmatan yang mereka tawarkan terutamanya kalau pelanggan baharu. Jika pelanggan lama biasanya mereka hanya menggunakan isyarat tangan bagi menentukan harga.

“Kalau mereka setuju dengan isyarat tangan yang diberikan, wanita berkenaan akan membawa lelaki naik ke premis mereka,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 09:55 AM | Show all posts
Kuantan? ingat Selangor tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Eeeii mesti bau kepam..bau apam...eiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 09:57 AM | Show all posts
tingkat bwh jual kain, tingkat atas jual dalam kain.


Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni kat area mana ni?dekat area depan pasar besar ker?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 10:44 AM | Show all posts
wow. kuantan sudah ada.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2016 12:13 PM | Show all posts
baru la dikatakan bndar maju
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 12:18 PM | Show all posts
datang tsunami baru tau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 12:21 PM | Show all posts
Yang dress merah tuh bukan @modngegedikz kah?

Apa dia buat kat situ?

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 12:47 PM | Show all posts
kucen_miang replied at 10-2-2016 09:57 AM
tingkat bwh jual kain, tingkat atas jual dalam kain.

apam kemboja?   
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 12:50 PM | Show all posts
kat situ bapok pon ramai.... berlumba lumbalah kot cari kastemer
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 12:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 01:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 01:38 PM | Show all posts
seribu kat area gini?

mane berbaloi!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 01:45 PM | Show all posts
kalo stail org jepun dia akan suruh pompuan tu dtg rumah
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Rm 30? Apam dah berkulat ke hapo ko jual ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2016 02:25 PM | Show all posts
heboh kat kuantan,kat area kl tu banyak je takde pengawasan pon,takde serbuan besar besaran pon
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn marah........abis tu...klo xder tmpt cm tu,mner ler bangla,pakis nk melempiaskn nafsu yg dh membuak...klo 'kaco' gadis msia,ada yg kena penampar,sepak terajang papagomo kang.Ari2 goncang boring plk...wat kt org utan(eh3....) sian plk kt binatang yg x reti per2.Ni...nt..1.5 juta bangla muntri dh 'jemput masuk'.Sapa yg patut 'menanggung kegersangan' bangla2 ni nt?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 04:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2016 05:01 PM | Show all posts
kucen_miang replied at 10-2-2016 01:57 AM
tingkat bwh jual kain, tingkat atas jual dalam kain.

kah kah kah.. lucu la chuols! tersembur teh tarik i
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.069468 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list