CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] I Dah Tak Minat Nak Taja Kedah Hokey UPDATE #42

[Copy link]
Post time 8-2-2016 05:57 PM | Show all posts
Apa nasib Helang Merah tanpa Mukhriz?
3 Feb 2016, tengahari 12:53
Dikemaskini 3 Feb 2016, tengahari 1:26

Bukan saja Pejabat Menteri Besar Kedah akan hilang kelibat Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sebaliknya anak bekas perdana menteri itu juga akan 'hilang' daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Ketika kemelut kepimpinan negeri itu memuncak, penyokong dan peminat bola sepak di Kedah dilapor menyatakan dukungan mereka kepada Mukhriz.

Namun dengan 'kekalahan' Mukhriz dalam percaturan politik di Kedah hari ini, beliau juga akan melepaskan jawatannya sebagai Presiden KFA.
Bernama melaporkan, Mukhriz bakal mengumumkan peletakan jawatannya tidak lama lagi ekoran pertukaran jawatan menteri besar negeri itu.

Mukhriz mengambil keputusan untuk berundur selepas dimaklumkan Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa beliau telah hilang sokongan majoriti daripada ADUN Kedah.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, ketiadaan Mukhriz dalam kepimpinan KFA dilihat bakal menjejaskan KFA khususnya dalam aspek penajaan pasukan itu.

Prestasi Kedah dalam liga tempatan kembali menyerlah di bawah pentadbiran Mukhriz dan pada musim lalu pasukan itu melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun sebelumnya bersaing di peringkat Liga Perdana saja.

Kedah juga muncul sebagai juara Liga Perdana.

Bagi penyokong pasukan Kedah, persiapan pasukan menghadapi musim 2016 mungkin terjejas selepas ketiadaan Mukhriz.

Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Hijau Kuning, Nor Hasmadi Hamzah melahirkan rasa dukacita atas 'kehilangan' Mukhriz dari arena bola sepak serta pentadbiran negeri itu.

"Ia satu kehilangan amat besar buat negeri dan bola sepak Kedah. Tetapi nak buat macam mana, kita terpaksa akur.

"Cuma satu yang kita minta kepada menteri besar baru nanti, tolong jaga bola sepak di negeri Kedah.

"Ia sukan nombor satu Kedah dan kebanggaan rakyat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 05:57 PM | Show all posts
Pengalaman Bashah mantapkan Helang Merah
Bernama
4 Feb 2016, petang 6:33
Dikemaskini 4 Feb 2016, petang 6:39

Menteri Besar Kedah yang baru Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu menggunakan pengalamannya sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) suatu masa dalu bagi memantapkan skuad bola sepak negeri.

Ahmad Bashah berkata pengalaman selama beberapa tahun sebagai Timbalan Presiden KFA di bawah menteri besar kelapan Datuk Seri Syed Razak Syed Zain membolehkan beliau mengetahui apa yang diperlukan KFA.

"Bola sepak ini peminat dia ramai, kita akan buat sesuatu yang terbaik kerana bola sepak menggabungkan penyokong tidak kira daripada fahaman politik mana," katanya dalam sidang media di Istana Anak Bukit hari ini.
Semalam, selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden KFA, memandangkan kedudukan itu datang bersama jawatan menteri besar.

Di bawah pimpinan Mukhriz, skuad Kedah yang turut dikenali sebagai Helang Merah berjaya bangkit semula apabila menjadi naib juara Piala Malaysia tahun lalu selain muncul juara Liga Perdana.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar berkata beliau sedia memberi laluan kepada muka baru berikutan pertukaran menteri besar.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan dan Pembangunan Insan negeri berkata pihaknya akan mengadakan kongres luar biasa untuk pelantikan baharu Presiden KFA dalam tempoh seminggu dua ini.

"Saya sedang berbincang untuk tetapkan tarikh dan kemudian kita akan adakan kongres itu dan menamakan presiden yang baru... biasanya Presiden KFA dipegang menteri besar.

"Selepas pelantikan presiden ada struktur baru di peringkat KFA dan ia akan menentukan perjalanan KFA," katanya yang ditemui pemberita selepas majlis pelantikan Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit.

Beliau turut mengharapkan Kedah berupaya mempamerkan persembahan terbaik dan memastikan skuad Helang Merah tetap berada pada kedudukan teratas tahun ini.

"Saya juga harap presiden baru dapat menghasilkan keputusan terbaik, tunjukkan minat dan lihat bagaimana pentingnya bola sepak di Kedah," katanya.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Heshe bukan serious pun haritu. Cuma nak tarik perhatian jah sbb ala2 sentap produk dherbs beliau ala2 terpinggir dek datuk vida qu puteh....dia pun ala2 berangan lah nak bersaing gitu. Ponen ni memang cepat sentap sikit.

Lagipun beliau bukan anak jati kedah.
Bolehlah jadikan isu baharu mb ni sbg alasan.

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 06:14 PM | Show all posts
axl_bach replied at 8-2-2016 05:54 PM
Hmmm, btol gak laa maybe dia mmg x target utk untung pun just sbb duit byk dia nak abiskan dgn ban ...



Giler ko tak kuat masa dabel trebel tu ..kalau x, xde la FAM nak haramkan import kuatkuasa serta merta ..
Kalau tak xde la Kedah ngan Perak kena belasah .. main AFC takde import langsung

Anyway bagus juga by 2018 nie semua team kena swasta kan .. by hook or crook, Kedah pon akan di diswasta kan
Hopefully masa tue, dapat management yang mantap ...dan duit yang banyak la ..kehkeh ..


Bagi aku, Kedah tak perlu la nak follow JDT ke, Selangor, Kelantan etc ..
Setiap team tue kan unik .. ada signatures masing2 .. Kedah takde masalah pon daripada segi supply kepada pemain2 ..
Sentiasa ada je pemain2 muda yang berbakat .. cuma setiap kali Kedah jatuh,  disebab kan pengurusan .. selalu macam tue..
tapi unik nya Kedah setiap kali jatuh ...setiap kali tu juga dia akan naik .. kannn ..

Kalau dah diswasta kan nanti .. management harap tip top .. especially mentality tue .. kena dream big macam JDT ..
Facilities pon kena ada sendiri .. no more sewa2, x payah nak grand sgt pon xpe janji ada..
insyallah .. jaga yang nie jer ..susah nak jatuh dah Kedah .. kehkeh ..

Aku pi stadium dari darjah satu lagi kot .. bapak aku bawak. Masa tue seronok tgk Adigun.

So bila 2018 nie, BN atau PAS .. xde hal la ..sebab bola tak x bergantung pada kerajaan negeri lagi.



Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 06:46 PM | Show all posts
SiBOntot replied at 8-2-2016 06:14 PM
Giler ko tak kuat masa dabel trebel tu ..kalau x, xde la FAM nak haramkan import kuatkuasa ser ...

tindakan paling babi FAm masa tu, mmg aku sumpah seranah giler laa FAm sbb sabotaj pasukan KEDAh...tu adalah DREAM TEAM yg terbaik pernah wujud, jauh lebih baik dari skuad JUARA BERGANDA Johor 91, Pahang 92, Kedah 93, mahupun Spore 94
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 8-2-2016 05:02 PM
mari sya taja pula

Pls dont cut the line pls hahaha.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2016 07:40 PM | Show all posts
HannahMontana replied at 8-2-2016 04:37 PM
Mukhriz ni bicara dia ada  rentak alun

kalau dtg rumah org pun...bawa diri  seumpama pandai memba ...



MB Kedah sekarang pulak mcm mana? tak pandai bawak diri ka menurut pandangan HannahMontana?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 8-2-2016 10:29 AM
Mmg mimpi ngeri laaaa utk team aku musim nih..... xtau la dia ada bekap plan yg ower utk pastikan  ...

U sokong ajelah jdt atau selangor ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ohnoLia replied at 8-2-2016 07:58 PM
U sokong ajelah jdt atau selangor ....

Hehehehe,  igt aku lalang ker??

Hijau Kuning tu mcm maruah dan kebanggaan warga kedah tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 08:07 PM | Show all posts
pdan muka Bashah.. hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 08:09 PM | Show all posts
axl_bach replied at 8-2-2016 04:51 PM
Maybe industri liga M nih prospek x bagus kot...... tp TMJ berani plak labur ratus juta utk Johor  ...

Dia lain ... duit harta berkepuk2 .... anyway, dgn taitel dia tu, lbh senang nk cari n dpt sponsor ....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 12:18 AM | Show all posts
memang patut pun.... bengong pi tukaq mukhriz pehal ? padan muka hang bashah oiiii ... org kalau dah meluat sampai mati pun org meluat bashah oiiii ... pengajaran utk hang
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 08:41 AM | Show all posts
LuLu^Lost replied at 8-2-2016 07:40 PM
MB Kedah sekarang pulak mcm mana? tak pandai bawak diri ka menurut pandangan HannahMon ...

Bashah menyalak ke hulu ke hilir sehingga ke kutub Selatan betapa dia hilang keyakinan ke Mukhriz

tp Bashah yakin masuk bakul angkat sendiri jadi MB!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ani Sup Utara x mo taja team Kedah ka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 9-2-2016 08:57 AM
Ani Sup Utara x mo taja team Kedah ka?

Laku lagi ka Ani Sup Utara tu??
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 9-2-2016 12:09 PM
Laku lagi ka Ani Sup Utara tu??

Laku la kot... cawangan bsepah jah serata malaya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2016 02:43 PM | Show all posts
HannahMontana replied at 9-2-2016 08:41 AM
Bashah menyalak ke hulu ke hilir sehingga ke kutub Selatan betapa dia hilang keyakinan ke Mukhriz
...

kalau hilang keyakinan..keluar parti dan jd wakil bebas..org pun tak ckp apa2
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 02:47 PM | Show all posts
wirazam replied at 9-2-2016 02:43 PM
kalau hilang keyakinan..keluar parti dan jd wakil bebas..org pun tak ckp apa2

xperlu skeolah tinggi2 kalau cita2 kta nak ajdi MB

Genggam erat sekalung sijil SRP , dah ko boleh mausk bakul angkat diri jadi MB !
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 02:48 PM | Show all posts
JARI JEMARI AKU MUDDLED !
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 02:57 PM | Show all posts
HannahMontana replied at 9-2-2016 02:47 PM
xperlu skeolah tinggi2 kalau cita2 kta nak ajdi MB

Genggam erat sekalung sijil SRP , dah ko bol ...

wah...siap berpantun bagai..so kretip
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.071332 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list