CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2032|Reply: 15

[Jenayah] 1mdb : Mukhriz merayu kpd Majlis Raja2 panggil semua penyiasat datang mengadap

[Copy link]
Post time 7-2-2016 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by freebird at 7-2-2016 04:23 PM
Mukhriz pleads with rulers to call up 1MDB investigators
Published: 7 February 2016 1:36 PM | Updated: 7 February 2016 2:18 PM


Former Kedah menteri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir has pleaded with the Conference of Rulers to order various agencies investigating 1Malaysia Development Berhad (1MDB) to report to them on the outcome of their probe.

"Ahead of the Conference of Rulers' meeting that will be held on February 17 and 18, with all due respect, I plead to your highnesses to summon the attorney-general, Bank Negara Malaysia governor, inspector-general of police, Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief, auditor-general and Public Account Committee (PAC)... to report, in a transparent and truthful manner, the outcome of their investigations into 1MDB, without protecting any parties,” he said in a statement today.

He said if such effort could not materialise, the Conference of Rulers should consider setting up a

[quote]
Mukhriz rayu Majlis Raja-raja jumpa semua penyiasat 1MDB
Published: 7 February 2016 1:52 PM

Bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Majlis Raja-raja harus menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mendedahkan kebenaran mengenai 1Malaysia Development Berhad secepat mungkin. – Gambar file The Malaysian Insider, 7 Februari, 2016.
Bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Majlis Raja-raja harus menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mendedahkan kebenaran mengenai 1Malaysia Development Berhad secepat mungkin. – Gambar file The Malaysian Insider, 7 Februari, 2016.
Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini merayu kepada Majlis Raja-raja untuk memanggil pelbagai agensi yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya membuat laporan kepada majlis itu mengenai hasil siasatan mereka.

Bekas menteri besar Kedah itu berkata, jika ia tidak dapat dilakukan, majlis itu perlu mempertimbangkan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai firma pelaburan negara itu.

"Menjelang Mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan berlangsung pada 17 dan 18 Februari, 2016 ini, dengan penuh hormat dan takzimnya saya merayu kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku-Tuanku Sultan dan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua-Yang Di Pertua Negeri semoga mengarahkan peguam negara, gabenor Bank Negara, ketua polis negara, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk melaporkan kepada Majlis Raja-raja mengenai siasatan mereka mengenai 1MDB secara telus dan benar tanpa melindungi mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.


"Jika ini tidak dapat dilakukan, atau berlaku campur tangan oleh pihak yang disiasat, atau laporan yang diterima tidak dipercayai, maka saya merayu kepada Majlis Raja-raja menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB secepat mungkin," katanya.
Beliau berkata, 4 bulan sudah berlalu sejak Majlis Raja-raja mengeluarkan kenyataan pada Oktober, menitahkan supaya siasatan terhadap 1MDB diselesaikan secepat mungkin dan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang bersalah.

Beliau juga bertanya sama ada kerajaan yang diterajui Datuk Seri Najib Razak mengambil serius titah Majlis Raja-raja yang mencerminkan keresahan rakyat itu.

"Sebaliknya, perdana menteri seolah-olah menjadi suara rasmi 1MDB, mempertahan segala tindakan 1MDB, dan cuba mengaburi pandangan rakyat dengan pengumuman tidak relevan seperti pembayaran balik hutang 1MDB," katanya.

Mukhriz berkata, setakat ini, tiada sebarang perkembangan meyakinkan rakyat yang siasatan ke atas isu 1MDB itu berjalan mengikut lunas undang-undang dan 1 kesudahan yang boleh diterima semua akan terhasil.

Malah, katanya, Najib marah dengan ucapannya pada satu majlis Umno di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, Disember lalu apabila beliau menyentuh mengenai keengganan dan kegagalan perdana menteri, menteri tertentu dan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy menjawab soalan yang dikemukakan pelbagai pihak.

"Malah, Najib sendiri menyatakan kepada saya ucapan itulah yang menimbulkan rasa marah beliau terhadap saya, mengakibatkan saya dijatuhkan sebagai menteri besar Kedah," katanya.

Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan sebagai menteri besar Kedah minggu lepas, selepas kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri.  – 7 Februari, 2016.     

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.cSP8FZKH.dpuf

harap Duli2 Tuanku ambil tindakan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2016 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau dah kenapa spam byk sgat benang di tgah hari gong xi fa cai yg molia nih??? @freebird
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2016 03:18 PM | Show all posts
kenapa buka byk2 thread ni..

mentang2 mod spidey bercuti..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2016 03:19 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 7-2-2016 03:15 PM
Kau dah kenapa spam byk sgat benang di tgah hari gong xi fa cai yg molia nih???  @freebird

darah tinggi akibat kantoi semalam tak kebah lagi

semalam lagi teruk peon tua ni meracau sensorang

kat thread satu lagi siap edit2 komen pastu lupa nak quote kak lid punya komen

dah la, bangkem taknak jadi penyebab kematian peon tua akibat sajit jantung

tak pepasal polis tangkap bangkem atas tuduhan bunuh tanpa niat

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2016 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 7-2-2016 03:19 PM
darah tinggi akibat kantoi semalam tak kebah lagi

semalam lagi teruk peon tua ni meracau sensor ...

Hampunkahlah dia pagi2 raya ni. Semoga dicucuri rahmat tuhan;p
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2016 03:25 PM | Show all posts
ada pun macai sengkek duduk flet pprt yang punyai hasad dengki kat rezeki orang....
semalam dah lah kantoi, mecicit lari macam orang terkincit....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2016 03:27 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 7-2-2016 03:20 PM
Hampunkahlah dia pagi2 raya ni. Semoga dicucuri rahmat tuhan;p

kuat berhalusinasi peon tu tu sis

sekarang berhalusinasi kunun2 kerajaan nak tangkap dia

siap pakai vpn bagai

macam cerita the beautiful mind tu la

bila john nash berhalusinasi dia jadi special agent

tapi John Nash tu genius, mamat peon ni pulak sewel

ada bezanye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2016 03:31 PM | Show all posts
kalau dah miskin sengkek tu, terima je lah keadaan...duduk flet tu pun dah kira rezeki jugak kan...
tak payah lah nak dengki irihati kat rezeki orang....
kan dah kantoi semalam, hingga mencicit lari...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2016 03:34 PM | Show all posts
Mukhriz boleh rayu la macam mana pun, nobody is going to entertain him. Dont forget it was your dad who clipped the Rulers wings at the first place.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2016 03:35 PM | Show all posts
Mukhriz pertikai kepatuhan Najib terhadap perintah Raja-Raja Melayu
February 7, 2016 Berita Utama, Utama 0


BANGI, Ahad – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mempersoalkan kepatuhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap titah Raja-Raja Melayu supaya penemuan siasatan terhadap kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan secara lengkap dan telus kepada rakyat.

Beliau berkata, empat bulan sudah berlalu sejak Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB di Istana Negara pada 7 Oktober lalu yang menyentuh mengenai keprihatinan Raja-Raja Melayu terhadap ‘keresahan dan kebimbangan rakyat apabila kredibiliti serta integriti kerajaan dalam melaksanakan amanah mentadbir negara’ dikritik.

Daripada kenyataan itu, katanya, jelas sekali Raja-Raja Melayu melihat bahawa ‘keamanan dan kemakmuran negara yang perlu berlangsung dalam suasana politik yang stabil dan rakyat dapat hidup dalam harmoni’ boleh terjejas teruk dengan kontroversi 1MDB.

“Oleh itu, Majlis telah menitahkan semoga siasatan terhadap 1MDB diselesaikan secepat mungkin dan ‘penemuan siasatan dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran.”

“Persoalannya, setelah empat bulan berlalu adakah Kerajaan Persekutuan pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah patuh kepada titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu melalui Majlis Raja-raja yang merupakan harapan terakhir bagi Rakyat memohon dan merayu perlindungan, lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri telah tidak diyakini rakyat?

“Adakah dengan hanya beberapa kenyataan oleh Menteri yang dilihat mengkais ketepi titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, dan tiada respon dari Perdana Menteri sendiri sudah memadai untuk dianggap sebagai jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Majlis?

“Wajarkah titah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ditepis sebegitu rupa tanpa apa-apa respon yang beradab dan munasabah?,” katanya dalam satu kenyatan yang dikeluarkan, hari ini.


Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri mengingatkan bahawa kenyataan Raja-Raja Melayu berakar umbi daripada rungutan rakyat.

Katanya, beliau sudah dapat melihat betapa titah Majlis Raja-raja tidak diambil serius oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan, walhal titah itu mencerminkan keresahan rakyat.

“Malah sejak kenyataan tersebut dikeluarkan, tidak ada apa-apa perkembangan yang meyakinkan rakyat bahawa siasatan ke atas isu 1MDB itu berjalan mengikut lunas undang-undang, dan satu kesudahan yang boleh diterima semua akan terhasil.

“Sebaliknya, Perdana Menteri seolah-olah menjadi suara rasmi 1MDB, mempertahan segala tindakan 1MDB, dan cuba mengaburi pandangan rakyat dengan pengumuman-pengumuman tidak relevan seperti pembayaran balik hutang-hutang 1MDB,” katanya.

Katanya, persoalan yang ada di dalam pemikiran seluruh rakyat Malaysia ialah apakah yang terjadi kepada berbillion-billion ringgit wang rakyat yang telah dipinjam daripada cagaran aset negara dan dibelanja oleh 1MDB atas persetujuan dan kelulusan Pengerusi Panel Penasihatnya iaitu Perdana Menteri sendiri.

Sehubungan itu, Mukhriz merayu Majlis Raja-Raja Melayu yang akan bermesyuarat pada 17 dan 18 Februari ini supaya mengarahkan semua pihak yang terbabit dalam siasatan terhadap 1MDB membentangkan laporan kepada Majlis Raja-Raja secara telus dan benar, tanpa melindungi mana-mana pihak.

“Jika ini tidak dapat dilakukan, atau berlaku campurtangan oleh pihak yang dsat, atau laporan-laporan yang diterima tidak dipercayai, maka saya merayu kepada Majlis Raja-raja untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB secepat mungkin,” katanya.

Dalam kenyataan itu, Mukhriz juga mendedahkan punca beliau disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah ialah berikutan kenyataannya yang menyentuh mengenai keengganan dan kegagalan Najib dan menteri tertentu serta Presiden 1MDB, Arul Kanda menjawab soalan yang dikemukakan pelbagai pihak.


musti macai sengkek duduk flet pprt penjilat najib yang dengki kat rezeki orang ni meroyan lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2016 03:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2016 04:44 PM | Show all posts
freebird replied at 7-2-2016 03:35 PM
musti macai sengkek duduk flet pprt penjilat najib yang dengki kat rezeki orang ni meroyan lagi. ...

nak cakap macam mukhriz memang senang, cakap dan komen aje...dan mukhriz dapat keuntungan politik dari situ....

tapi pihak yang menyiasat, yang menyediakan lapuran seperti SPRM, Audit Negara, PAC perlu memakan masa....
masa yg diberikan tidak mencukupi, sebab siasatan melibatkan pelbagai pihak dari luar dan dalam negara....pihak kerajaan dan swasta....


elok lantik Mukhriz jadi ketua PAC....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2016 04:48 PM | Show all posts
Edited by freebird at 7-2-2016 04:53 PM
rashiman replied at 7-2-2016 04:44 PM
nak cakap macam mukhriz memang senang, cakap dan komen aje...dan mukhriz dapat keuntungan politik  ...

dah berapa lama daa...
patutnya bila Majlis Raja2 bertitah hari tu, semua orang yang mengaku taat setia kepada Raja dan Negara, patutnya dah melompat dan bertungkus-lumus settle benda ni...
ni ramai yang terhegeh2 nak suruk bukti....

p.s. Mukhriz bukan MP, tak boleh jadi chairman PAC...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2016 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Puak2 ni xkn boleh terima apa2 findings melainkan najib bersalah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2016 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
the rulers cant do anything .
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2016 07:29 PM | Show all posts
freebird replied at 7-2-2016 04:48 PM
dah berapa lama daa...
patutnya bila Majlis Raja2 bertitah hari tu, semua orang yang mengaku taat ...

PAC ganti dgn MP lain, suruh rafizi gantikan Tan Seng Geiw atau Tony Pua.

TS Muhyidin pun boleh, dilantik jadi pengerusi PAC, beliau pun dah x byk tugas yg dia buat, lagi pun dia yg nak cepat isu 1mdb diselesaikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.401615 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list